Seronok Ajak Tetamu Makan Di Rumah Tapi Jangan BEBANKAN Isteri Seorang!

Seronok bila ajak tetamu datang dan buat acara makan-makan di rumah kita Tapi musim sekarang kenalah patuhi SOP ye). Kata orang, tetamu yang hadir akan bawa rezeki untuk tuan rumah. Tak kira acara makan-makan adik beradik atau rakan-rakan. Cuma, kena rancang betul-betul agar tak kelam kabut jadinya nanti!

Seronok Kongsi Rezeki

Orang yang suka belanja atau jamu orang lain makan selalunya akan murah rezeki. Malah besar pahalanya bila kita kongsi rezeki dengan orang lain. Tak perlu tunggu kaya barulah nak ajak tetamu datang rumah dan buat acara makan-makan. Bahkan tak perlu dalam jumlah yang ramai pun…

Boleh mulakan dengan ajak adik beradik datang. Masaklah apa yang mampu dan tak perlu yang bajet mahal pun. Ikut kemampuan. Insya-Allah, tatamu yang datang pasti akan puas hati. Yang penting, masak daripada hati ye.

Lagi artikel menarik di sini:

Adab Jadi Tetamu, Hormat Tuan Rumah Bungkus & Ikat Plastik Diapers Anak

Jangan Lokek Dengan Isteri, Nanti DIA Bagi Berlipat Ganda Rezeki Buat Suami

IKLAN

Ikuti Mingguan Wanita di IG kami:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Memang Seronok Tapi Bincang Dulu 

Nak ajak orang datang rumah, pastilah isteri yang akan paling sibuk dan penat nak urus itu dan ini. Ada suami yang suka ajak kawan-kawan datang makan. Memang bagus kerana isteri pun senang hati dapat kenal siapa kawan suaminya.

Yang tak bestnya jika ia secara tiba-tiba. Bukan apa, suami kena faham. Wanita ni lain sikit. Bagi lelaki mudah je; kita jemput orang akan datang. Simple. TAPI untuk isteri, dia akan lihat di sebalik semua itu. Kalau suami cakap nak ajak kawan makan, beberapa hari sebelum tu dia dah fikir menu apa nak masak. Belum lagi nak kemas rumah.

IKLAN

Bila tetamu nak datang, mestilah nak kemas rumah apa yang patut. Takkan nak biar rumah berselerak. Waduh, mana nak letak muka oi..Suami lain lah, boleh buat ‘dek’ je. Sebab itu wahai suami, tolonglah beritahu isteri walau pun dalam tempoh 24 jam. Percayalah, macam lipas kudung isteri kemas rumah dan buat persiapan.

Seronok Ajak Tetamu Makan Di Rumah Tapi Jangan BEBANKAN Isteri Seorang!

Ada Masa Isteri Nak Bersiap

Ada suami yang jenis nak hidangkan makanan panas buat para tetamu. Ye, memang tak salah. Tapi tengoklah pula apa yang nak dihidangkan. Ini, dah la masak masak macam-macam jenis, semua disuruh masak last minute hinggalah bila tetamu datang isteri masih lagi terkial-kial berpeluh sakan di dapur memasak.

Kasihan isteri, silap hari bulan, orang ingat dia bibik! Isteri pun tentu tak selesa nak sambut tetamu dengan tubuh bau dapur dan muka berminyak. Tak pasal-pasal mood isteri pula ke laut! Lagi satu, seeloknya bila tetamu datang, tuan rumah ada masa untuk duduk sembang sama-sama. Ini kalau isteri masih sibuk di dapur, macam mana dia nak layan tetamu berborak?

IKLAN

Seeloknya, biar isteri masak awal. Ada masa isteri nak mandi, bersiap dan berwangi-wangian. Barulah seronok dia nak raikan tetamu. Lebih-lebih lagi kalau yang datang kawan suaminya yang datang sekeluarga, yang mungkin pertama kali bersua. Tentu tak selesa pertama kali jumpa isteri tak semengah rupanya.

Tak bermaksud isteri nak bermekap tebal, cukup dia sempat mandi dan pakai elok-elok sikit.  Selesalah bila nak berbual-bual dengan tetamu nanti. Tak gitu?

Kemas Sama-Sama

Suami kena ambil perhatian! Selepas tetamu balik, suami tolonglah bantu isteri kemas apa yang patut. Jangan harapkan isteri seorang saja mengemas. Kalau anak-anak dah besar, bolehlah juga bantu. Kalau anak-anak kecil? Setidaknya tolonglah lap meja dan sapu sampah.

Barulah isteri rasa seronok. Taklah dia rasa terpaksa kalau lain kali suami bagitahu nak ajak kawan dia datang makan di rumah lagi.

Bajet Lebih, Order Je!

Kalau memang ada bajet lebih, boleh lah nak order makanan. Sekarang senang, ramai yang menjual makanan secara online di rumah. Taklah penat masak. Tak gitu?  Cuma kepuasannya berbeza bila hidangkan para tetamu dengan makanan yang kita sendiri masak dengan yang kita tempah. Tapi, buat tambah menu tak salah. Asal ada hidangan yang kita sendiri masak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI