Pernah tak mak-mak rasa nak marah tak tentu pasal. Lebih-lebih bila balik rumah dengan keadaan yang bersepah-sepah, anak buat hal dan menangis tak tentu pasal. Keadaan inilah yang membuatkan mak-mak rasa ‘sensory overload’.

Jangan dibuat main-main dengan ‘sensory oveload’ kerana ia boleh memberi kesan yang lebih teruk pada mak-mak. Ingat keadaan ini hanyalah sementara dan akan hilang begitu saja. Tetapi, sebenarnya ia boleh membawa kepada kemurungan. Jangan main-main.

Perkongsian daripada Nurul Sheriena Musa boleh menjelaskan lebih lanjut lagi tentang ‘sensory overload’ yang mungkin mak-mak tak tahu sebelum ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Stres Uruskan Rumah Tangga, Sebenarnya Ini Yang Mak-Mak Boleh Buat

Penat Macam Mana Pun, Mak Kena Pandai Curi Masa Untuk Rehat

Info Lebih Menarik DI SINI

Kenali Ciri Ciri Sensory Overload Yang Boleh Terjadi Pada Ibu Ayah

Selalu kita katakan anak anak Sahaja ada Sensory Overload. Tapikan kalau anda benar benar faham yang sensori ini seolah-olah makanan pada otak maka anda fahamlah yang setiap daripada kita perlukan stimulasi sensori.

IKLAN

Tapi jika antara ciri ciri di bawah ini anda ada maka mungkin kita sedang alami sepertimana anak sedang alami iaitu Sensory Overload.

1️. Mudah Rasa Nak Marah
2. Semua Benda Salah kita sahaja Betul
3. Tidak Boleh tengok Rumah bersepah
4. Sentiasa mahu Perfection
5️. Susahnya Nak Fokus
6️. Terasa sekeliling Sangat Bising
7️. Sangat Oversensitif dengan Bau sekeliling
8️. Masih rasa Penat walaupun sudah Rehat
9️. Sentiasa rasa Lesu Dan Tiada Semangat
1️0. Lebih suka duduk sendiri

Ciri ciri ini mungkin ada pada ibu atau ayah malah sesiapa sahaja yang alami Sensory Overload di mana perkara sekeliling berlaku sangat pantas dan anda mungkin tidak bersedia dan anda perlukan MASA untuk memproses.

Sensory Overload ini boleh terjadi pada sesiapa. Jika kes orang dewasa ibu atau wanita adalah orang yang selalu mudah terdedah dengan Sensory Overload.

Sebab kitalah yang sering layan karenah anak dan selalu ketepikan diri kita. Ya memang bagus. Ya memang fasa 0 ke 4 tahun waktu mencabar.

Tapi dalam fasa itu belajar lah juga Self Care diri untuk keharmonian diri.

Saya juga seringkali dalam terjebak dalam fasa ini. Tapi nasib baik ada guru dan circle menarik saya untuk tidak berlama lama.

Bila Sensory Overload terjadi

1. Ambil masa rehat. Pause sekejap
2. Cari Guru. Ambil aura dan semangat
3. Jumpa circle yang menyokong bukan Menyindir.
4. Dapatkan Pelukan kasih sayang Keluarga kita

Ya sensory Overload juga jika tidak dibantu mungkin lebih ramai ibu atau ayah akan terdedah risiko depression, anxiety dan macam macam lagi.

Jika nampak pasangan kita begini bantu dia dan jika nampak sahabat kita begini bantu dia ya.

Tak dapat Bantu. Doakan dia.

Tip Kekal Tenang

Beberapa tip untuk kekal tenang bila berhadapan dengan situasi burn out

1. Deep Breathing. Teknik ini banyak kali saya kongsikan sebelum ini. Bila kita betul betul tarik nafas dalam dalam jumlah oksigen masuk ke dalam otak adalah optimum.
Jadi nak Tenang pastikan Oksigen juga Cukup sampai ke otak.
2. Bercakap dan Meluahkan secara berterusan. Tidak perlu tunggu ada masalah baru nak cakap. Tapi amalkan komunikasi berkesan dalam keluarga
Bila rasa penat dan lelah dan mahu meluahkan cari orang yang kita percaya untuk meluahkan. Kadangkala It Could be a Stranger who just Listen.
3. Tengok jenaka ini sebenarnya bagus sebab boleh bantu rembeskan hormon endorphins. Hormon yang buatkan rasa gembira.
Dalam sesi therapy ada juga jalankan Sesi Laughter Therapy atau Clown Therapy untuk buat pesakit kronik, kanak kanak untuk beri mereka motivasi.
4. Gerakkan Tubuh Badan
Ini kalau tak buat memang badan akan lebih mudah freeze. Hadapi masalah je freeze dan tidak hadapi cabaran itu.
Jadi perlu ada senaman yang kita lakukan sekurang kurangnya 30 minit dalam 3 ke 4 kali seminggu.
Gerakan ini juga mampu bantu badan release hormon endorphin The Feel Good Hormone.
5. Sentiasa ingat pause. Berhenti kejap beri masa untuk diri proses apa yang berlaku. Tidak usah bandingkan. Bila rasa letih rehat bukan berhenti.

Lakukan sesuatu yang kita suka.
Hiking
Yoga
Lepak Cafe
Menjahit
Melukis
Baca Buku
Pergi Facial
Ke Spa

MW: Sekurang-kurang dengan tip yang diberikan ini dapat meredakan ‘sensory oveload’ yang mak-mak alami.

Sumber: Nurul Sheriena Musa