Kalau suka sangat makan seri kaya homemade, anda boleh guna resepi yang dikongsikan oleh Puan Imah Rahman ini. Tengok caranya tak susah sangat pun, siap ada petua lagi.
Bahan-bahan Buat Seri Kaya Homemade:
1 cawan gula
1 cawan air panas
Masak gula hingga keperangan, tutup api kemudian masukkan 1 cawan air panas dan buka api semula. Kacau gula sampai cair semua, biarkan sebentar.
Ads
3 biji telur
1cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam (akak letak, terpulang kepada anda)
Blend semua bahan-bahan di atas sampai gula hancur.
1 kotak santan 200ml
2 sudu besar tepung jagung
-campur dan kacau hingga sebati
Ads
1. Panaskan gula karamel tadi, masukkan bahan-bahan yang telah diblend, kacau hingga sebati. Masukkan pula santan yang telah dicampurkan dengan tepung jagung.
2. Kacau hingga pekat dan berkilat dengan api yang slow. Pastikan jangan sampai hangus. Siap dan sejukkan sebelum simpan.
Ads
NOTA:
Sebenarnya untuk mendapatkan sekaya yang berkilat seakan berminyak gunakan pati santan kelapa bukan santan kotak.
Terlebih berjaga pada waktu malam, selalu membuatkan wanita kerap lapar dan suka makan lewat malam. Kadang nak paksa tidur pun tak selesa bila perut kosong, akhirnya pilihan yang ada anda terpaksa sumbat makanan walau lewat malam. Tapi mungkin juga beberapa faktor ini berkait…
Ketika kepala penuh masalah, alternatif dicari untuk menimbulkan rasa gembira. Makanan akan membuatkan seseorang berasa kenyang dan puas hati. Lama-kelamaan makan menjadi tabiat dan akan menyebabkan kenaikan berat badan yang banyak.
Otak tak dapat membezakan rasa haus dengan lapar. Jadi sebelum mencari makanan pada waktu malam, minumlah air kosong dahulu. Jika masih juga lapar, barulah mencari makanan yang sesuai pula.
Makan tidak tetap atau makanan yang diambil pada waktu siang tidak memuaskan kehendak diri. Ya, inilah jadi dorongan buat anda rasa lapar pada waktu malam. Cara atasi, anda perlu sediakan makanan dari rumah atau beli makanan yang disukai dan bawa sebagai bekalan di pejabat. Aturkan juga untuk makan lima kali sehari dengan jumlah kalori sebanyak 400 kalori sahaja setiap kali makan.
Jika anda suka makanan manis pada waktu pagi, tengah hari dan petang, badan anda pasti akan ketagih gula. Akibatnya pada waktu malam, ibu hamil teringin makanan manis atau berkarbohidrat. Gantikan gula dalam makanan dengan buah-buahan dan mengunyah gula-gula getah ataupun mendisiplinkan diri untuk elak makan makanan yang bergula.
Amalkan makanan berserat tinggi, minum air kosong secukupnya dan lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari. Percayalah amalan ini boleh melawan rasa lapar pada waktu malam hari.
Haaa… tetapi kalau anda kerap sangat tidak dapat melawan rasa lapar, anda boleh consult dengan doktor sebab risau pula jika ada masalah lain.
Ramai yang diet dengan cara elak sarapan, sudahnya makan waktu malam berlebihan sebab pagi dah kelaparan. Salah tu, cara terbaik adalah jangan skip sarapan pagi, tengah hari dan elak makan malam!
Seeloknya ambil makanan sumber protein pada waktu malam supaya tengah malam anda tak masuk dapur cari makanan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selepas mesin basuh rosak, suami ambil alih tugas basuh pakaian di kedai dobi layan diri. Sebulan juga berulang alik ke sana. Dalam pada itu, dia membuat carian di Internet mahu beli dryer untuk dihadiahkan pada isteri.
Dekat dua bulan juga Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawimencari dryer yang berbaloi. Lagi-lagi bibik elektrik ini akan buatkan isterinya tersenyum bahagia. Tapi tak mudah nak mencari yang harga bawah RM1000. Berkat usaha, kiraan dan kerja keras akhirnya suami ini berjaya mencarikan dryer a.k.a bibik elektrik untuk isteri.
Beliau kongsikan cara-cara mencari, membuat pembelian sampailah manfaat yang diperoleh dengan dryer yang dibelinya dan dekat setahun memberi khidmat padanya. Tak disangka-sangka, posting itu menjadi viral dan mendapat perhatian netizen. Ini jawapan kepada persoalan yang diutarakan.
“Saya ada buat posting lain untuk jawab soalan-soalan yang muncul ekoran posting yang viral ini. Memang ada pro n con pakai benda ni. Gara-gara posting pasal dryer tadi, tak pasal-pasal kena buat FAQ: Dryer For Dummies.”
A: Saya tak pasti setakat mana ia boleh jadi cepat rosak sebab saya baru pakai setahun. Tapi memang ada yang berpengalaman begitu. Saya secara personal, tak perasan sangat.
Jadi, risiko itu tetap ada. Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal dryer. Eh?
A: Saya beli yang paling murah. Sekitar RM800, untuk muatan 6 kg model Midea. Sekarang tak dapat harga tu. Cuba la beli banyak-banyak, boleh jual dua-tiga tahun lagi.
Rujuk komen.
A: Memang sangat-sangat berbaloi-baloi sangat. 3 kali saya ulang “sangat”.
A: Saya beli asing dryer dan mesin basuh. Lagi senang guna serentak fungsi berbeza.
A: Sekitar 90 ke 120 minit.
A: Pernah terfikir tapi tak jadi sebab isteri bising.
A: Ya, berkedut. Ini satu lagi risiko. Kalau takut dengan risiko, ….. (Rujuk Q1)
INI SOALAN PALING KERAP DITANYA
A: Ya, memang akan ada tambahan kos elektrik apabila pakai bendalah tu. Anggaran sekitar RM20 ke RM50 sebulan bergantung penggunaan. Tapi jangan risau, ada cara yang boleh digunakan untuk jimat.
Caranya ialah; selepas beli mesin ini letakkan di sebelah mesin basuh bersama-sama dengan kotak. Biarkan ia di dalam kotak selama mana anda ingin jimatkan elektrik.
Strategi ini boleh digunakan untuk perkakas eletrik lain.
INI PULA SOALAN CARI PASAL
A: Tak!
Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini.
Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas.
Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg.
Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Kan saya seorang konsultan kewangan? Tentulah saya berkira.
Ini congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan.
Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya. Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
√ Tak perlu lagi sidai baju.
√ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
√ Tak perlu risau baju lambat kering.
√ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
√ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
√ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
√ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
√ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
√ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas.
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa; “Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri” Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa… inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je!
Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam setiap hari pun sempat. Jom semak apa bahan yang diperlukan…
Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin… Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega… Alhamdulillah.
1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.
3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.
2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.
2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.
3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.
(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya
1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.
2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.
3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar
4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.
5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.
6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah
7. Masak hingga pekat dan naik bau.
(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)
1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.
2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.
(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.
1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.
2. Tumis dalam minyak panas.
3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam/perisa.
(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)
SELAMAT MENCUBA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.