Dalam hidup seorang wanita, setiap hari adalah perjalanan. Dari menghantar anak ke sekolah, mengejar masa di pejabat, balik memasak, dan kadang-kadang terpaksa ketepikan diri sendiri demi semua orang. Tapi bagaimana kalau ada sesuatu yang benar-benar memahami rentak hidup ini?
Itulah yang cuba disampaikan oleh Proton e.MAS 7 melalui program gaya hidup eksklusif “The Real e.MAS Drive”, sempena sambutan Hari Ibu baru-baru ini.
Meskipun penulis merupakan antara pengguna kenderaan elektrik, namun rasa teruja untuk mencuba kenderaan elektrik negara ini tetap membuak apatah lagi kerana ia didatangkan dalam nuansa kegemaran penulis, Turquoise Green, namun warna Quartz Rose juga menarik perhatian apatah lagi ia amat sesuai untuk pemandu wanita.
“Kami tak mahu sekadar pamer teknologi. Kami mahu wanita rasa difahami, dibantu dan diberi kekuatan untuk terus melangkah,” kata Puan Salawati Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Jenama PRO-NET ketika sesi pengenalan kepada beberapa rakan media wanita yang teruja pertama kali memandu sendiri kenderaan elektrik ini.
Diadakan pada 14 Mei 2025 lalu, program ini menghimpunkan media dan pempengaruh wanita untuk merasai sendiri bagaimana e.MAS 7 bukan hanya sebuah kenderaan elektrik tapi sebuah inovasi yang direka dengan memahami keperluan seorang wanita.
Acara bermula di Proton COE, Shah Alam dengan sesi taklimat produk dan keselamatan oleh pasukan e.MAS 7. Apa yang wanita perlu tahu tentang Proton e.MAS 7 ialah ia bukan sekadar kenderaan elektrik tetapi teman pintar yang memahami keperluan harian wanita moden.
Ads
Keselamatan Jadi Keutamaan
Dari aspek keselamatan bertaraf 5 bintang, pengecasan pantas hanya 10 minit untuk tambahan 135km, hinggalah ruang dalaman yang luas dengan 33 ruang simpanan e.MAS 7 direka untuk menyokong wanita dalam pelbagai peranan, sebagai ibu, isteri, pekerja, usahawan atau wanita berdikari.
Ruang penyimpanan yang banyak dalam Proton e.MAS 7 memang jadi kegemaran wanita!
Dilengkapi teknologi pintar seperti sistem bantuan pemanduan (ADAS), aplikasi peta pengecasan dalam satu platform, dan ciri praktikal seperti fungsi Vehicle-to-Load (V2L), ia membolehkan wanita bergerak dengan lebih yakin, selamat dan bergaya tanpa perlu mengorbankan masa, keselesaan atau kewangan.
Perjalanan Ke Janda Baik
Konvoi e.MAS 7 kemudian bergerak menuju Tiarasa Escapes, Janda Baik untuk merasai sendiri kelancaran dan keselesaan pemanduan. Perjalanan dari Shah Alam ke Tiarasa Escapes, Janda Baik bukan sekadar test drive ia adalah simbol kepada perjalanan harian seorang wanita yang perlukan ruang untuk bernafas.
Bercuti Bawak Perkakas Elektrik?
Setibanya di Janda Baik, antara momen paling menarik perhatian penulis ialah demonstrasi fungsi Vehicle-to-Load (V2L), di mana e.MAS 7 digunakan untuk menghidupkan Vitality Juice Bar! Siapa sangka, dari mengecas blender ke kipas mini, semuanya boleh dengan sokongan kuasa daripada kereta ini.
Ads
Fungsi V2L yang dipamerkan pada hari itu sangat ‘dekat’ dengan hati wanita — bila kereta boleh jadi sumber tenaga untuk blender jus, kipas kecil atau lampu khemah keluarga, kita tahu kereta ini bukan sekadar cantik di luar, tapi berguna dalam situasi sebenar!
Selain itu, rombongan media dibawa menyertai sesi yoga sambil menghirup udara segar, dan alunan alam memberi satu peringatan, bahawa wanita juga berhak untuk ambil masa untuk berehat seketika dan jaga diri.
Ads
Dalam perjalanan pulang, peserta singgah sebentar di Bamboo Hills untuk menyaksikan demonstrasi pengecasan pantas DC Handal. Dengan hanya 10 minit pengecasan, e.MAS 7 boleh menambah jarak pemanduan hingga 135km, cukup untuk satu hari penuh urusan harian.
Lebih hebat, semua maklumat stesen pengecas kini boleh diakses melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu dalam Aplikasi Proton e.MAS membolehkan wanita tak perlu lagi pening membuka banyak aplikasi untuk mengecas kenderaan. Satu perkara yang perlu diberi pujian!
Tidak Hairan Jadi Pilihan Wanita!
Sebagai penulis, pengalaman memandu Proton e.MAS 7 bukan sekadar tentang mencuba kereta baharu, tetapi ia adalah perjalanan yang membuka mata tentang bagaimana sebuah kenderaan boleh benar-benar menyatu dengan keperluan seorang wanita moden.
Dari keselesaan tempat duduk, senyapnya kabin, hinggalah teknologi pintar yang mudah difahami, semuanya terasa seperti direka khusus untuk memudahkan hidup. Apabila melihat sendiri bagaimana ia mampu mengecas peralatan luar atau menambah jarak pemanduan hanya dalam beberapa minit, saya sedar… ini bukan sekadar EV, ini adalah revolusi gaya hidup yang patut dinikmati lebih ramai wanita.
Sejak diperkenalkan pada April 2021, jenama Choco Albab terus melakar jejak penuh makna dalam dunia keusahawanan tempatan. Tidak sekadar menawarkan minuman coklat kegemaran ramai, jenama ini sebenarnya giat merencana transformasi ekonomi terutamanya buat golongan B40, wanita, belia dan suri rumah yang mahu berdikari menjana pendapatan sendiri.
Said Saiful Fazli Said Aluwi
Terbaharu, sempena acara tahunan Rising Star 2025 yang berlangsung meriah pada 5 Julai lalu di Bangi Avenue Convention Centre pelbagai inisiatif dan langkah baharu diumumkan oleh pengasasnya, Encik Said Saiful Fazli Said Aluwi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bhd.
“Kami mahu bantu mereka yang tercari-cari peluang suri rumah, belia, OKU dan sesiapa sahaja yang ingin mulakan perniagaan kecil. Rezeki ada di mana-mana, dan Choco Albab cuba menjadi jambatan untuk mereka bangkit bersama,” ujar Encik Said dengan penuh harapan.
Open Bonet Jadi Alternatif Kerjaya Fleksibel
Salah satu usaha menarik yang diumumkan ialah penjenamaan semula platform jualan bergerak dikenali sebagai ‘Choco Albab Joy Station’ diinspirasikan daripada konsep Open Bonet yang semakin popular. Inisiatif yang asalnya dicetuskan oleh ejen-ejen sendiri kini diangkat ke tahap lebih profesional dan tersusun dengan sokongan pihak HQ.
“Lebih 2,000 ejen aktif menggunakan konsep ini. Jadi, HQ perkenalkan SOP, standard menu dan struktur harga seragam demi menjaga kualiti dan pengalaman pelanggan,” jelas beliau lagi.
Menariknya, Joy Station ini amat sesuai untuk mereka yang inginkan kerjaya fleksibel termasuk suri rumah, pelajar, graduan muda dan Gen Z yang mahu menjana pendapatan tanpa mengorbankan masa bersama keluarga.
“Konsep ini bukan sahaja bantu tambah pendapatan isi rumah, malah menyumbang kepada ekonomi gig negara. Dengan lebih 6 juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig, inilah peluang untuk rebut masa depan yang lebih cerah.”
Wanita dan Belia Diangkat Sebagai Ejen Perubahan
Dengan pendekatan mesra digital dan latihan bimbingan percuma dari HQ, Choco Albab ingin melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdikari, bijak dan yakin dengan potensi diri.
Bukan itu sahaja, isu rasa produk juga diberi perhatian. Ada pelanggan yang memberi maklum balas bercampur tentang rasa coklat dan syarikat mengambil pendekatan proaktif dengan menyediakan kursus bancuhan air coklat agar semua ejen dapat menghasilkan rasa yang konsisten dan memuaskan pelanggan.
Belgian Mocha: Rasa Mewah Gaya Hidup Moden
Sempena majlis yang sama, satu lagi produk istimewa turut dilancarkan iaitu Choco Albab Belgian Mocha campuran koko Belgian premium dan kopi terpilih, sesuai buat pencinta minuman bergaya dan sihat.
Mengandungi 33% koko Belgian, tanpa gula putih dan menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose), produk ini juga mesra vegan dan sesuai untuk mereka yang laktosa-intoleran. Lengkap untuk gaya hidup moden yang semakin prihatin terhadap kesihatan.
