Salam takziah diucapkan buat penyanyi dan usahawan Khai atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi yang juga suami kepada Rosma Sidik. Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di Instagram, Khai baru saja kehilangan abang kandungnya.
Semoga Roh Arwah Abang Kandung Khai Ditempatkan Di Kalangan Orang Beriman
Malah bapa kepada tiga orang anak ini juga memohon agar rakan dan pengikutnya di Instagram sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Mohammad Norazlin Mohammad Wahi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun…
“Semoga Roh Arwah abang kandung saya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh… Amin,” coret Khai.
Berita Yang Sangat Mengejutkan
Pemergian Allahyarham Mohammad Norazlin begitu mengejutkan mereka sekeluarga. Malah Khai juga menerangkan kali terakhir mereka sekeluarga bertemu dengan arwah pada tahun lalu.
Berita pemergiaan abang kandung Khai mengejutkan Khai dan Rosma.
“Berita yg sangat mengejutkan buat kami sekeluarga dalam musim pandemik ini. Kali terakhir berjumpa dengan arwah dirumahnya di Melaka disember tahun lepas, kami buat kejutan harijadi arwah disana.
“Selepas itu hanya bervideo call dan berwasap sahaja bertanya khabar dan melepas rindu bersama adik beradik,” tulis Khai.
Arwah Seorang Yang Rajin Bertanya Khabar
Menurut Khai lagi abangnya merupakan seorang yang rajin bertanya khabar, setiap pagi arwah merupakan orang pertama yang mula bertanya khabar kepada semua ahli grup whatsapp keluarga.
Ads
“Arwah sorang yang rajin bertanya khabar. Setiap pagi arwah mesti org pertama yang mulakan bertanya khabar di wasap group kami adik beradik.
“Banyak plan kami lepas musim pandemik ni. Macam-macam dah kami plan. Baru je bervideo call bersama Arwah beberapa hari lepas sbb dia excited nk buat projek animasi dia tapi Allah sebaik-baik perancang.
“Janji Allah itu pasti. Allahuakbar.
“Mohon rakan semua sedekahkan AlFatihah buat Arwah Mohammad Norazlin Bin Mohammad Wahi. (24.12.1976 ~ 30.07.2021),” sambung Khai.
Mingguan Wanita : Salam takziah kami ucapkan buat Khai dan Rosma sekeluarga, Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Siapa sangka pada umur 73 tahun, seorang wanita dari India selamat melahirkan cahayamata pertamanya baru-baru ini. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar ibu tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri ini untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.
Lahir Bayi Kembar
Seorang wanita berumur 73 tahun di negeri Andhra Pradesh, selatan India selamat melahirkan sepasang bayi kembar perempuan kelmarin, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).Menurut wanita tersebut, bergelar seorang ibu merupakan saat yang paling membahagiakan dalam hidupnya.
“Kedua-dua kembar perempuan itu masing-masing seberat 1kg lahir menerusi kaedah pembedahan ceaserean. Ibu dan kedua-dua bayinya berada dalam keadaan sihat,” kata pakar yang merawat wanita berkenaan, Dr. Umar Shankar kepada BBC.
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Buat Rawatan IVF
Wanita itu, Mangayamma Yaramati berkata, dia dan suaminya yang berusia 82 tahun sentiasa inginkan anak. Bagaimanapun, Mangayamma gagal hamil sehinggalah dia menjalani rawatan persenyawaan in-vitro IVF.
“Kami berasa sungguh gembira,” kata suaminya, Sitarama Rajarao. Menurut Sitarama, isterinya hamil selepas dua bulan menjalani rawatan IVF.
“Kami sudah banyak kali mencuba dan berjumpa ramai doktor dan ini adalah detik paling gembira dalam hidup saya,” kata Mangayamma.
Wanita itu menambah, dia berasa dipinggirkan oleh masyarakat setempat dan kerap kali tidak diundang dalam majlis sosial kerana tidak berstatus ibu.
“Mereka menggelar saya wanita mandul,” katanya.
Mangayamma Yaramati dan suaminya Sitarama Rajarao ketika mengadakan majlis ‘baby shower’ . Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Keadaan Kesihatan Dipantau Setiap Hari
Dr Shankar berkata, pesakit ini telah dijaga dengan ‘cara saintifik’
“Semasa wanita ini menjalani rawatan, kami mempunyai tiga kumpulan doktor.Ada yang menjaga kesihatannya, ada yang menjaga status pemakanannya dan ada yang menjaga keadaan kehamilannya.Ketiga-tiga bahagian ini dipantau setiap hari,” ujarnya.
Mangayamma telah mengalami menopause 25 tahun yang lalu. Telurnya telah diambil daripada penderma dan disuburkan dengan sperma Rajarao menerusi IVF.
“Nasib wanita ini bertuah kerana dia hamil dalam percubaan kali pertama, Januari awal tahun ini,” ujar Dr Shankar
Mangayamma mungkin wanita tertua yang hamil di dunia.Berdasarkan sijil kelahiran dia lahir pada tahun 1946.
Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
MW: Dengan kuasa tuhan dan kecanggihan teknologi perubatan sekarang, tiada yang mustahil untuk mendapat cahaya mata, paling penting tidak berputus asa. Tahniah buat wanita ini, akhirnya berjaya bergelar ibu walaupun telah lanjut usia.
Khamis tengahari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pilu pemergian pelakon sepanjang zaman, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaibo.
Rasa sayu kehilangan itu turut dirasai oleh pelakon terkenal Erra Fazira. Pada usia 62 tahun, allahyarham Zaibo menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.
Beliau menderita kanser esofagos. Kanser yang dihidapinya itu langsung tidak disedari telah pun sampai ke tahap empat, sehinggalah Ramadan lalu beliau tak boleh menelan makanan.
Rasa hati Erra atau nama sebenarnya Fazira Binti Wan Chek dicatatkan dalam instagramnya. Sungguh bagi Erra, Abang Zaibo adalah insan yang baik hati malah mereka pernah menunaikan umrah bersama.
Sayu Hati Ini Kehilangan Abang Zaibo Yang Baik Hati
Innalillahiwainnailaihirojiun..
“Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti.. dunia hanya sementara.”
“Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama.. pergi menunaikan umrah bersama.”
Rupanya, Erra sendiri dalam perancangan mahu melawat arwah abang Zaibo. Namun, belum sempat hasrat dicapai, Allah lebih sayangkan Abang Zaibo.
“Baru rancang dengan kak Intan untuk ziarah abang Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abang Zaibo.”
“Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini. Meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.”
Erra Fazira Masih Pegang Resepi Masakan Abang Zaibo
“Abang Zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.”
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia di kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn.”
Moga damai dan bahagia di sana abang Zaibo.
Teman-teman, mari kita sama-sama sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba-hamba yang soleh.. amiiin.
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.