Dalam dunia yang penuh cabaran ini, setiap wanita pasti memahami betapa beratnya kehilangan insan tersayang, apatah lagi seorang anak yang menjadi harapan keluarga.
Itulah yang dirasai oleh keluarga Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim, seorang mahasiswi berusia 22 tahun dari Universiti Utara Malaysia (UUM), yang pergi buat selama-lamanya akibat nahas tragis membabitkan dua buah bas pada 19 April 2025.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan selepas dirempuh sebuah bas ketika beratur di perhentian bas di Jalan Persiaran Perdana, Kampus UUM Sintok pukul 8.45 pagi.
Menyelami kesedihan keluarga ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan penuh rasa simpati tampil menziarahi waris Allahyarhamah di Felda Chemplak, Labis, Johor melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin.
Kehadiran wakil PTPTN, YBrs. Puan Zawiah Wan Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran, bersama Puan Rafidah Sidek dari Pejabat PTPTN Johor, sedikit sebanyak membawa cahaya di tengah kesuraman duka keluarga Encik Mohamad Karim Sulaiman.
Ads
Terima Manfaat
Allahyarhamah Manarina Hasya, merupakan peminjam PTPTN bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pemasaran Dengan Kepujian, layak menerima manfaat penuh di bawah Skim Perlindungan Takaful Berkelompok.
Ini termasuk penyelesaian keseluruhan hutang pengajian berjumlah RM12,629.82 serta pemberian khairat kematian RM1,500. Sebagai tanda kasih dan prihatin, PTPTN turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM2,000 dan kotak makanan asas kepada keluarga Allahyarhamah.
Menurut Mohamad Karim Sulaiman, dia mengakui kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga untuk membawa pulang segulung ijazah namun hasratnya tidak kesampaian setelah takdir telah tertulis anaknya dijemput Ilahi.
Ads
Ujarnya, tiada keluarga mahukan kejadian yang menimpa anaknya itu berlaku namun takdir Allah menentukan segalanya, dia reda dan menyifatkan perancangan Allah itu lebih baik.
Setiap ringgit, setiap huluran, adalah lambang keprihatinan yang tidak ternilai—membantu mengurangkan beban yang ditanggung dalam masa yang amat mencabar ini. PTPTN memahami, kehilangan seorang anak bukan sekadar kehilangan insan tersayang, tetapi juga sebuah harapan dan impian yang disulam bertahun-tahun lamanya.
Skim perlindungan ini diwujudkan bagi melindungi peminjam selama 24 jam sehari di seluruh dunia, sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Bagi peminjam lain yang diuji dengan tragedi sebegini, waris boleh membuat tuntutan melalui Borang Permohonan Tuntutan Takaful di portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Dalam saat-saat sebegini, PTPTN bukan sekadar sebuah agensi pinjaman pendidikan. Ia hadir sebagai sahabat, memikul sebahagian beban yang tidak terucap dengan kata-kata. Semoga manfaat ini sedikit sebanyak menjadi pelita di hati keluarga Allahyarhamah, tanda bahawa kasih dan doa mengiringi mereka di sepanjang jalan mendatang.
Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Menonton nostalgia mereka membuatkan kita turut mengingati kembali kisah masing-masing ketika masih kecil dan memori pertama kali belajar memasak bersama ibu. Percayalah, memang indah untuk dikenang kembali.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamat mencuba!
Cikgu Neermala banggakan nama Malaysia, menang guru terbaik 2024 anugerah pendidikan Asia di Bangkok. 19 tahun mencurah bakti dalam bidang pendidikan, guru prasekolah Malaysia, Neermala Doraisamy mencipta nama dan membanggakan negara apabila menerima penghormatan di Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.
Pendidik berusia 43 tahun dari SJKT Lurah Bilut,Pahang ini menerima anugerah Guru Terbaik 2024 bagi kategori Pendidikan Prasekolah daripada Asia Education Conclave (AEC), sebagai pengiktirafan terhadap minatnya dalam mengajar dan komitmennya dalam mendidik kanak-kanak kecil.
Cikgu Neermala Banggakan Nama Malaysia
Dalam temubual Mingguan Wanita bersama guru berdidikasi ini, Cikgu Neermala meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diadakan di Bangkok pada Sabtu (9 Nov 2024) lalu. Ini kerana dari 5000 penyertaan diterima dari 11 negara Asean, 123 orang guru dipilih ke peringkat akhir sebelum dirinya dinobatkan sebagai Guru Terbaik 2024 di anugerah berprestij ini.
Neermala Doraisamy mencipta nama dan membanggakan negara apabila menerima penghormatan di Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.Dari 5000 calon bagi pelbagai kategori dari 11 negara Asean, senarai pendek calon menjadi 123 orang dan Cikgu Neermala bersyukur dinobatkan Guru Terbaik 2024 bagi kategori Prasekolah.
Menang Guru Terbaik 2024 Anugerah Pendidikan Asia Di Bangkok
“Saya benar-benar berbesar hati menerima Anugerah Guru Terbaik – Prasekolah daripada Asia Education Conclave. Platform ini menyatukan para pendidik dari seluruh dunia dan menonjolkan peranan penting kami sebagai pendidik dalam membentuk masa depan.
“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas rahmat, petunjuk dan peluang yang membawa saya ke saat ini. Pengiktirafan ini memberikan saya rasa syukur dan rendah diri yang mendalam dan saya berasa gembira untuk berdiri di kalangan pendidik dan pemimpin yang berdedikasi dalam bidang ini,” katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.
Wakil guru-guru dari Malaysia dari pelbagai kategori turut hadir di anugerah berprestij ini.
Memaklumkan tidak mudah mengajar murid pra sekolah, khususnya mereka di usia empat hingga enam tahun namun berkat kesabaran serta teknik pembelajaran yang betul, dirinya mencurah bakti mengajar kanak-kanak prasekolah sejak 14 tahun lalu.
“Dahulu selepas habis belajar, pilihan matapelajaran mengajar saya ialah Sains dan Bahasa Tamil termasuk Bahasa Inggeris. Sampailah saya sambung pengajian di peringkat ijazah dan selepas itu terus mengajar murid prasekolah hingga kini,” katanya yang pernah dua kali memenangi anugerah Guru Inovasi Prasekolah Negeri Pahang iaitu pada tahun 2020 dan 2021.
“Saya mengajar berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan anugerah ini merupakan bukti kepada usaha kolektif semua pihak yang bekerja keras untuk meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak.
“Saya berhasrat untuk terus memberikan impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perhubungan yang baik di antara ibu bapa murid dengan saya di Prasekolah juga membantu dan memudahkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran saya di kelas dan ini juga salah satu faktor menyumbang kejayaan saya dalam bidang Prasekolah ini.
Neermala turut menyampaikan ucapan terima kasih yang tulus kepada suami En.Youva Raj, ahli keluarga, PPD Daerah Bentong, JPN Pahang, KPM,Guru Besar SJKT Lurah Bilut dan rakan-rakan sekerja atas sokongan dan dorongan mereka yang tidak pernah pudar.
AEC berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian guru dan pendidik cemerlang atas sumbangan mereka dalam memajukan pendidikan di Asia dan luar negara.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Proses pengecaman mangsa tragedi kemalangan yang membabitkan pesawat HOM (M503-3) dan pesawat Fennec (M502-6) pada jam 9.30 pagi semalam telah dilakukan oleh waris mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Menurut anak sulung Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar, Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor, 16, mendedahkan jenazah ibunya masih sempurna dengan kecederaan di muka selepas proses pengecaman siang tadi.
Foto: BERNAMA
Pelajar Tingkatan Empat itu memaklumkan hanya rahang di wajah ibunya patah selain itu tiada kecederaan serius lain pada jenazah.
“Rahang mama patah tapi Alhamdulilah jenazah sempurna,” katanya ketika ditemui di Pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini malam ini.
Nur Qistina Awliyah berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya pada pagi tadi sebelum pergi ke sekolah yang berhampiran dengan rumah di kuaters dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
“Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin,” katanya sebak.
Kenangan Aidilfitri
Bercerita mengenai kenangan Aidilfitri lalu bersama arwah, Nur Qistina Awliyah tidak menyangka keterujaan ibunya menyambut lebaran adalah petanda akhir dia akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.
“Masa hari raya lalu, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.
“Lepas itu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan,” katanya menambah baju raya ibunya akan menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.
Menurut Qistina Awliyah lagi, ini adalah kali pertama ibunya mengikuti program sempena Sambutan Hari TLDM.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, jenazah ibunya akan dikebumikan di Yan, Kedah.
Noor Rahiza, 39, merupakan salah seorang daripada 10 mangsa korban nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi. Allahyarham meninggalkan suami dan empat anak berusia antara enam hingga 16 tahun.
Zizi Kirana Tak Tersinggung. Penyanyi kecil molek yang juga aktivis kemanusiaan Zizi Kirana akui dirinya tidak berasa tersinggung apabila ada yang mengkritik penyertaannya dalam...