Orang perempuan bergelar isteri ni memang luar biasa pemikirannya. Kadang luarbiasa ‘akalnya’ dalam perkara tertentu. Situasi ‘pinjam’ duit dengan suami mungkin perkara biasa berlaku dalam rumahtangga. Mungkin nak minta duit segan, jadi guna istilah ‘pinjam’.Tapi sampai ke sudah tak tahu bila nak bayar semula.
Bukan apa, pinjam duit suami ni bagi orang perempuan, umpama dapat ‘hadiah’. Apatah lagi, bila suami tak berkira minta dibayar semula, itu yang mampu buat isteri tersenyum bahagia.
Pengalaman dan kisah yang dikongsikan olehMohd Fhaisini, mungkin ramai suami isteri yang pernah hadapi situasi yang sama.
“Abang ada 100 ringgit tak, pinjam dulu”
Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin ATM kat tempat kerja rosak, malas nak gi bank cucuk duit.
Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh.
Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua.
Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
Ads
“Abang pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar COD barang hari ni”
Saya kata ok je. Ambil la.
“Terima kasih abang”, sambil tersenyum
Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000.
Rasa macam di permainkan pula.Dia bukan malas nak gi bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.
Ads
Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama.
Bahasa Cinta Isteri
Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.
Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk dipinjam oleh isteri.
Ads
Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.
Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa ditagih.
Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga
Bukan boleh paksa pasangan kita bagi rapat dengan mentua, ipar dan biras kalau dia dah tak suka. Mesti ada sebab tertentu kalau dia tak boleh ngam.
Biasalah, bila dah ramai-ramai mesti ada bawa perangai masing-masing. Ada yang tak reti nak bercakap, ada yang terlalu pendiam, dan mungkin ada yang sibuk sibuk hal orang. Tetapi kalau positif, macam mana teruk pun tetap boleh duduk berbual bersama. Melainkan tetiba dia ada dengar cerita tak best dari belakang! Mulut ke mulut dan akhirnya jadi gosip panas.
Maka, mentua, ipar atau mahu pun biras mula lah tak sebulu. Sebab itulah kena pandai jaga perangai sendiri. Nah, untuk renungan bersama, baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin dulu.
Paksa Pasangan Rapat Dengan Mentua, Ipar
Kita tak boleh paksa pasangan untuk rapat dengan mertua, dengan ipar dan dengan biras.
Kenapa?
Perasaan kita, apa yang kita nak rasa, adalah sesuatu yang kita tak boleh nak paksa. Ianya datang secara semula jadi, untuk rasa suka pada seseorang, untuk rasa benci pada seseorang, untuk rasa senang pada seseorang, untuk rasa kurang senang pada seseorang, semua itu adalah berdasarkan sikap dia dan cara dia bergaul kita.
Kadang-kadang kita boleh perasan yang pasangan kita kurang bergaul dengan ipar, kurang rapat dengan mertua dan kurang bersembang dengan biras. Bukan sebab dia tak suka dengan iparnya, birasnya atau mertuanya, tapi tiada titik persamaan antara mereka yang boleh membuatkan mereka rapat dan dapat bergaul seperti biasa.
Cara dan sikap kita juga berbeza.
Ada orang suka bercakap, ada orang yang hanya bercakap bila perlu, ada orang pula suka diam, ada orang suka bergurau, ada orang suka serius, ada orang yang langsung tak boleh bergurau, ada orang suka marah, ada orang susah nak marah. Untuk satukan dan bagi bergaul antara dua sikap dan cara manusia yang berbeza itu akan makan masa, mereka akan jadi rapat dan mudah bergaul dengan sendirinya bila mereka jumpa titik persamaan antara mereka.
Sebagai pasangan, jangan paksa mereka untuk rapat, jangan desak dia untuk bergaul, sebaliknya bagi ruang dan masa untuk dia buat semua tu secara semula jadi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah luangkan masa dengan anak-anak terutamanya sewaktu mereka masih kecil amatlah bermakna.Inilah peluang bagi mak ayah untuk bermanja dengan anak sepuas hati. Ini kerana masa yang berlalu amatlah pantas berlalu, anak yang dahulunya sebesar tapak tangan kini kian membesar dan tahu erti malu, serta tidak lagi gemar dimanjakan seperti waktu kecil dahulu.
Semoga perkongsian catatan nota oleh Dr Syahr Musafir ini memberi manfaat buat mak ayah semua.
“Pagi ini saya hantar puteri pertama saya ke tadika. She is a 5-year-old girl turning 6 in July this year (atau secara ringkasnya, berumur 6 tahun mengikut kiraan tahun). Dalam perjalanan, saya bersahaja nak berbual-bual dengan Along ST.
Saya tanya, “Kan setiap malam Papa akan kiss Along, Angah IY (anak kedua kami, juga seorang puteri berusia 3 tahun lebih) dan Aboy HE (anak ketiga, seorang putera berusia 4 bulan). Angah pun kiss Papa. Tetapi Along tak kiss Papa, kenapa?”
Dah Mula Rasa Malu
Sengaja bertanya, sebab selalunya Along akan cium pipi saya setiap kali nak tidur. Tetapi tidak, semalam.
“Oh, I am sorry, Papa,” Along memulakan bicara. “I was malu… I thought I could not give you a kiss anymore, because you’re a boy and I am a girl. Malu la.. Mama kan pesan girls tak boleh hold hand dan kiss boys…”
Sejak kecil lagi, memang itulah ‘ajaran’ kami. Girls can mix with boys, but with limitation of what can be done, what cannot be done. Tak boleh suka-suka. Bukanlah terlalu tegas, tetapi lebih baik mulakan dari awal. Bak kata orang, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Pesan santai-santai.
Hasilnya, Along dan Angah sangat friendly dengan acik-acik (kawan-kawan perempuan Mama) dan lebih banyak berdiam diri apabila berjumpa pakcik-pakcik (kawan-kawan lelaki Papa). Terbiasa begitu, mungkin. Kalau pulang dari sekolah pun, Along bercerita tentang rakan-rakan girls, hanya menyebut nama kawan-kawan lelaki apabila ditanya sahaja.
Jawab Along, “Tak tahulah. Malu la.. Kan Along dah nak birthday 6 tahun, dah besar. Sebab tu malu… Tapiiii, Papa kiss tak apa. Along je malu kiss Papa. Heheh,” diiringi ketawa.
Cepatnya Masa Berlalu
Cepatnya masa berlalu, si anak yang dulunya ‘hanyalah sebesar tapak tangan’ kini bakal menginjak ke usia 6 tahun dan sudah punya rasa malu, sudah faham beza lelaki dan perempuan.
Saya terfikir BARU 6 tahun, BUKAN SUDAH 6 tahun.
Tetapi baginya, SUDAH 6 tahun dan si anak sudah punya cara fikir sendiri, mengikut acuan yang kita bentuk sejak kecilnya. Saya, sebagai ayah, belum puas nak bermanja dengan si anak.
Tidaklah saya menulis untuk bercerita atau mengajar tentang aspek pendidikan anak-anak, tetapi saya sekadar terfikir betapa CEPATNYA masa itu berjalan.
Sekiranya pada usia 6 tahun si anak sudah meletakkan ‘gap’ atau batas atau limitasi kepada orang sekeliling termasuk ibu bapanya, cubalah bayangkan masa untuk seorang ayah atau ibu bermanja dengan anak perempuan atau anak lelakinya hanyalah 6 tahun SAHAJA.
Bukan sepanjang 6 tahun, tetapi SEPENDEK 6 tahun.
Rugi Terlepas Masa Berharga Dengan Anak
Kalaulah dari hari anak dilahirkan, ibu bapa terlalu memfokuskan kerjaya – pagi-pagi hantar anak ke rumah pengasuh, pergi kerja pagi, balik kerja petang baru ambil anak dari rumah pengasuh, malamnya makan malam dan tidur, TANPA sempat bermain dengan anak…
Kalaulah hari minggu pun ibu ayah sibuk dengan urusan kerjaya, tak sempat memberikan masa untuk menemani anak-anak, berbual, bermain, bawa jalan-jalan.
Kalaulah waktu-waktu di rumah lebih banyak dihabiskan dengan menghadap telefon bimbit dan internet, nak dibandingkan dengan mengurus si kecil.
Ibu bapa itulah yang akan menjadi dua individu yang paling RUGI kerana TERLEPAS masa-masa berharga bersama anak-anak.
Benarlah seperti pesan Abah dan Umi saya, “Anak-anak hanya bermanja dan bermain dengan kita (ibu bapa) semasa kecilnya sahaja. Apabila sudah bersekolah, sudah berkawan, sudah boleh tentukan ‘jadual’ harian sendiri, sudah pandai cari makanan sendiri di dapur, sudah tahu malu itu malu ini, biasanya bermula usia 7 tahun, mereka tidak akan bermanja-manja dengan kita lagi. Jika betul didikan sewaktu kecilnya, mereka akan tetap rapat dengan kita selepas usia 7 tahun mereka. Jika salah didikannya, mereka pasti menjauh, sedikit demi sedikit… Jadi, pastikan waktu-waktu sedari kecil hingga 7 tahun adalah waktu-waktu berkualiti. Jangan terlalu mengejar duit ketika kecilnya anak-anak kita…”
Allahu Allah.. Menitis air mata.
Betapa ramai antara kita yang sibuk ke sana ke mari, mesyuarat sana sini atas urusan kerjaya dan mencari rezeki, sampaikan kita lupa anak-anak yang kita tinggalkan di rumah pengasuh sampai ke lewat malam jadinya.
Betapa ramai ibu bapa yang memenuhkan hujung minggu (atau mana-mana hari cuti) dengan urusan-urusan perniagaan dan sebagainya, bukan kerana tidak cukup duit tetapi kerana mahukan duit-duit lebih berganda-ganda, sedangkan si anak mahukan perhatian kita. Ruginya masa sependek itu kita pendek-pendekkan lagi dengan kelalaian kita sendiri.
Anak Harta Akhirat Kita
LAINLAH JIKA KITA TIDAK DAPAT ELAKKAN. Jarak jauh, atau terpaksa bekerja yang memerlukan komitmen yang ekstrim, dan seangkatan dengannya. Tetapi saya tetap percaya, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Berpada-pada dan bersederhana dalam menguruskan hal keduniaan dan harta. Berlebih-lebihlah dalam menguruskan anak-anak kerana mereka bukan harta dunia, mereka harta akhirat kita.
Tahun-tahun pertama dalam pertumbesaran anak-anak adalah masa berharga membentuk talian, bonding dan engravement antara ibu bapa dan anak-anak. Pastikan berkualiti jika kita tidak mampu membanyakkan kuantiti.
Teringat saya belikan 2 hadiah sempena hari jadi Along yang ke-5 tahun, tahun lepas. Saya tanya Along keesokan harinya, “Suka tak dapat hadiah brithday daripada Papa?”
Jawab Along, “I like them so much. And I will like them more if you play with me, Papa… Jom!” Mukanya ceria, pegang toys dengan mata bercahaya ceria sebab Papa nak teman bermain.
Anak, bukan mahukan hadiah dan permainan mahal-mahal, tetapi mahukan KITA meluangkan masa, tenaga, emosi dan fikiran bersama mereka.
Ini nota dan saranan peribadi, bukan arahan apatah lagi sindiran. Saya mengingatkan diri sendiri sebelum nak mengingatkan orang lain. Moga Allah SWT permudahkan urusan kita menjadi ibu bapa qudwah, contoh dan berjaya cemerlang, dunya wal akhirah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Buat mak ayah luangkan masa berharga bersama anak-anak terutamanya ketika mereka masih kecil. Waktu mereka kecil sangat pantas berlalu, dan amatlah rugi jika mak ayah terlepas saat ini.
Berita gembira buat mak ayah yang berada di negeri Sarawak, rebutlah peluang keemasan ini. Ada insentif baru diumumkan untuk anak-anak yang bakal lahir nanti di negeri tersebut.
Ini kerana Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntukkan RM40 juta bagi polisi terbaharu Sarawak iaitu setiap bayi yang dilahirkan bermula tahun hadapan akan diberikan simpanan sebanyak RM1,000.
Ianya diberi kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan politik. Ianya hanya dapat dikeluarkan apabila mereka berusia 18-tahun dimana apabila mereka memerlukan wang tersebut khususnya bagi pembelajaran mereka.
“Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.”
“Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan,” kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Pembentangan Bajet Sarawak 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri DUN Sarawak baru-baru ini.
Galak Lahirkan Anak
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata, pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikan masa depan anak Sarawak ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.
Pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.
“Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramai lagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang,”
“Kerajaan Negeri bersetuju membuat keputusan bagi memperkenalkan dasar baru itu bertujuan untuk memenuhi keperluan pendidikan atau dana untuk melanjutkan karier mereka,” katanya.
MW: Tahniah buat orang-orang negeri Sarawak atas insentif yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri ini. Mak ayah orang Sarawak jangan lepaskan peluang ini, semoga mendapat manfaat yang diharapkan serta lebih ramai bayi-bayi comel yang dilahirkan di negeri tersebut.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...