bersalin

Alhamdulillah kegembiraan syawal pada tahun ini semakin bertambah apabila, isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 31, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.15 kilogram di sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, semalam.

Menerusi laman Instagram milik Bonda Rozita Ibrahim yang juga pengasas produk Sendayu Tinggi bersyukur apabila menantunya itu melalui proses kelahiran yang mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

“Senang sangat menantu saya bersalin selepas bukaan empat sentimeter. Teruja sangat saya sampai terlupa nak pakai kasut sewaktu berkejar nak sambut cucu.

“Alhamdulillah, seorang cucu lelaki yang sangat comel,” katanya memetik kapsyen yang dimuat naik bersama sebuah klip video di instagramnya.

Namun sebelum itu, apa yang turut mencuri perhatian, meskipun teruja dan gembira dalam menanti kelahiran cucu bersama besannya, jiwa seorang mak bonda Rozita cukup terserlah dan  sentiasa serta mendoakan keselamatan menantu serta cucu tersayang. Malah dalam sentiasa memberikan sokongan penuh dan berasa kasihan pada menantunya yang bertarung menanggung sakit bersalin.

IKLAN

“Kami tunggu dengan besan dekat hospital.Menantu saya nak bersalin dah 4cm. Mudahan selamat ibunya dan cucu baru kami yang akan lahir .Sokongan kami bersama. Senyum dan sebak lalui saat ni melihat anak perempuan kami yang baik budi bertarung sakit.”

“Senyum & Sebak Lalui Saat Ni Melihat Anak Perempuan Kami Yang Baik Budi Bertarung Sakit” Bonda Rozita Ibrahim

Terdahulu, sebelum Shahida melahirkan bayi tersebut, Aliff juga ada memuat naik sekeping foto ketika menemani isterinya menanti detik untuk bersalin sekaligus menghargai pengorbanan seorang ibu.

IKLAN

“Penantian enam tahun akhirnya kini tiba. Rasa tak sanggup nak tengok isteri di dalam bilik bersalin. Kuatnya pengorbanan seorang ibu,” tulisnya.

“Senyum & Sebak Lalui Saat Ni Melihat Anak Perempuan Kami Yang Baik Budi Bertarung Sakit” Bonda Rozita Ibrahim

Aliff yang mengahwini Shahida pada Ogos 2007 telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6. Kemudian, pada tahun lalu pasangan tersebut mengambil dua orang anak angkat iaitu Ameena dan Qayyum yang kini berusia sembilan serta tujuh bulan.

IKLAN

Menurut Aliff, nama Yusoff Al Qardawi dipilih buat anak lelakinya yang ketiga ini bersempena dengan nama tokoh ulama dari Mesir yang cukup dihormati. Malah, akaun khas instagram buat anaknya ini juga telah dicipta serta memiliki hampir 100k pengikut, meskipun baru 1 hari Yusoff dilahirkan.

Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida atas kelahiran baby comel ini. Semoga kelahiran bayi menambah kegembiraan dan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga ini. Selamat berpantang Datin Seri Shahida!

Sumber:Instagram Bonda Rozita Ibrahim & Aliff Syukri Terlajak Laris

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI