Setiap wanita mahu pun isteri ada cerewetnya tersendiri. Mungkin dari segi pemakanan, kekemasan atau pun cara hidup masing-masing.
Kadang-kadang, ada cerewetnya sampai orang lain pun tak selesa. Lebih-lebih lagi kalau ada yang datang ke rumah, tak kiralah adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan sekalipun.
Mana tidaknya, lantai berkilat, tiada sedikit habuk pun, dapur tersusun cantik dan kemas, belum lagi dalam peti ais yang pelbagai jenis lauk pauk dan makanan.
Memang ada baik cerewetnya begini, sekurangnya, mengajar orang dalam rumah, keluar dan anak-anak untuk kelihatan kemaa dan entiasa menjaga kebersihan.
Walau bagaimanapun, kalau cerewetnya berlebihan, mungkin orang yang melihat pun ‘rengsek’. Sebab, setiap orang ada cara cerewetnya, Tak semestinya kena ikut cara kita. Hormatilah cara masing-masing.
Perkongsian daripada Izyan Izdihar Shaarani cukup menarik dan memberi manfaat untuk mak-mak atau wanita di luar sana. Betul apa yang dikatanya.
Tengok gambar peti ais ni teruja pula nak tulis soal peel para isteri ni.
Kita ni, memang akan ada preferences kita sendiri yang apabila ia dicerobohi, akan menimbulkan jelingan maut. Ada kawan masa zaman bujang dulu, pantang betul kalau orang duduk atas katil dia kalau dia dah kemas katil. Sampai bila dia dah kahwin pun, suami dia akan tidur di sofa/lantai bila waktu siang.
Ads
Ada orang, jenis kepantangan dia orang bangun tidur tak terus kemas katil. Dia jenis, celik saja mata, terus lipat selimut. Kalau kau pergi kencing dulu sebelum melipat, terus dia membebel macam cencurut.
Setakat ini, perangai particular tertentu ini normal dan setiap orang rasanya ada saja benda yang dia particular. Cuma, kalau semua benda dia particular itu, jadi menjengkelkanlah pulak. Kalau gitu, kau eloklah hidup sorang-sorang je.
Cara Kita
Kalau saya, tak adalah banyak sangat benda yang saya particular (rasanya lah). Antaranya,
1. Makan mesti satu round aje. Bila panggil makan, kena makan. Jangan nak nanti nanti. Sebab style saya sekali hidang dan sekali kemas. Tak ada aku nak buat kerja dua tiga kali ya.
2. Meja makan wajib kosong melainkan waktu makan sahaja. Ini agak tinggi juga maqam kepantangan aku. Sebab itulah kepantangan no 1 itu wujud. Lepas makan, wajib bersihkan meja. Lap meja sampai bersih dan kering level kau boleh menulis atas meja tu. Semua lauk tak habis wajib bubuh dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais.
Dilarang sama sekali tinggal lauk atas meja ye. Sebab tu aku tak boleh kalau ada orang jenis nak makan nanti-nanti. Sebab lepas makan semua benda akan ku simpan dalam peti ais!
Cukup pantang perangai orang biar makanan atas meja dari tengah hari sampai ke malam, lepas tu tak ada orang makan, biar lagi semalaman, esok pagi basi, akhirnya buang.
3. Semua benda mesti diletak dalam bekas bertutup atau paling tidak pun dikeluarkan dari plastik sebelum bubuh dalam peti ais. Pantang betul ye kalau orang letak benda dalam pinggan begitu saja dalam peti ais. Sebabnya, satu kita tak boleh stack. Keduanya, tak hygienic sebab makanan itu exposed je macam tu. Ketiganya, nanti peti ais berbau! Keempat, nanti makanan tu jadi kering.
Yang kes tak keluar dari plastik tu pulak, aku marah sebab aku tak tahu apa isi dalamnya. Dah satu hal nak kena belek-belek pulak. Itu belum kalau dalam freezer ia melekat pulak antara satu sama lain.
Ads
4. Semua bekas bertutup wajib disimpan dalam keadaannya siap-siap berpenutup. Jangan cuba nak simpan container akak badan tang lain tutup tang lain. Memang aku jadi komodo nanti. Aku boleh moody hanya sebab bekas transparent kruk krak itu tutup dia tak match!
Jadi, bekas bekas tu wajib dipasang tutupnya sebelum disimpan/disusun di rak. Kalau ada yang tak jumpa pasangannya, aku akan asingkan dulu, sampai aku jumpa pasangannya. Tapi kalau sampai ke sudah aku tak jumpa, buang je.
Pada aku, konsep storage ni, easy access, retrieve. Otherwise, it defeats the purpose of storing. Kita kemas dan simpan agar ia mudah dicapai apabila diperlukan.
Hormati Kepantangan Orang
Pada akak, perkara ini penting bila kita menumpang rumah orang. Kalau kita dah kenal apa yang orang tu ‘pantang’, cubalah hormati kepantangan dia.
Dan kita pun, janganlah banyak sangat ‘pantang-larang’ sampai orang yang sekali sekala mengunjungi rumah kita pun rasa tak selesa. Untuk ahli tetap rumah kita, itu lain. Itu memang wajar agar mematuhi garis panduan dan SOP yang ditetapkan untuk rumah kita. Kalau tak, kita jadi gila.
Tapi bila kau banyak kawan kawan, dengar pantang larang masing-masing, kadang kadang memang boleh tergelak. Contohnya aku ada kawan tak selera kalau tengok telur dadar tak bulat. Kalau telur dadar dia goreng tak bulat, dia goreng lagi sekali weh!
Yang jenis pantang kasut atas lantai pun ada. Kasut wajib atas rak. Alasan dia nanti susah nak sapu.
Jadi, ikutlah masing-masing punya particular ya. Jangan lah pula kita menghina dan melabel orang lain sebagai pengotor/pemalas/penyepah jika orang lain itu punya ‘rentak’ tak sama macam kita.
Ads
Janganlah ingat cara kita je bagus, cara orang lain tak bagus. Kita saja kemas, orang lain penyepah, kita saja bersih, orang lain pengotor hanya kerana cara kita tak sama.
Bila masuk bab perbezaan cara mengendalikan rumahtangga masing-masing, kita rileks saja. Semua pun ada SOP tersendiri.
Credit gambar: Oh Bulan!
MW: Setiap orang ada caranya tersendiri, Tak perlu nak komplen sebab cara kita tak sama dengan caranya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Seakan trending sekarang ini permainan Beyblade di kalangan anak-anak kita. Kalau pergi mana-mana pasaraya, mesti jumpa susunan beyblade di rak-rak kedai.
Ada sesetengah mak larang anak-anak bermain Beyblade. Sebab tak nampak kebaikan permainan ini. Rupanya, beyblade ini boleh bantu anak-anak kita yang leka dengan handphone.
Pengetua tadika Genius Aulad, Ashikin Hashim berkongsi bagaimana beyblade ini boleh membantu anak-anak yang ketagihan gajet.
Permainan Beyblade VS Handphone
Demam beyblade sedang melanda anak-anak kita. Dulu kita pernah merasa demam spinner tapi tak lah sehebat demam beyblade ini saya kira. Teringat pula kenangan kita dulu-dulu, main ceper, batu seremban, galah panjang, teng teng dan sebagainya. Saya kira tak salah kita meraikan anak-anak kita untuk bermain berbeyblade.
Anak-anak saya tidak terlepas dari ‘demam’ ini termasuk anak perempuan saya.
Daripada pemerhatian saya, beyblade telah memberikan pengalaman yang baru dan positif terhadap anak-anak. Berikut adalah pendapat saya.
1. Beyblade melatih anak-anak mengasah skil motor halusnya kerana anak perlu memutar, memasukkan, menarik, menyambung dan sebagainya. Jadi tangannya serta jarinya bekerja. Otot-otot serta sendinya bekerja. Ini bagus berbanding hanya memegang handphone yang tiada banyak pergerakan.
2. Beyblade melatih koordinasi mata dan fokusnya. Anak fokus ketika memasang. Fokus ketika beyblade berpusing.
3. Beyblade meningkatkan skil komunikasi dan bahasanya. Anak akan cenderung untuk bermain bersama orang lain. Dan akan berlakulah komunikasi dua hala. Kosa kata anak akan meningkat dan bahasanya juga akan lebih diperkaya lagi.
4. Beyblade membantu anak bersosial dengan orang lain. Berlainan dengan bermain handphone, anak lebih suka bersendirian dan tidak suka diganggu.
5. Beyblade mengeratkan lagi hubungan kita dengan anak-anak dan di kalangam adik beradik.
Sebagai tambahan, ibu bapa boleh mendidik anak untuk menabung sekiranya mereka suka mengumpul beyblade. Dan sekarang sudah ada tournament serta pertandingan beyblade, boleh latih anak untuk yakin diri.
Ini Kesimpulannya…
Beyblade membantu juga anak-anak yang ketagihan gajet.
Namun ibu bapa kena juga pantau dari segi disiplin masa untuk solat dan adab ketika bermain dengan kawan-kawan.
