Dalam dunia yang penuh cabaran ini, setiap wanita pasti memahami betapa beratnya kehilangan insan tersayang, apatah lagi seorang anak yang menjadi harapan keluarga.
Itulah yang dirasai oleh keluarga Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, seorang mahasiswi berusia 22 tahun dari Universiti Utara Malaysia (UUM), yang pergi buat selama-lamanya akibat nahas tragis membabitkan dua buah bas pada 19 April 2025.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan selepas dirempuh sebuah bas ketika beratur di perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM Sintok pukul 8.45 pagi.
Menyelami kesedihan keluarga ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan penuh rasa simpati tampil menziarahi waris Allahyarhamah di Felda Chemplak, Labis, Johor melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin.
Kehadiran wakil PTPTN, YBrs. Puan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran, bersama Puan Rafidah Sidek dari Pejabat PTPTN Johor, sedikit sebanyak membawa cahaya di tengah kesuraman duka keluarga Encik Mohamad Karim Sulaiman.
Ads
Terima Manfaat
Allahyarhamah Manarina Hasya, merupakan peminjam PTPTN bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Dengan Kepujian, layak menerima manfaat penuh di bawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.
Ini termasuk penyelesaian keseluruhan hutang pengajian berjumlah RM12,629.82 serta pemberian khairat kematian RM1,500. Sebagai tanda kasih dan prihatin, PTPTN turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM2,000 dan kotak makanan asas kepada keluarga Allahyarhamah.
Menurut Mohamad Karim Sulaiman, dia mengakui kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga untuk membawa pulang segulung ijazah namun hasratnya tidak kesampaian setelah takdir telah tertulis anaknya dijemput Ilahi.
Ads
Ujarnya, tiada keluarga mahukan kejadian yang menimpa anaknya itu berlaku namun takdir Allah menentukan segalanya, dia reda dan menyifatkan perancangan Allah itu lebih baik.
Setiap ringgit, setiap huluran, adalah lambang keprihatinan yang tidak ternilai—membantu mengurangkan beban yang ditanggung dalam masa yang amat mencabar ini. PTPTN memahami, kehilangan seorang anak bukan sekadar kehilangan insan tersayang, tetapi juga sebuah harapan dan impian yang disulam bertahun-tahun lamanya.
Skim perlindungan ini diwujudkan bagi melindungi peminjam selama 24 jam sehari di seluruh dunia, sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Bagi peminjam lain yang diuji dengan tragedi sebegini, waris boleh membuat tuntutan melalui Borang Permohonan Tuntutan Takaful di portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Dalam saat-saat sebegini, PTPTN bukan sekadar sebuah agensi pinjaman pendidikan. Ia hadir sebagai sahabat, memikul sebahagian beban yang tidak terucap dengan kata-kata. Semoga manfaat ini sedikit sebanyak menjadi pelita di hati keluarga Allahyarhamah, tanda bahawa kasih dan doa mengiringi mereka di sepanjang jalan mendatang.
Dalam semangat merayakan keindahan dan pesona wanita Malaysia, Variante hadir dengan koleksi Eid 2025 terbarunya, “Gemilang Raya”.
Koleksi ini menggabungkan perpaduan sempurna antara elegan yang effortless dan kenyamanan tanpa kompromi, memastikan setiap wanita bersinar penuh percaya diri di musim perayaan ini.
Di inspirasi oleh kekayaan budaya Malaysia, “Gemilang Raya” menghadirkan ragam
motif menawan, mulai dari abstrak yang berani, floral yang lembut, desain geometri
yang tegas, hingga sentuhan batik klasik yang tak lekang oleh waktu.
Setiap helai busana dalam koleksi ini dibuat dengan material bernafas yang memberikan kesejukan, sehingga nyaman dikenakan sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.
“‘Gemilang Raya’ bukan sekadar koleksi, tetapi sebuah penghormatan bagi semangat wanita Malaysia dan tradisi indah yang menyatukan kita di momen penuh berkat ini,” ujar Leslie Variyan, Pengasas dan Pengarah Kreatif Variante.
“Kami ingin menghadirkan koleksi yang mencerminkan kecantikan, kekuatan, dan
fleksibiliti, dengan desain abadi yang bisa memperindah setiap momen di Hari
Raya.”
Sebagai sebahagian dari dedikasi Variante dalam merangkai tradisi dengan sentuhan
moden, koleksi ini dirancang khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup wanita
masa kini.
Dengan kombinasi motif khas dan siluet yang fleksibel, setiap potongan
dalam koleksi ini dibuat untuk menghadirkan kepercayaan diri dan kebahagiaan.
Menyelusuri perjalanan dua dekad dalam industri mode Malaysia, “Gemilang Raya”
menjadi simbol pencapaian Variante dalam menginspirasi wanita melalui desain yang
timeless, motif yang memikat, serta palet warna yang tak terlupakan.
Koleksi ini kini tersedia di butik Variante dan secara online. Sambut Hari Raya dengan penuh pesona bersama Variante, dan temukan keindahan koleksi yang merayakan tradisi, serta 20 tahun dedikasi dalam dunia fesyen.
Kisah kehilangan dompet yang membawa kepada tuduhan mencuri terhadap Allahyarham Zara Qairina Mahathir kini membuka lembaran baharu dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner.
Ketua Warden, Azhari Abd Sagap memaklumkan bahawa dompet yang didakwa dicuri sebenarnya telah dijumpai seorang pelajar senior di blok akademik sekolah pada petang 15 Julai lalu.
Namun, pada malam yang sama ketika arwah Zara ‘disiasat’ berhubung tuduhan mencuri, dompet itu masih belum sempat diserahkan kembali kepadanya.
Menurut Azhari, hanya dompet itu yang ditemui semula, manakala wang tunai dan beberapa barangan penting seperti kad pengenalan serta kad bank sudah tiada.
“Zara Bersumpah, Dia Tidak Mencuri”
Dalam sesi soal jawab bersama peguam keluarga arwah, Shahlan Jufri, Azhari mengakui tuduhan mencuri yang dilemparkan terhadap Zara pada 15 Julai hanya berkaitan kehilangan wang, kad pengenalan dan kad bank.
Ketika ditanya Shahlan sama ada sumpah Zara yang menegaskan dia tidak mencuri dompet tersebut benar, Azhari menjawab:
“Berdasarkan pengakuannya, iya. Cuma dompet itu, duit tidak ada.”
Beliau juga mengesahkan tiada sebarang wang atau kad pengenalan ditemui dalam almari atau beg milik arwah di asrama.
Tindakan Yang Tidak Dilaporkan
Lebih mengejutkan, Azhari turut mengakui tiada sebarang laporan rasmi mengenai kes kecurian yang dikaitkan dengan arwah dibuat kepada pihak warden.
Malah, beliau mengakui tindakan ketua bilik dan pelajar senior yang ‘mengambil tindakan sendiri’ terhadap Zara sepatutnya tidak berlaku, sebaliknya wajib disalurkan kepada pihak warden untuk siasatan.
Beliau juga mengakui kes seperti itu sepatutnya dilaporkan kepada warden untuk disiasat apabila ditanya Shahlan sama ada boleh atau tidak ketua bilik dan pelajar senior mengambil tindakan sendiri terhadap arwah Zara Qairina.
Pertanyaan Yang Tinggal
Pendedahan ini sekali lagi membangkitkan persoalan besar. Adakah arwah Zara benar-benar bersalah, atau hanya menjadi mangsa keadaan? Hakikat bahawa dompet telah ditemui tetapi tidak sempat diserahkan kepadanya pada malam dia dituduh, menimbulkan tanda tanya besar terhadap cara isu ini ditangani.
Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina terus membuka helai demi helai cerita yang memilukan. Bagi ibunya, jawapan-jawapan ini bukan sekadar untuk mencari keadilan, tetapi juga untuk membersihkan nama seorang anak yang hingga akhir hayatnya menafikan dia mencuri.
RATU Denmark Margrethe II mengumumkan bakal menuruni takhta secara rasmi pada tanggal 14 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik tersebut.
Baginda yang kini berusia 83 tahun merupakan pemerintah monarki paling lama di Eropah apabila mula menaiki takhta pada tahun 1972.Baginda membuat pengumuman mengejut itu di kaca televisyen secara langsung ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2024 kepada 5.9 juta penonton pada Ahad lalu.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira pembedahan pada belakang yang dijalaninya pada awal tahun 2023. Takhta Denmark akan digantikan oleh anak sulung baginda, Putera Mahkota Frederik.
Saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai. Pada 14 Jan 2024 – 52 tahun selepas saya menggantikan ayahanda tercinta, saya akan berundur sebagai Ratu Denmark.
“Saya menyerahkan takhta kepada anakanda saya, Putera Mahkota Frederik,” ujarnya.
Margrethe II menjadi ratu paling lama berkhidmat di Eropah selepas kematian sepupunya, Ratu Elizabeth II. Manakala sejak Julai 2023, Baginda menjadi ratu paling lama dalam sejarah Denmark.
Pada tahun 2022, Ratu Denmark ini telah melucutkan gelaran diraja kepada empat orang cucunya. Empat anak kepada anak bongsu Margrethe, Putera Joachim, yang tidak lagi dipanggil putera atau puteri sebaliknya Count atau Countess of Monpezat iaitu gelaran kelahiran mendiang suaminya, Putera Henrik, anak kelahiran Perancis.
Denmark merupakan sebuah negara yang berpegang kepada sistem raja berperlembagaan menjadikan pewaris takhta ialah Putera Mahkota, Frederik. Anak sulungnya, Putera Christian pada giliran seterusnya diikuti tiga anak Frederik. Margrethe diisytiharkan sebagai Ratu pada 15 Januari 1972, sehari selepas kematian bapanya, Raja Frederik IX.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Di sebalik ujian kehilangan suami pada usia anak masih kecik, ibu tunggal buktikan mampu genggam PhD. Diuji kehilangan suami ketika anak baru berusia 10...