Masa bercinta, pastilah wanita atau gadis akan pilih lelaki yang kacak atau handsome untuk dijadikan suami. Tetapi lepas kahwin barulah tahu susah nak jaga kalau ada suami handsome ni. Sebenarnya memiliki suami yang kacak bukan satu tugas yang mudah bagi isteri. Apatah lagi sang suami yang dicintai datang dalam pakej yang lengkap yakni, kacak, mulia akhlaknya dan mempunyai karier yang stabil. Ciri-ciri lelaki sebegini sudah pasti menjadi dambaan setiap wanita. Namun begitu jika kamu yang sedari awal memilih untuk menamatkan zaman bujangnya anda dengannya. Jadi anda perlu bersiap sedia dengan pelbagai ujian yang mendatang.

Menurut Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Mohd Noor Mamat, cemburu adalah sifat fitrah yang biasanya mudah mendominasi emosi wanita. Tetapi,  ia perlu dikawal atau diurus sebaiknya agar tidak keterlaluan dan menjadi punca suami rasa tidak dipercayai.

Sebaliknya, tambah beliau, wanita perlu sentiasa fikirkan kelebihan kita berbanding wanita lain di luar sana. Harus diingat juga, walaupun ramai wanita meminati suami kita, namun kita yang telah dipilih menjadi isterinya. Beza kasih sayang suami kepada kita adalah lebih istimewa dan kita memiliki bukan sahaja wajahnya yang kacak, tetapi juga hati dan kasih sayangnya berbanding wanita lain.

Malah lebih penting untuk kita beri keutamaan, cemburu tidak menghasilkan sebarang kelebihan, tetapi lebih kita fokuskan kepada usaha yang membahagiakan hatinya agar tetap sentiasa merindui dan memerlukan kita.

IKLAN

Suami Perlu Jaga Sikap

Di samping itu, jelas Mohd Noor lagi, sebagai lelaki yang memegang status suami, kita boleh kurangkan risiko negatif sebegitu dengan menjaga sikap dan perwatakan kita yang mudah mencairkan wanita, seperti romantik, terlalu mengambil berat atau bercakap memuji keterlaluan.

Di samping itu, sebenarnya wajah atau rupa kacak semata-mata tidaklah menjadi faktor utama, jika tidak disertai dengan ciri romantik. Pada masa yang sama, sebagai suami, kita mestilah menunjukkan sikap kita yang meyakinkan isteri kita tentang kesetiaan kita. Selain itu, anda juga harus memastikan isteri berasa selamat dan terjamin.

IKLAN

Oleh itu, secara tidak langsung perkara ini memberi signal atau isyarat bahawa anda telah dimilki. Oleh itu,  wanita-wanita lain tidak berani sama sekali untuk memenangi hati kita. Jika kepercayaan wujud pada isteri dan kita berupaya menunjukkan sikap yang konsisten, setia tanpa terkantoi curang di sana  dan di sini, insyaallah situasi sebegitu tidak menjadi sesuatu yang menakutkan kepada isteri kita.

Apatah lagi apabila  sang isteri mengetahui keadaan sebenar yang kita yang didekati, bukannya kita yang mendekati wanita lain. Pastinya isteri kalian merasa selamat dan tenang jika anda bersikap sedemikian.

IKLAN

Suami Kacak Bukan Masalah

Suami kacak sebenarnya bukan faktor utama yang menggugat, hubungan dalam rumah tangga, Sebaliknya, suami kacak adalah bonus bagi seseorang isteri. Situasi ini amat berbeza dengan isteri cantik, ia adalah suatu keperluan. Apa yang lebih penting ialah kita cuba penuhi keperluan fitrah suami seperti penghormatan, layanan manja, pengiktirafan sebagai tempat kepercayaan dan persiapkan diri dengan apa yang membahagiakannya.

Mudah-mudahan suami anda menjadi lelaki yang menghargai kewujudan anda sebagai faktor kebahagiaan dirinya. Pada masa itu, sama ada suami kacak atau tidak, sama ada ramai wanita berminat ataupun tidak, tidak akan menjadi masalah dalam hubungan rumah tangga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI