
Nur Izzati masih hilang hari ke- 4, “keluarga belum sedia kongsi apa ditemui semasa pencarian. Pencarian kes remaja hilang, Nur Izzati Humaira, 18 tahun ketika mendaki bukit Changkat Asa di Tanjong Malim, Nur Izzati terus menarik perhatian masyarakat.
Memasuki hari ke empat, sebentar tadi di threads, kakak kepada Nur Izzati memaklumkan adiknya masih belum ditemui sejak hilang Sabtu lalu dan pencarian masih diteruskan hari ini. Masa yang sama, dirinya turut memaklumkan bahawa keluarga belum bersedia berkongsi kisah sepanjang pencarian adiknya dilakukan.
Nur Izzati Masih Hilang Hari Ke-4

“Misi pencarian hari ke 4 masih berlangsung mohon doa semuanya agar dipermudahkan urusan. Kami sekeluarga tidak bersedia untuk menceritakan apa apa kejadian yang berlaku sepanjang tempoh pencarian,” katanya di threads.
“Keluarga Belum Sedia Kongsi Apa Ditemui Sepanjang Pencarian – Kakak Mangsa

Ada yang menularkan bahawa adiknya sudah ditemui namun kakaknya, @ithsnaa_ menafikan hal tersebut.
“Selagi tiada kepastian daripada saya atau ahli keluarga yang lain, saya mohon jangan menyebarkan berita yang tidak sahih, saya mohon untuk semua doakan kesejahteraan adik saya.Kerjasama anda amat dihargai,” tulisnya.
Semalam bapa kepada Nur Izzati berharap berharap operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya akan menemui petunjuk baharu.

“Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera,” katanya ketika ditemui Bernama di Pos Kawalan Bomba (PKB) di sini pada Isnin.
Azizul yang menetap di Felda Trolak Utara, di Batang Padang, Perak, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara sebelum hilang, sebaliknya kelihatan sangat gembira sejak kebelakangan ini selepas berjaya mendapat lesen memandu kereta.
Beliau berkata, Nur Izzati Humaira juga baru bekerja di sebuah kedai makan berhampiran Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungkai dan merupakan seorang remaja yang sangat aktif dalam sukan bola jaring.
“Walaupun sudah menamatkan persekolahan, dia sering kembali ke bekas sekolah menengahnya untuk membantu guru sukan melatih pasukan sekolah secara sukarela,” katanya.
Azizul berkata, anaknya itu mula berjinak-jinak dalam aktiviti pendakian sejak beberapa tahun lepas.
“Saya pernah mendaki bersama Nur Izzati Humaira di Gunung Belumut di Kluang, namun tidak dapat ikut untuk aktiviti Sabtu lepas,” katanya.

Beliau berkata ketika hari kejadian, remaja perempuan itu melakukan aktiviti mendaki bersama ibu, adik, ibu saudara dan dua orang sepupunya.
Nur Izzati Humaira dipercayai tersesat pada 10.50 pagi Sabtu lepas ketika menuruni bukit bersama-sama keluarganya selepas mengambil keputusan untuk berjalan sendirian supaya sampai lebih awal kerana berasa panas dan penat.
Mangsa kali terakhir dilihat memakai tudung labuh coklat, baju lengan panjang hijau gelap dan seluar panjang hitam serta kasut biru.

Anda mungkin berminat dengan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

