Sebelum berkahwin, bukan main lagi melayan dan gembirakan hati pasangan. Kadang-kadang bila si dia merajuk terus dipujuknya walaupun ada masanya salah si dia itu sendiri.

Begitulah manisnya masa bercinta. Kalau boleh nak gembirakan hati pasangan itu lebih dari segala-galanya. Tak mhu langsung lukakan hatinya.

Tapi semua ini boleh juga bertukar sebaliknya bila si dia sudah menjadi pasangan ‘halal’. Semua ini dapat dilihat bila suami tidak lagi masa alam percintaan. Dulu boleh saja layan dan gembirakan hati isteri, sekarang buat tak tahu saja. Bersabarlah.

Sepatutnya, bila dah jadi suami isteri layanan dan gembirakan hati isteri iut kena lebih sebelum kahwin. Sebab ia boleh beri bekat pada rumahtangga dan rezeki sentiasa melimpah ruah. Percayalah.

Ini tidak, sesetengah suami merasakan isteri seperti ‘bibik’ layan endah tak endah saja, maklum saja sudah beri hantaran tinggi-tinggi, kenalah buat kerja rumah bagai.

Janganlah begitu, layan dan gembirakan hati isteri, dia sudah berkorban dan sanggup susah senang bersama. Bayangkan bila isteri sudah tidak ada, mahunya kelam kabut hidup dan mulalah menyesal sebab isterilah orang yang plaing penting dalam hidupnya.

Inilah yang ditulis oleh Akhtar Syamil dalam perkongsiannya. Moga ia memberi panduan dan mafaat buat suami isteri di luar sana. Sama-samalah saling gembirakan hati pasangan dan hidup rumahtangga sentiasa diberkati.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Ucap Terima Kasih, Tanda Rai Kebaikan Dan Hargai Isteri. Tak Rugi Pun!

Mudah Sangat Nak HARGAI Isteri, Suami Ingat Tarikh Penting Pun Dah Cukup

Info Lebih Menarik DI SINI

Gembirakan Hati Isteri, Layanlah Sebaiknya

Tak banyak benda yang saya nak dalam hidup. Saya kalau boleh nak gembirakan isteri saya je. Sebab bila isteri kita gembira, secara automatik hidup kita akan gembira. Ramai sangat orang tak faham pasal ni.

IKLAN

Melayan isteri endah tak endah. Umpama tidak memberi kesan langsung dalam hidup. Cukup sekadar ada untuk jaga zuriat dan uruskan kerja-kerja rumah sahaja.

Ada yang terlalu garang dengan isteri. Dia tak nampak perbezaan antara tegas dengan terlalu garang. Isteri tak boleh langsung beri pendapat. Akan diherdik, dimarahi dan ada kalanya dihina terus. Level tak sama. Isteri kedudukannya di bawah.

Emosi isteri tidak dipedulikan. Sedih? Tak ditanya mengapa. Malahan dimarahnya pula. Merajuk? Keras la kat situ seorang diri. Sunyi? Anak-anak kan ada?

“Maaf, abang tak romantik macam lelaki lain”. Bukan isteri tu nak apa pun, nak pegang tangan je. Terus dilabelnya romantik dan terus digunakan alasan sifat semulajadi dia tak romantik. Masalahnya masa mengorat dulu boleh pulak ayat berbunga-bunga. Bila dah dapat, terus jadi hati keras macam batu?

Yang paling menyedihkan bila menjadikan isteri itu hanyalah alat di rumah. Urusan peribadi suami jangan masuk campur. Cukup makan, pakai dan tempat tinggal kan? Tanggungjawab suami dah selesai. Tak perlu nak harapkan lebih-lebih.

Mentaliti yang paling teruk pernah saya nampak ialah apabila dengan yakinnya berkata, lelaki tiada istilah curang kerana lelaki boleh kahwin 4. Langsung tak peduli perasaan isteri bila cakap macam tu. Bangga kerana dapat nampak gah dan kuat dengan pemikiran begitu. Dihasutnya pula kawan-kawan lain untuk mempunyai fikiran yang sama.

Sayangilah Isteri

Saya tak faham sebenarnya. Susah sangat ke nak letak diri kat tempat isteri? Benda ni kita panggil sebagai empati. Bila empati kita kuat, mata kita akan terbuka seluas-luasnya. Kalau kita tiada empati, kita takkan nampak sisi yang selama ini tersembunyi. Tapi bila kita letak diri kita kat tempat orang lain, isteri terutamanya, barulah kita boleh sedar dan faham apa sebenarnya yang mereka rasa.

Sayangilah isteri anda semua. Janganlah garang sangat. Jangan pula tidak mempedulikan. Layanlah baik-baik. Mungkin hari ini kita gagah perkasa tak rasa apa pun boleh menyakiti kita. Tapi akan tiba masanya kita tidak berupaya. Masa itulah orang yang kita layan dengan baik ini akan melayan kita dengan sangat baik.

IKLAN

Kenapa saya cakap macam ni? Sebab ramai yang pm saya dan ramai yang saya baca masalah mereka. Saya rasa sedih sangat. Bukan saya nak jadi hero. Tapi saya nak kongsi benda-benda baik ni supaya dalam 100 yang baca, 1 orang sahaja yang terdetik untuk melayan isteri dengan lebih baik pun sudah memadai.

Percayalah, bila kita sayang isteri kita, dia akan serahkan seluruh jiwa raganya pada kita. Itu sebabnya apabila seseorang lelaki jatuh, pasti ada isteri di sebelahnya menyokong dan mengangkat semangat suaminya. Sama juga apabila ada lelaki yang berjaya, hampir pasti ada isteri di belakang yang menolak suaminya ke hadapan.

Peluk erat orang di sebelah kita tu. Jangan bila dia dah tiada nanti baru nak faham betapa pentingnya isteri dalam hidup.

Mingguan Wanita : Ingat tu, pentingnya isteri dalam hidup suami. Jangan bila dah tak ada nak menyesal. Semuanya sudah terlambat!

Sumber: Akhtar Syamil

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

IKLAN

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita