Senangnya nak buat cheese cake, guna 3 bahan je dan tak menggunakan tepung langsung. Tak perlu renyah nak buat macam-macam langkah, untuk hasilkan kek keju yang sedap. Bagi penggemar cheese, resipi ini wajib dicuba.Cuti panjang hujung minggu ni, bolehlah buat dengan anak-anak.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Florence Jonathan, membuat Souffle Cheesecake dengan hanya menggunakan 3 bahan.
Bahan-Bahan:
3 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
120 gram cream cheese
120 gram coklat putih
Cara Membuat:
1. Pukul putih telur sampai menjadi meringue (bila terbalikkan bekas, ia tak jatuh) ketepikan.
2. Cairkan coklat putih dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah coklat cair sepenuhnya, bolehlah tutup api dan ketepikan.
Ads
3. Masukkan cream cheese ke dalam coklat putih yang telah dicairkan tadi, kacau-kacau sampai sebati.
4. Setelah itu, masukkan pula kuning telur ke dalam adunan cheese coklat putih tadi. Gaul sampai sebati.
Ads
5. Masukkan satu pertiga meringue ke dalam adunan cheese, kaup balikkan. Ulangi smpai habis.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digaris dengan oil atau butter dan dilapik dengan baking paper.
Ads
7. Panaskan oven selama lebih kurang 6-7 minit.
8. Bakar adunan kek dengan kaedah bain marie menggunakan suhu 170 °C selama 20 minit dan 40 minit yang berikutnya menggunakan suhu 160°C. Tempoh membakar bergantung oven masing-masing.(oven saya dah lebih 10 tahun, sebab tu ia ambil masa nak masak). Guna api atas dan bawah.
9. Bila kek sudah masak, bolehlah dihias dengan powdered sugar atau filling kegemaran masing-masing.
10. Adunan agak sedikit, better guna loyang kecik supaya kek nampak montel. Boleh doublekan bahan-bahan kalau menggunakan loyang besar.
Hujung minggu merupakan waktu terbaik mak-mak boleh luangkan masa susun atur dan uruskan barang dalam peti ais di rumah. Sebenarnya ada cara tertentu yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan peti ais ini demi memastikan ia kekal bersih dan nampak kemas. Perkongsian tips pengurusan peti ais ini merupakan cara yang dipraktikkan oleh Dr Hani Mynis dirumah beliau. Namun tidak salah mak-mak turut mencuba cara ini dirumah sendiri.
#kemasrumahwithhani : Pengurusan Peti Ais
“Seminggu sekali hani akan luangkan sikit masa untuk kemas peti ais. Selalunya hari Khamis lah sebab nak kena check apa lagi bahan mentah yang masih ada dalam peti ais untuk plan minggu depan punya menu pulak.”
Detail label pengkhususan setiap shelf ada dalam caption gambar sebagai rujukan.
Happy Organising
Untuk letak pes (contohnya pes bawang merah, cili kering, bawang putih dan bawang putih + halia) letak di shelf paling atas, senang nak ambil sebab ni barang dalam peti ais yang selalu keluar masuk. So letak paling atas senang nak ambil.
Ni bahagian untuk letak protein yang akan dimasak untuk “hari ini”. Sebelum keluar pergi kerja pagi-pagi atau sebelum tidur, protein akan diturunkan dari bahagian freezer ke bahagian chiller dan hani letak kat sini.
Ni bahagian untuk letak lebihan makanan. Simpan dalam bekas bertutup dan bekas microwave-able atau tahan panas kukusan. Sebab nak panaskan nanti senang. Seeloknya kalau simpan lauk tu kat bahagian chiller, kena makan lauk tu dalam masa tiga hari. Kalau agak-agak nak simpan lama nak makan balik minggu depan ke, letak kat bahagian freezer.
Kalau hani teringat, akan tulis tarikh lauk guna pelekat je, kalau tak hani just check semula dengan jadual menu mingguan hani bila hani masak lauk tu.
Ni bahagian untuk letak makanan kering macam hani simpan ikan bilis, asam keping, belacan, asam jawa. Barang-barang ni sebenarnya boleh je letak luar atau dalam peti ais, takde masalah.
Untuk letak sayur yang guna kan teknik rendaman dan daun-daun (kari, limau, kunyit, kesum dan lain-lain)
Tempat letak sayur-sayur yang dimasukkn dalam ziplock bag. Pastikan sayur dalam ziplock bag tak dihimpap dengan sayur lebih berat atau besar.
? Shelf pertama : kawasan paling tak sejuk dalam peti ais. Selalu hani kosongkan takpun hani letak masker homemade.
? Shelf kedua : letak pes-pes lauk (pes tomyam, pes asam rebus) dan cili jeruk.
? Shelf ketiga : Air minuman
? Shelf keempat (condiments) : untuk letak botol sos dan kicap dan juga susu pekat manis
(Sos cili sos tomato, kicap, sos tiram, sos lada hitam dan mayonaise yang sudah dibuka).Ada yang suka simpan dekat luar tapi cara yang sebetulnya ialah kena simpan dalam peti ais. Kalau perasan, label pada botol-botol sos dan kicap ada tertulis “refrigerate after opening”.
Ini untuk mengelakkan pertumbuhan kulat kat sekeliling mulut botol dan penutup botol. So nak simpan kat mana? Kat bahagian pintu peti ais.
Ok next susu? Untuk susu dalam tin tak kisah pekat atau cair boleh disimpan dalam peti ais dibahagian pintu peti. Sebelum simpan kena transfer dulu dari bekas tin asal ke dalam bekas bertutup (plastik or kaca). Elakkan simpn dengan tin-tin sekali dalam peti ais, sebab kita tahu dalam peti keadaannya lembap dengan oksigen boleh mengalakkan pengaratan pada tin. For safety reason, tu belum lagi kalau terambil terpegang mulut tin tu, tajam ada yang berdarah kang.
Susu segar/ susu kotak simpan kat bahagian dalam, jangan simpan dekat bahagian pintu. Bahagian pintu suhu nya paling tak stabil, berubah ubah bila kita buka tutup pintu peti ais tu. Perubahan suhu yang kerap boleh sebabkan susu cepat rosak.
Cara menyimpan telur dengan betul
Ada dua cara:
Lebih elok simpan dalam bekas asal telur disebabkan dua sebab satu: ada tarikh best before dicetak pada bekas telur, kedua: telur diletakkan di dalam bekas di dalam posisi optimum dimana telur kuning dia berada ditengah, memanjangkan tempoh kesegaran telur (sekurang-kurangnya sebelum best before date).
Jangan dibasuh, disebabkan dikulit telur ada satu lapisan perlindungan untuk menghalang bakteria masuk dalam telur dan percepatkan proses telur rosak.
Simpan ditempat terlindung dari cahaya matahari dan suhu yang consistent bukan sekejap panas sekejap sejuk.
Jangan disimpan di bahagian pintu peti ais. Seeloknya hendaklah disimpan di bahagian dalam peti (bahagian shelf) sebab pintu peti ais kawasan yang paling mempunyai suhu yang tak tetap (kerap berubah suhu bila kita buka dan tutup pintu peti). Perubahan suhu yang ketara boleh menyebabkan telur cepat rosak.
Kalau disimpan bahagian dalam peti, simpan dalam bekas telur (atau any bekas yang muat) yang kedap udara bertutup rapat untuk elakkan cross contimination telur yang kotor (sebab telur jangan dibasuh for same reason as above) dengan makanan lain dalam peti ais.
Jangan dibasuh telur, nak masak baru basuh.
Ramai yang suka letak ubat dalam peti lagi-lagi bahagian pintu peti ais,kan? Ubat tak perlu disimpan dalam peti ais ya. Apatah lagi di bahagian pintu peti ais. Kalau kita simpan kat pintu, kita bukan tambah tempoh best-use dia, kita cepat rosakkan dia lagi ada.
Ubat-ubat cecair sangat sensitif dengan haba, kelembapan, dan cahaya matahari. Kita pun tahu dalam peti ais tu kawasannya lembap. Lagipun dekat botol ubat ada label “keep in dry and cool place” bukan cool peti sejuk ye. Memadai dalam kabinet yang jauh dari cahaya matahari dan agak dingin.
So nak simpan kat mana, simpan je dalam kabinet/pantry. Ubat dah buka atau belum simpan je dalam pntry. Ubat yang dah dibuka pun ada expired date dia. So penting nya bila bukak cap ubat tu terus label kat penutup ubat tu bila kita dah bukak ubat tu. Detail Pengurusan kabinet ubat hani nanti hani update.
Dulu hani pernah share pengurusan pantri kan? Boleh baca disini:
Emak kita waima orang rumah kita, takkan kongsi penatnya dia uruskan hal rumah tangga dengan suami selagi kudrat mereka terdaya. Sebab dia tahu susahnya macam mana suami cari rezeki untuknya dan anak-anak. Dua-dua wanita ini lebih rela pendam perasaan.
Lagipun tahu dan sedar diri, soal mengurus rumah adalah tanggungjawabnya. Dan hal-hal remeh sebegitu cuma akan dikongsi apabila ditanya.
Jika tidak, lebih baiklah diam dan redha saja terima apa yang suami dah sediakan. Beruntunglah pada anak lelaki mahupun suami yang berusaha nak ambil tahu penat orang perempuan.
Begitulah kisah harian yang berlaku pada Dr Taufiq Razif ketika bertanyakan tentang perihal kepenatan ibunya yang menyidai pakaian setiap hari.
“Mak letih tak sidai kain tiap hari?”
Bila saja saya tanya soalan ini dekat mak, masa call mak kelmarin. Terus keluar segala keluhan mak di kampung.
Baju bertimbun.
Kena sidai setiap hari.
Buat kerja berat tak berhenti.
Rutin yang nampak simple tapi memeras kudrat dan keringat.
Semua keluhan tu mak saya pendam di lubuk hati paling dalam rupanya. Bila saya tanya, baru la mak mula cerita. Kenapa? Sebab sebolehnya mak kita tu tak nak susahkan kita.
Ya Allah. Berdosanya saya. Kenapa dah hampir umur 30 tahun ni saya baru sedar?
“Mak, saya belikan Mak dryer ye?”
“Apa tu dryer?”
“Alah, yang macam kat dobi tu. Mesin pengering baju. Dah spin baju terus je masukkan dalam dryer ni mak. Kejap je dah kering. Mak tak perlu fikir dah nak sidai baju lepas ni.”
Daripada nada suara mak di handphone. Saya dapat rasakan mak saya tengah sebak. Rupanya ini la ‘most painful point’ mak saya.
Saya lupa, kalau kita nak bahagiakan orang lain tak semestinya kena tabur kemewahan. Cukup cari kat mana titik yang mana membuatkan si dia paling menderita dan kita angkat derita si dia tu.
Derita isteri dan mak saya sama. Mereka tak larat nak sidai baju yang bertambun. Kedua masalah mereka ni saya angkat dan selesaikan dengan DRYER ni. Punya la sebak dan terharu mak dan isteri saya dapat benda ni. Dah macam dapat banglo sebijik dah!
Ikut kajian wanita lebih bahagia dengan komitmen kita yang kecil tetapi berterusan daripada kita bagi dia hadiah mahal-mahal dan mewah tapi tapi kadang-kadang je.
P/S : Harga dryer ni RM1k lebih je.
Dr. Taufiq juga banyak berkongsi ilmu keibubapaan Di Sini
Setiap hari guru-guru berdepan dengan ragam murid yang pelbagai. Ada yang menggembirakan hati, tak kurang juga buat cikgu keletihan dan penat. Namun tanggungjawab cikgu galas dengan jiwa yang besar. Kerana cikgu ini mahu melihat murid-murid berjaya masa depannya.
Kejadian ‘terjumpa duit seringgit’ ini Cikgu Hussayn (Hussin Bin Ismail) abadikan dalam catatan indah untuk pelajarnya itu.
Alhamdulilllah.. ada juga ruang waktu saya menulis tentang kisah anak comel yang ossem ini. Rasa rugi kalau tidak berkongsi dan diabadikan dalam album Kisah Murid Ossem (KMO).
Berikut adalah situasi semasa saya mencari kelas relief di tingkat satu beberapa hari yg lepas. Semasa berjalan, tiba-tiba terserempak dengan anak-anak comel ini. Ada 3 orang semuanya cuma 2 orang yang mahu bergambar.
Murid : “Cikgu! nah ambil duit ni.”
Guru : “Alaa.. duit macam ni nak buat apa, bukan laku pun.”
Murid : “Kami jumpa dekat tangga tadi. Takpe cikgu ambil la.”
Guru : “Tak nak lah! Cikgu nak buat apa dengan duit macam tu.”
Murid : “Cikgu ambillah.. anggap je ini rezeki cikgu hari ini.”
Guru : “Hahaha.. (ketawa) mari sini pegang duit tu, cikgu nak ambil gambar awak.”
Murid : (tersenyum simpul)
Pandai pula anak-anak ini dengan spontan kata itu rezeki saya hari ini. Alahai sayang.. Korang betul-betul buat cikgu kejang perut. Sikit sangat rezeki cikgu yang korang jumpa ye.
Lain kali usahalah lebih sikit cari rezeki yang banyak untuk cikgu, baru cikgu bersemangat nak terima. Apapun terima kasih kerana sudi hiburkan hati cikgu dengan keletah dan senyuman manis kalian.
Sedar tak sedar setelah selama 10 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, kini saya dapat rasakan kemanisan sebenar menjadi seorang guru.
Melihat anak-anak ini ceria, hati terhibur. Mengetahui mereka bersedih, hati gelisah, Dapat membantu mereka, hati bahagia dan apabila melihat kejayaan mereka pula, hati pasti berbunga ceria.
Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini. Anugerahkan juga perasaan ini pada guru-guru lain yang belum merasainya agar mereka juga dapat merasakan nikmat dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik.
Terima kasih juga pada ibu ayah yang menghantar anak-anak yang menjadi penghibur hati kami guru-guru di sekolah. Tanpa murid siapalah guru. Tqvm & UiLove!
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;
“…Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia, dan pekerjaan yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan seorang muslim, atau menjauhkan kesusahan darinya, atau membayarkan hutangnya, atau menghilangkan laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’ktikaf di masjid ini (masjid Nabawi) selama sebulan…” (HR. Thabrani)