Selamat ber’beyblade’
Disclaimer: Ini pendapat peribadi sahaja. Jika tak setuju, tak jadi masalah. Sekolah pun lain-lain.
Proses kehamilan adalah detik yang mencabar buat wanita. Setiap wanita pasti akan melalui fasa kehamilan yang berbeza. Ada yang mengalami alahan, muntah yang teruk, letih, lesu mahupun pendarahan ketika waktu kehamilan.Pelbagai detik cemas harus dilalui demi melahirkan zuriat tersayang.
Baru-baru ini, penyanyi Liza Hanim ada berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini berusia lima bulan.
Alahan Teruk
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram pada Isnin.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Doakan Kandungan Sihat
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!” katanya.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Liza Hanim atas rezeki ini.Semoga kandungan membesar dengan sihat dan sempurna serta dipermudahkan sepanjang proses kehamilan.
Isteri selalunya cekal dalam memendam perasaan. Selagi boleh pendam, segalanya disimpan sendiri.Sehingga sampai satu tahap, bila mana diri tak mampu lagi bertahan, air mata akhirnya berguguran menahan kesedihan dan bebanan diri yang hadapi. Bahaya sikap memendam perasaan sekian lama ini boleh menyebabkan kemurungan diri.
Kebanyakan wanita yang dah jadi isteri dan ibu mudah terdedah kepada satu penyakit yang dinamakan,
Kemurungan…
Ramai suami yang kurang bagi perhatian terhadap perkara ni, kurang sensitif, kurang peka dan kurang aware…bila dah jadi, dah nampak dengan mata kepala sendiri, baru mula nak fikir kenapa isteri jadi macam tu, buat macam tu dan macam mana nak ubati kemurungan si isteri.
Persoalannya, kenapa dia kemurungan…?
Kemurungan itu ditafsirkan sebagai gangguan perasaan. Seseorang yang mengalami kemurungan boleh rasa macam-macam dalam hatinya. Sedih, gembira, penat, letih, putus asa, mudah marah dan sebagainya.
Perasaan itu bercampur baur, adakalanya ada rasa, adakalanya kosong.
Sebab Berlaku
Kenapa dia boleh ada perasaan-perasaan macam tu?
Mungkin sebab kita kurang ucap terima kasih untuk apa yang dia dah lakukan dalam rumahtangga kita.Mungkin kita tak pernah minta maaf untuk setiap kesalahan yang kita lakukan.Mungkin kita selalu mengulangi kesilapan yang sama.Mungkin kita kurang berkomunikasi dengan isteri.Mungkin kita kurang memahami isteri.Mungkin kita kurang menghargai isteri.
Mungkin kita membebani isteri melebihi kemampuan yang dia ada.
Kadang-kadang, isteri silap sikit je, dah kena maki hamun, kita dah meninggi suara tak kira di khalayak ramai ataupun di dalam rumah. Semua nak kena perfect, nak kena ikut cara kita, macam mana yang kita nak, ikut kepala kita.
Isteri bersuara, menegur dan menasihati walaupun ianya untuk kebaikan hubungan, kita “tundukkan” isteri guna agama. Derhaka dan neraka, ini modal kita.
Bertahun-tahun hidup sekali, tapi suami langsung tak memahami emosi isteri.
Apa yang isteri rasa dengan cara “pemerintahan” kita dalam rumahtangga tersebut.
Dia bahagia atau merana?
Maksud Isteri Menangis
Nampak isteri menangis, tapi dalam hati anggap “nothing serious” la, dia mengada-ngada.
Sebenarnya tak boleh macam tu…bila isteri menangis, itu bermaksud dia dah tak tahan lagi dah…pasti ada sesuatu yang menyebabkan dia menangis dan dia tak boleh tampung lagi dah apa yang dia rasa. Dia dah tak boleh pendam lagi dah. Dia rasa nak “meletup”.
Dia lepaskan dengan cara menangis.
Orang perempuan ni, bila dah buntu sangat, bila dah tak boleh fikir sangat, bila dah tertekan sangat, bila dah emosi sangat, dia lebih dari mampu untuk buat sesuatu yang kita tak jangka, yang kita tak duga.
Dia mula nak fikir bukan-bukan, buat bukan-bukan.
Itu yang selalu kita ambik mudah sebagai seorang suami. Sebab kita selalu anggap isteri “terlalu mengikut perasaan dia” walhal kita tak pernah pun faham apa yang dia rasa.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat suami, jangan ambil mudah dengan keadaan emosi isteri. Fahami keadaan isteri, beri sokongan, kata-kata semangat dan perhatian buatnya sangatlah diperlukan dalam membantu isteri untuk kembali pulih dan sihat.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.