95,000 Usahawan, 3,000 Diraikan
Apa yang lebih membanggakan, seramai 3,000 ejen dari seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei hadir memeriahkan majlis penghargaan ini. Satu demi satu wajah ceria terpancar di wajah mereka. Dari ibu-ibu yang dahulunya hanya duduk di rumah, kini berdiri megah sebagai usahawan yang membawa pulang pendapatan sendiri.
“Kami dengar suara komuniti kami. Kami tahu wanita Malaysia punya semangat besar. Inilah masanya untuk bantu mereka mencipta kejayaan dari bonet kereta hingga ke pentas global,” ujar Encik Said penuh yakin.
Untuk rekod, Choco Albab kini memiliki lebih 95,000 usahawan dibawahnya di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Doa penuh kasih Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, buat tunangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, benar-benar mencuri tumpuan di media sosial.
Dalam hantaran indah yang dikongsikan baginda pada Khamis, terserlah sisi romantis seorang putera raja yang jarang dipertontonkan khalayak.
Baginda menitipkan doa agar ikatan yang bakal dibina bersama Afzaa sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, diterangi cahaya dan berlandaskan cinta yang tulus.
“Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati,” titah baginda penuh rendah hati.
Ungkapan jujur itu nyata menyentuh hati ramai. Ada yang merasakan kata-kata tersebut bak petikan novel cinta, ada pula yang kagum dengan kelembutan jiwa seorang pewaris takhta Selangor.
Lebih indah, dalam masa sama, Tengku Amir Shah turut menzahirkan penghargaan buat seluruh rakyat Selangor atas doa serta sokongan yang tidak putus-putus menjelang istiadat perkahwinan diraja.
“Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan… Sesungguhnya beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor,” titip baginda dengan penuh syukur.
Sebagai persiapan penuh berkat, malam tadi turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat di seluruh masjid negeri Selangor yang dianjurkan JAIS.
Majlis utama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, menyaksikan keberangkatan Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor bersama rakyat menadah doa agar semua acara diraja berlangsung dengan lancar.
Untuk rekod, Sultan Selangor sebelum ini telah berkenan mengumumkan pernikahan Raja Muda Selangor bersama Cik Afzaa Fadini bakal berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis Persandingan Diraja dan Majlis Santapan Diraja pula akan berlangsung pada 22 Oktober 2025 di Istana Alam Shah.
Penutupan Jalan Sempena Perkahwinan Diraja
Sementara itu, beberapa laluan utama di sekitar Klang akan ditutup bermula esok (27 September) hingga 29 September, serta 1 Oktober hingga 2 Oktober ini sempena Istiadat Perkahwinan Diraja, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di Istana Alam Shah, Klang.
Menurut Polis Klang Selatan, penutupan jalan ini berkuat kuasa dari 8 pagi esok hingga selesai bagi melancarkan perjalanan istiadat serta menjaga keselamatan semua pihak.
Di dakwa di mahkamah! Anggota tentera yang videonya tular menumbuk seorang wanita di Senawang bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Abdul Hafiz Abu Bakar, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh dengan sengaja menumbuk dengan menggunakan tangan di bahagian kepala seorang wanita berusia 28 tahun. Kesalahan itu dilakukan pada 29 Mac 2025, kira-kira jam 10.20 malam di Taman Satria, Senawang, Negeri Sembilan.
Tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya.
Sebelum ini tular satu klip memaparkan seorang pemandu kereta Perodua Axia wanita ditumbuk seorang lelaki dekat Taipan Senawang. Kejadian dipercayai berpunca selepas lelaki berkenaan berang kerana mendakwa anaknya dilanggar pemandu kereta jenis Perodua Axia terbabit ketika melintas jalan.
Ikat Jamin RM2,000
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chrysandy Lai memohon jaminan rendah berikutan tertuduh menanggung dua anak yang masih kecil dan ibu bapa serta isteri.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan laporan perubatan penuh ditetapkan pada 19 Mei depan.
Sementara itu, keluarga pemandu wanita itu mendakwa mangsa mengalami patah rusuk akibat insiden tersebut. Perkara itu dikongsikan oleh pengguna TikTok, Syfhusnaaa, yang meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan lelaki berkenaan.
Malah, Syfhusnaaa turut mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang tidak berfikir panjang sebelum bertindak sedemikian sehingga menyebabkan tulang rusuk kakaknya patah.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...