Bagi sesetengah wanita memang mengalami masalah darah penyakit yang lebih dikenali dengan darah Istihadah. Iaitu darah keluar tak menentu, kadang kala ada dan tidak ada melebihi tempoh haid iaitu lebih 15 hari. Perkara ini agak menyukarkan dalam melakukan pelbagai urusan ibadah seperti solat, mengaji, berpuasa dan sebagainya.

Jika berlaku pendarahan berterusan, sebaiknya wanita digalakkan berjumpa dahulu dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, sekaligus mendapatkan rawatan. Namun demikian, jika tiada sebarang penyakit boleh cuba amalan yang dikongsikan oleh Puan Suzy Honey ini sebagai salah satu ikhtiar yang dikatakan berkesan dalam menyembuhkan masalah darah penyakit istihadah ini.

Berikut perkongsian tersebut sebagai rujukan;

“Pengalaman mengerjakan umrah kali ini saya tertarik untuk berkongsi kisah mengenai anak angkat emak saya, Juliana yang turut sama pergi dalam rombongan umrah ini.”

“Lagi seminggu kami mahu pergi mengerjakan umrah dia mengadu kepada emak saya dengan masalah yang di hadapi iaitu kedatangan darah istihadah. Darah yang sekejap ada sekejap tidak ada. Lalu emak saya berkongsi satu amalan yang pernah di ajarkan oleh Arwah Tok Guru Ustaz Hashim Bin Ismail semasa emak menadah kitab bersama Arwah.”

“Di percayai kaedah ini dapat membantu bagi yang menghadapi masalah darah penyakit istihadah ini. Adik bongsu saya pernah mengamalkan kaedah ini 10 tahun lalu dan sembuh dari masalah itu.”

Bahan yang diperlukan ialah:

3 gelas air
3 ulas bawang putih
3 biji lada hitam
*Kemenyan arab sedikit ( kemenyan arab atau luban ini boleh beli di kedai jamu atau di shopee)
Sedikit pulur sabut kelapa

Sembuhkan Masalah Darah Penyakit Istihadah, Cuba Ikhtiar Dengan Amalan Ini

** Kemenyan arab / luban boleh beli di toko-toko jamu atau Shopee pun ada jual.
** Pulur adalah serat sabut kelapa.

IKLAN

Caranya ialah :

1. Masukkan 3 gelas air dan 3 ulas bawang putih juga 3 biji lada hitam bersama kemenyan arab .

Sembuhkan Masalah Darah Penyakit Istihadah, Cuba Ikhtiar Dengan Amalan Ini

2. Kemudian ambik pulur sabut tersebut lalu di gosok-gosok / di ramas-ramas dengan tangan dan di baca Surah Al Masad (Surah Lahab – Tabbat yada ) sehingga habis ramasan pulur sabut tersebut.

 

Sembuhkan Masalah Darah Penyakit Istihadah, Cuba Ikhtiar Dengan Amalan Ini

IKLAN

( Sila rujuk pada video di bawah ini )

Sila tengok video ini .

Posted by Suzy Honey on Monday, 21 October 2019

3. Setelah habis ramasan pulur sabut tersebut biarkan ramuan mendidih selama 10 ke 15 minit. Kemudian tapis dan minum bila sudah sejuk.

Sembuhkan Masalah Darah Penyakit Istihadah, Cuba Ikhtiar Dengan Amalan Ini

Amalkan minum 2 ke 3 kali sehari untuk 3 hari berturut- turut atau sehingga sembuh. Semasa meminum ramuan tersebut haruslah di baca Al fatihah dan selawat.Niatkan supaya darah istihadah tersebut baik seperti sediakala.

IKLAN

Sembuhkan Masalah Darah Penyakit Istihadah, Cuba Ikhtiar Dengan Amalan Ini

Saya terniat untuk berkongsi resepi ramuan ini bagi menolong ramai lagi wanita yang mengalami masalah yang sama. Semoga mujarab. Bolehlah diikhtiarkan dengan izin Allah boleh sembuh sediakala.

Mohon hadiahkan Al fatihah buat Arwah Tok Guru Ustaz Haji Hashim Bin Ismail.

SuzyHoney
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Baca Di Sini: Amalan Teh Bunga Telang, Wajah Awet Muda Kulit Tegang Tak Berkedut!

MW: Pesanan buat wanita yang mengalami menghadapi masalah darah penyakit istihadah apa-apa pun pastikan melakukan pemeriksaan doktor terlebih dahulu, untuk mengenal pasti puncanya. Jika tiada sebarang penyakit, boleh lah cuba ikhtiar amalan yang dikongsikan ini, semoga menjadi ‘asbab’ ia berkesan dan sembuh daripada masalah ini dan mudah melakukan ibadah.

Sumber: Suzy Honey

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI