Jika nak pilih senaman yang sesuai dan paling berkesan dalam membakar lemak tubuh boleh pilih lompat tali. Banyak kebaikan rupanya bila buat senaman ini, tak perlu lama-lama buat 5 minit pun dah cukup. Yang penting istiqamah buat senaman ni setiap hari.

Baca perkongsian daripada Dr Muhamad Harif Hussin ini sebagai rujukan;

Siapa yang rajin bersenam cara lompat tali atau jump rope?

Saya rajin juga buat senaman ini. Hampir setiap hari. Jump rope ini antara senaman yang hebat untuk tubuh badan kita. Setiap kali lepas buat treatment pada patient, saya pesan amalkan senaman ini. Terutama yang ada masalah tulang belakang dan bahagian kaki.

Senaman Lompat Tali Pembakar Lemak Mantap, Tak Perlu Lama-Lama 5 Minit Pun Dah Cukup!

Apa yang bagusnya bila kita buat jump rope ini?

Saya nak kongsikan 6 kebaikan bila kita buat jump rope secara istiqamah setiap hari.

1. Pembakar Lemak Yang Mantap

Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori.
Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 1.6 km selama 8 minit.

Senaman Lompat Tali Pembakar Lemak Mantap, Tak Perlu Lama-Lama 5 Minit Pun Dah Cukup!

IKLAN

2. Koordinasi Langkah Kaki Bertambah Baik

Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus.Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.

3. Mengurangkan Kecederaan Kaki Dan Pergelangan Kaki

Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.

Senaman Lompat Tali Pembakar Lemak Mantap, Tak Perlu Lama-Lama 5 Minit Pun Dah Cukup!

4. Posture Badan Bertambah Baik

Kalian yang selalu di depan komputer, ini dapat menyebabkan posture kalian menjadi bongkok.Semasa buat jump rope, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.

IKLAN

5. Tulang Bertambah Padu Dan Otot Semakin Kuat

Jump rope ini senamannya seperti senaman angkat berat.
Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.

Senaman Lompat Tali Pembakar Lemak Mantap, Tak Perlu Lama-Lama 5 Minit Pun Dah Cukup!

6. Boleh Buat Di Mana Sahaja

Dan yang pastinya, buat jump rope ini memang fun dan enjoy. Kalian boleh buat di mana sahaja.Tak perlu tempat dan ruang besar.
Yang penting ada tali jump rope.

Saya suka tengok budak kecik. Suka berlari dan melompat-lompat.
Itulah yang buat mereka enjoy dan sihat walafiat.

IKLAN

Jom kita buat jump rope.
Tak perlu lama-lama.
5 minit pun cukup dah.
Setiap 1 minit buat rope jump, kita rehat 15 saat.
Ulang 5 kali.

Have fun and enjoy.
Selamat berlompat tali!

Muhamad Harif Hussin,
Saya doakan kalian bertambah sihat, bahagia dan flawless. Aamiin.

Baca Lagi Di Sini: Turun Naik Tangga Rumah Boleh Jadi Senaman Paling Senang, Cepat Bakar Kalori & Baik Untuk Jantung

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Rajin-rajinlah kita lompat tali untuk mendapat manfaat yang dikongsikan ini. Sama-sama kita jaga kesihatan agar hidup lebih sihat dan bermakna.

Sumber: Muhamad Harif Hussin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI