Menerusi akaun Instagram milik penyanyi terkenal tanahair Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila berjaya menyerahkan 2,000 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 30 April lalu.
Sumbangan tersebut difahamkan adalah hasil daripada Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk kategori Peduli yang dilancarkan 15 April lalu.
“Syukur alhamdulillah, hasrat dan kepedulian kita bersama-sama, Yayasan Nurjiwa dan Dana P.K.P Siti Nurhaliza telah menyampaikan sumbangan kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba, di Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada petang tadi (Khamis).
“Sebagaimana dirancangkan, sumbangan ini adalah di dalam kategori Peduli, Dana P.K.P Siti Nurhaliza untuk keperluan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) sebanyak 2,000 set,” ujarnya.
Ads
Terima Kasih Sama-Sama Membantu Frontliners
Siti Nurhaliza juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyumbang dana tersebut yang prihatin untuk sama-sama membantu.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang Dana P.K.P Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 15 April baru-baru dan usaha pertama kita telah dilaksanakan.
“Saya berharap agar menerusi dana ini, kategori Kemanusiaan dan Prihatin dapat diteruskan sehingga Syawal nanti.
“Pada Youtube Live P.K.P yang pertama, 19 April lalu, saya berasa terharu dengan sifat budiman semua pihak sama ada para peminat (dalam dan luar Malaysia), pihak korporat, individu dan orang ramai yang telah turut sama memberikan sumbangan.
Ads
“Ternyata menerusi Youtube Live tersebut, kita berjaya mengumpul dana yang mencukupi bagi membuat sumbangan PPE kepada frontliners dan buktinya, semalam pihak saya sudah pun membuat serahan kepada KKM,” katanya.
Siti Nurhaliza sekali lagi mengajak orang ramai untuk sama-sama menonton di saluran YouTube miliknya, Siti Official Video, pada 3 Mei ini, jam 2.30 hingga 4 petang untuk tujuan yang sama.
Ads
“Saya yakin, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Inilah perkongsian. Saya tidak memaksa bagi yang tidak boleh sama menyumbang kerana saya memahami situasi kita, tidak semua berada dalam keadaan yang sama.
“Saya mengajak mereka yang turut sama mahu mendukung, biarlah RM1, RM5, RM10, bukan nilainya tetapi niat murni kita itu pasti ada ganjarannya,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Bagi mereka yang membuat sumbangan, boleh layari laman web rasmi Kitafund.com.
Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Suasana menjadi lebih hiba apabila kelibat isterinya, pengacara, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu menangis teresak-esak sebaik mendengar keputusan tersebut. Untuk rekod, Hana sedang dalam proses berpantang usai melahirkan cahayamata sulungnya baru-baru ini.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Penyanyi popular Indonesia, Afgan mengakui teruja apabila buat pertama kalinya bakal menjayakan konsert yang dipimpin oleh orkestra penuh dari Malaysia.
Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza ketika ditemui di majlis sidang media konsert Afgan Live In Concert with Orchestra yang bakal diadakan esok di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ia akan melibatkan kira-kira 25 orang pemuzik orkestra tempatan.
“Saya baru sahaja menjayakan konsert di sini (Malaysia) pada Disember tahun lalu di lokasi yang sama. Namun untuk konsert kali ini, saya akan tampil bersama pemuzik orkestra dari Malaysia. Ini merupakan kali pertama persembahan saya di sini akan diiringi pemuzik dari Malaysia. Saya tidak sabar menjayakannya,” katanya nyata teruja untuk membuat persembahan di hadapan para peminatnya di Malaysia.
Pada masa sama, penyanyi berusia 34 tahun itu turut memuji kualiti pemuzik orkestra Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya hanya sempat menjalani sesi latihan bersama pemuzik Malaysia semalam. Sejujurnya saya memang kagum melihat kualiti yang dipamerkan mereka. Apa yang membuatkan saya kagum, pemuzik baru sahaja mendapat nota muzik untuk konsert saya dan mereka sudah boleh memainkannya dengan baik,” ujar pelantun lagu Bawalah Cintaku itu.
Afgan yang ditemui semasa sidang media Afgan Live In Concert With Orchestra di sini, hari ini bakal membawakan sebanyak 25 buah lagu, termasuk lagu oleh penyanyi tempatan yang dirahsiakan.
Menariknya, untuk konsert kali ini, Afgan turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Raisa yang turut memeriahkan persembahan esok.
Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini. Difahamkan, sebanyak 3,000 tiket konsert yang dibawakan oleh penganjur, Renjana Idea telah pun habis terjual.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi berbangsa Cina Dr Soo Wincci terus mencuri perhatian apabila mengakui sudah 10 tahun dirinya berpuasa di bulan Ramadan.
Wincci yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat doktor falsafah kedua dalam bidang produksi artistik di Valencia, Sepanyol, akui sememangnya cabaran berpuasa cukup besar apatah lagi di luar negara.
Dr Soo Wincci Akui Cabaran Puasa Cukup Besar
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram Wincci juga akui dia terpaksa harungi cabaran yang cukup besar.
“Banyak yang nak tahu tentang pengalaman
“Puasa Saya kat luar utk beberapa tahun ini, baiklah biar Saya berkongsi kisah saya.
“Tahun yang pertama ku puasa kat Spain iaitu 2018, masa itu disebabkan banyak Dugaan Dan cabaran, ku Masih ingat masa itulah yg ku hanya tinggal satu euro pada bulan puasa.
“Disebabkan persaingan yang kuat dlm sekolah muzik yg paling unggul ini ku kena kerja dan belajar Hampir 20 jam setiap Hari, Isnin sampai Ahad demi gaji Dan biasiswa (sebab banyak yg sekarang dah ada Dua master & Masa itu Hampir setiap hari ada ujian).
“Jadi masa itu, Saya makanlah apa saja yang ku boleh uli dengan tepung (40 cent dlm Euro) Lalu minum air paip sekolah. Walaupun masa itu banyak yg mempertawakan ku, tapi ku masih habiskan puasa, kerja dan juga ujian saya,” tulis wincci.
Berpuasa Antara 16 Hingga 18 Jam
Akuinya lagi tahun ketiga berpuasa di Sepanyol, sememangnya memberi apatah lagi siangnya lebih panjang. Sememangnya cukup mencabar apatah lagi siangnya lebih panjang. Akui Wincci setiap hari dia akan berpuasa antara 16 hingga 18 jam. Namun dia tetap gagah melaluinya dan tidak menjadikan alasan untuk meninggalkan puasa.
Kena Banyak Bersabar
Menerusi perkongsian sebelum ini juga Wincci juga menyatakan dia perlu banyak bersabar.
“Hari ini buka 12 malam. Sebab semalam berlakunya satu perselisihan faham dengan orang tempatan. Mungkin banyak yg kena ku sabar. Dan kebanyakan di spain masih tak faham tentang puasa.
“Kadang-kala susah nak terangkan dalam masa yg singkat. Jadi ku tunggu semua Tidur barulah ku pergi masak dan buka.
“Sabar, satu dugaan buat ku utk puasa ku yg tahun 10. Sekarang ku betul faham perasaan semua umat islam yg puasa kat negara orang lain,” kongsinya.
Tidak Cerewet Soal Juadah Bersahur & Berbuka
Berkongsi masakan di masak sendiri untuk berbuka puasa.
Malah akui bekas ratu cantik Miss World Malaysia 2008 ini juga dia tidak terlalu cerewet dalam soal juadah berbuka dan bersahur.
“Saya makan sederhana sahaja. Waktu berbuka saya jamah ‘spaghetti’ dan sayur pun okay. Sahur pula saya minum kopi dan makan roti.
“Saya suka memasak kerana lebih mudah. Ikut tekak hendak makan apa. Lagipun, dengan pandemik Covid-19, operasi kedai di sini ditutup seawal jam 6 petang,” ujarnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Anak dilindungi takaful RM1.2 juta tapi keluar hospital kena bayar RM59,250,ibu luah kekecewaan.
Seorang ibu, Fatimah Shasni meluahkan rasa kecewa di media sosial selepas tuntutan...