Senangnya Nak Transfer Duit Secara Percuma, Tak Ada Nombor Akaun Pun Lepas

Share

Asalkan ada nombor telefon individu yang bakal terima duit kita, sebenarnya sudah boleh buat transfer duit di bank. Tak perlu pun ada nombor akaun individu tu. Dan ianya percuma.

Ikut saja langkah demi langkah yang Bisnes Speaker, Nur Aliah Mohd Nor ini kongsikan. Cuma dengan menggunakan pemindahan wang, DuitNow dah boleh transfer duit dengan mudah.

Cara Transfer Duit Secara Percuma, Tak Perlu Nombor Akaun Bank

Rupanya masih ramai lagi yang tak tahu ada cara paling mudah nak transfer duit ni iaitu menggunakan #DuitNow!

Sini Lia kongsikan apa itu DuitNow supaya kita semua boleh faham dan boleh mula guna dari sekarang.

DuitNow ni merupakan cara baru untuk membuat bayaran melalui NOMBOR TELEFON.

Proses pemindahan duit ini cepat, selamat dan percuma je.

 

Ada 44 penyedia perkhidmatan yang kebanyakannya terdiri daripada bank-bank tempatan dan luar negara. Lia yakin dan percaya, pasti kita semua ada salah 1 akaun bank dalam gambar ini kan.

 

Dan sebanyak 14 bank di Malaysia sokong dengan penggunaan DuitNow ni! Jadi boleh digunakan di pelbagai bank-bank di Malaysia (rujuk pada gambar).

Kerajaan sekarang tengah usaha untuk ke arah ‘cashless’ dengan adanya DuitNow ni. Seperti dompet elektronik, e-wallet, boost.

Lepas ni tak perlu dah kita tanya nombor akaun bank orang sebab dengan nombor telefon je dah boleh transfer.

Ini Kelebihan DuitNow

+ Boleh transfer bila-bila masa
+ Tak perlu lagi reveal nombor akaun bank
+ Mudah transfer guna nombor telefon
+ Tak ada caj tersembunyi
+ Boleh transfer sehingga 100K untuk personal dan 100 juta untuk bisnes

Jadi Lia nak kongsikan cara untuk kita transfer guna DuitNow ini di Maybank2u. Boleh lihat gambar-gambar di bawah ya.”

Panduan Transfer Duit Guna DuitNow

 

Jom mulakan cara untuk transfer guna DuitNow menggunakan Maybank2u.
1. Log masuk ke Perbankan Internet bank anda atau ke aplikasi telefon pintar penyedia perkhidmatan yang terlibat.

 

2. Click pada Transfer

 

3. Cari DuitNow di bawah menu ‘Transfer’ (Pemindahan Wang) atau ‘Send Money’ (Hantar Wang).

 

4. Click New Transfer

 

5. Click pada Mobile Number

 

6. Masukkan nombor telefon penerima dan sahkan butiran pemindahan wang tersebut.

 

7. Masukkan berapa jumlah yang kita nak transfer.

 

8. Click pada Continue.

 

 

10. Click Confirm & Transfer.

 

11. Click Approve

 

12. Tengok! Wang akan dipindahkan serta-merta ke dalam akaun penerima!

 

13. Dah berjaya

 

Ini bukti penerima screenshot dia dah terima duit dari kita RM10.00


Info Tambahan

√    Selain nombor telefon, nombor IC pon boleh guna juga untuk transfer

. Tapi Lia tak galakkan guna nombor IC sebab private & confidential.

√    Penerima dapat duit di akaun bank mana? Macam mana nak tahu? Penerima akan dapat dekat bank yang dia register DuitNow. Biasanya CIMB dah tolong register kan.

MW : Haa.. senang sangat kan caranya. Lepas ini tak perlulah gigih nak tunggu nombor akaun baru nak transfer duit. Guna nombor telefon pun dah boleh lepas.

Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor, Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 25,000 orang dalam tu. https://t.me/nuraliahmohdnor

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

IKLAN