Tun Dr Siti Hasmah ‘pecah’ rahsia beliau kurang pandai memasak semasa ditemuramah secara Live oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza melalui akaun Instagram Siti Nurhaliza @ctdk pada 21 April.
Pelbagai soalan ditanyakan oleh Siti Nurhaliza semasa Bicara Santai #dudukrumah bersama YABhg Tun Dr Mahathir dan YABhg Tun Dr Siti Hasmah ini.
Ini antara soalan-soalan yang menarik yang ditanya oleh Siti Nurhaliza kepada mantan Perdana Menteri dan isteri.
Pernah Tak Sepanjang Perkahwinan, Tun Mahathir Memasak?
Soalan ini ditanya oleh salah seorang netizen di ruangan komen. Rupa-rupanya Tun Dr Mahathir boleh memasak.
Kata Tun Dr Siti Hasmah, jika ada masa lapang suaminya itu akan memasak.
“Khasnya pada hujung minggu di first round dekat Sri Perdana Damansara, dia akan masak apa yang dia minat. Nasi goreng ke. Dan satu lagi yang special, mee bandung.
“Dia (Tun M) suka masak. Sebab suami saya masa kecil duduk dengan family, kakak ipar dia seorang yang pandai masak.
“Tetapi saya tidak pandai masak. Saya memasak pada waktu Jepun sahaja. Saya tidak lupa masak tetapi cara saya dulu waktu Jepun berbeza. Saya pakai batu giling dan tumbuk-tumbuk begitu tetapi sekarang ini pakai powder itu powder ini saya tidak reti (tahu).
“Sekarang ini saya tidak faham untuk masak sebegitu sebab kalau hendak masak saya mesti ada batu giling untuk menggiling bahan. Masa Jepun itu, 5 tahun saya memasak.”
Juadah Berbuka Paling Disukai Tun Mahathir & Tun Siti Hasmah
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Siti Nurhaliza sempat lagi bertanyakan mengenai juadah berbuka puasa yang disukai oleh pasangan bahagia ini.
Cucur udang dan popia basah adalah pilihan Tun DR Mahathir. Dan daripada jawapan yang diberi, barulah tahu bahawa Tun Mahathir suka pergi bazar Ramadan.
“Tetapi bila sudah pergi ke bazar Ramadan dan beli terlalu banyak, bila balik makan tak habis. Saya seronok pergi ke bazar Ramadan. Saya pergi ke tiap-tiap tempat sebab saya hendak tengok orang berniaga samada maju atau tidak dan jenis-jenis makanan.
“Begitu banyak sekali makanan Melayu. Jadi sepatutnya mereka (peniaga) tidak sahaja berniaga pada bulan Ramadan. Waktu lain saya juga yakin ada boleh dapat kejayaan. Saya tertarik dengan Chef Wan. Masakannya, Wah!
“Saya fikir termasuk orang kampung boleh siapkan masakan sedap. Tetapi satu benda yang saya dapati bila hendak jamu guest datang rumah, beli yang terbaik mungkin. Daging yang terbaik, sayur yang fresh dan sebagainya. Tetapi bila hendak jual cari benda yang boleh dapat keuntungan lebih. Sebaliknya orang lain bila hendak jual dalam restoran, dia tentukan kualiti yang best.
“Kita (peniaga) cari kualiti yang rendah supaya dapat kurangkan kos. Dan ini menyebabkan kadang-kadang kita (peniaga) ada makanan yang sedap tetapi bila buka restoran, ia tak sedap. Jadi ini yang saya notice (perasan).”
Manakala Tun DR Siti Hasmah pula amat sukakan putu piring.
“Sekarang ini susah hendak dapat (putu piring). Itu kegemaran saya.Satu lagi saya suka adalah pisang, sama ada goreng atau buat pengat.”
Cucur Udang Siti Nurhaliza Untuk Tun M & Tun Siti Hasmah
Bercerita mengenai penjualan makanan, Siti Nurhaliza sempat juga berkongsi cerita mengenai pengalamannya sewaktu kecil dari umur 10 hingga 16 tahun, beliau berjual kuih di bazar Ramadan, pasar malam dan pekan sehari.
“Memang mak saya seorang yang kalau buat makanan buat sedap-sedap agar kalau orang makan orang ingat dan orang datang beli lagi. Bukannya orang beli, makan satu dan rasa tak sedap, orang tak hendak repeat. Itu salah dan kalau dari segi Islam pun salah sebenarnya.”
Beliau bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir iaitu kalau mahu bagi orang makan buat sedap-sedap dan jaga kualiti kerana itu cara yang sebenarnya dalam berniaga.
Malah Siti Nurhaliza juga berkata beliau akan cuba memasak cucur udang untuk Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.
Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk
Foto: Instagram YABhg Tun Dr Mahathir @chedetofficial
Baca ini juga:
usia-92-tahun-tun-hasmah-pernah-buang-ketumbuhan-sel-kanser-payudara
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI