Tip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ads
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Ads
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Ads
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menjadi kenangan terindah buat pasangan adik beradik kembar seiras ini apabila bukan sahaja berkongsi momen mengandung bersama, malah turut melahirkan jantina anak lelaki di hospital pada hari yang sama!Bertuah sungguh!
Dua ibu pasangan adik-beradik kembar seiras telah melahirkan bayi lelaki masing-masing di hospital yang sama pada hari yang sama!
Pernah Alami Masalah Kesuburan
Saat-saat pasangan kembar ini disahkan hamil juga sangat menakjubkan kerana kedua-dua mereka, Jalynne Crawford dan Janelle Leopoldo, 30, sebelum ini bergelut dengan masalah kesuburan.
Crawford terlebih dahulu mendapat tahu dirinya hamil dan beberapa hari kemudian, Leopoldo pula mendedahkan kepada kakaknya bahawa dia juga disahkan mengandung.
“Saya sangat gembira, saya mula rasa nak menangis apabila mengetahuinya,” kata Crawford.
Hadiri Temu Janji Doktor Bersama
Sejak itu, Leopaldo akan terbang dari California, tempat dia tinggal, ke Arizona untuk menghadiri temujanji dengan doktor bersama kakaknya.Ketika tinggal enam minggu dari tarikh jangkaan bersalin, dia berpindah ke Arizona.
“Sangat istimewa apabila kami dapat bersama di sana kerana kami adalah satu sistem yang saling menyokong, kami melekat pada pinggul,” kata Leopoldo.
Kedua-duanya melahirkan anak lelaki pada 18 Jun, dengan Crawford bersalin pada waktu pagi diikuti Leopoldo beberapa jam kemudian.Mereka juga diberikan bilik pemulihan sebelah-menyebelah.
Sekarang, ikatan luar biasa pasangan kembar itu diturunkan kepada anak lelaki mereka, Bryce dan Jayce.
Mesti seronok bila berkongsi saat melahirkan begini dengan adik beradik mahupun teman rapat. Boleh duduk sebelah menyebelah katil!
Memang tak sangka ada penceroboh sebelum kebakaran pusat Tahfiz!
Ini satu berita yang agak mengejutkan apabila muncul satu maklumat baru hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, hasil rakaman CCTV menunjukkan ada kelibat seorang lelaki telah memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz tersebut.
Beliau menyatakan kelibat lelaki berkenaan dirakam sekitar jam 3.10 pagi oleh sebahagian daripada 16 CCTV di pejabat PPIM.
“Suspek lelaki itu dikesan masuk melalui pintu pagar kiri sebelum melalui pekarangan pejabat PPIM dan menuju ke bahagian kanan yang juga bersebelahan dengan pusat tahfiz berkenaan.”
“Kita tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pencerobohan ke pusat tahfiz berkenaan.
“Kita sudah menyerahkan semua rakaman berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut malah mereka meneliti semua rakaman sejak pagi tadi.
“Kita tidak tahu motif sebenar pencerobohan lelaki terbabit namun tidak menafikan kemungkinan turut menyasarkan pejabat PPIM,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Selebriti yang juga kini bergelar ibu tunggal Lufya akui membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas. Bukan saja buat dirinya malah ibu-ibu tunggal di luar sana.
Pemilik nama sebenar Lutfyah Sheikh Omar yang juga ibu kepada Lanaa Haura ini telah berpisah dengan bekas suami Che Muhammad Hafiz pada 17 Jun 2020.
“Allah Maha Mendengar” Lufya
Berkongsi kisahnya menerusi akaun Instagram miliknya, selepas berpisah dengan suami, kehidupannya bukanlah senang. Malah dia juga menyatakan kehilangan kerja pada PKP pertama kali diadakan. Malah wanita berjiwa kental ini juga meluahkan anaknya juga ditanggung sendiri.
“Masa bergambar ni PKP pertama kali di Malaysia tahun lepas. Mask pun takde pakai niqab nak keluar beli susu anak dan groceries.
“Kerja tak ada, nak bayar macam-macam, anak pun 100% kita tanggung!
“Susah hati tu jgn cakap la. Tapi Allah tu Maha mendengar doa hambaNya.
Tanggung Emak & Anak
“Kita nak jaga mak nak jaga anak ada rumah kereta nak bayar, anak yang semakin membesar nak sekolah.
“Satu-satu rezeki Allah datangkan dengan mencurah- curah.
Cekalkan Hatimu Ibu-Ibu Tunggal Sekalian
“Kesimpulannya di sini. Wanita tu tak lemah malah lebih HEBAT dari lelaki. Terus la cekalkan hatimu ibu-ibu tunggal sekalian!
“Berjuang untuk anak Allah pasti limpahkan rahmat dan rezeki untukmu. Apa yang kita tanam dan usahakan insyallah kita akan petik hasil yang baik pada masa akan datang,” tulis Lufya yang sememangnya menjadi inspirasi kepada ibu-ibu malang di luar sana.
Untuk rekod Lufya dan bekas suaminya berkahwin pada 26 November 2016.
Dibanjiri Doa Kekuatan & Teruskan Perjuangan Sebagai Ibu Mithali
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...