
Selepas si sulung hidap kanser paru-paru, Amyza Aznan diuji anak kedua disahkan kanser tulang. Dalam keadaan emosi yang berat, pelakon wanita ini berkongsi berita duka anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang, sekali gus menjadi ujian besar buat dirinya sebagai seorang ibu.
Selepas Si Sulung Hidap Kanser Paru-paru

Amyza, 50, sempat berkongsi kesihatan anaknya itu diketahui genap setahun selepas putera sulungnya, Andre Mikhail, 18, disahkan kanser paru-paru tahap tiga.
Menurutnya lagi, kedua-dua khabar tersebut diterima dalam tempoh yang hampir sama iaitu ketika bulan Ramadan serta bulan Februari yang juga merupakan bulan kelahiran anak-anaknya satu kebetulan yang cukup memberi kesan emosi mendalam kepada dirinya.
“Hari ini, Ramadan pertama pada bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya.
“Sama yang berlaku tahun lepas, pada bulan Ramadan dan pada bulan kelahiran, Andre Mikhail disahkan kanser paru-paru.
“Pada tahun ini, pada bulan Ramadan juga dan pada bulan Februari iaitu bulan kelahiran anak-anak, Adrian Adam pula disahkan kanser tulang,” titipnya.
Amyza Aznan Diuji Anak Kedua Disahkan Kanser Tulang

Amyza turut mengakui sebagai manusia dan seorang ibu, dia menanggung pelbagai perasaan yang sukar untuk diluahkan. Malah ada ketikanya pelakon Mat Descpatch itu takut untuk berkongsi kesedihan yang dipendam.
“Saya manusia dan juga ibu. Ada berbagai rasa tapi tidak terluah dan takut untuk meluah.
Dalam pada itu, Amyza turut menitip doa buat Adrian.
“Anakku Adrian Adam, hanya doa yang sarat di dada untukmu anakku. Anak yang cukup menenangkan jiwa.
“Semoga diberi kesihatan yang baik, kejayaan kebahagiaan milikmu didunia dan akhirat,” tulisnya.
Doakan Yang Baik-baik
Peminat dan rakan artis yang tidak putus-putus menitipkan doa serta kata-kata semangat buat keluarga pelakon berkenaan agar diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.


Untuk rekod, Adrian Adam berbakat dalam seni suara dan pernah meraih kemenangan mingguan dalam program realiti, Famili Duo bersama Amyza.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu terdahulu berkongsi keadaan anak sulungnya yang mengalami ketumbuhan tumor pada paru-paru.
Difahamkan, saiz tumor pada paru-paru Andre Mikhail yang semakin membesar menyebabkan paru-paru kanan ‘collapse’.
Sama-sama kita doakan moga ada keajaiban buat anak pelakon wanita ini.
Sumber gambar: Thread Amyza Adnan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




