Jumlah positif Covid-19, terus meningkat. Risiko jika ibu hamil yang dijangkiti. Lebih menyayat hati apabila ibu positif Covid ketika hamil. Dan akhirnya perlu membuat pilihan antara nyawa ibu atau bayi dalam kandungan.
Hakikatnya virus Covid-19 ini begitu dekat dengan sesiapa pun. Hari ini kita baca kisah orang, tak disangka-sangka perkataan ‘positif’ itu boleh terjadi juga dalam keluarga sendiri.
Begitulah juga yang Abdul Muiez Ruslee ini alami. Tentang adik sepupunya yang mengandung dan disahkan positif Covid-19. Dalam tempoh empat minggu dijangkiti, demi menyelamatkan nyawa anak, ibu ini melahirkan bayinya secara pramatang.
Biarpun bayinya selamat. Virus Covid-19 yang ada semakin melemahkan ibu, memaksa petugas menidurkan ibu ini.
Hampir sebulan berlawan dengan virus yang tak nyata di mata, akhirnya virus itu juga meragut nyawanya. Pergilah ibu untuk selamanya. Meninggalkan bayi pramatangnya dan dua orang lagi anak-anak kecilnya.
Membesar tanpa belaian kasih mesra seorang ibu.
Ads
Demi Nyawa, Ibu Positif Covid Lahirkan Bayi Pramatang
Banyak kes Covid yang melibatkan ibu mengandung. Bukan setakat itu sahaja. Ada antara mereka yang terpaksa ditidurkan dan akhirnya pergi menemui Ilahi.
Bila mendengar kes seperti ini, hati saya terdetik. Mudah-mudahan tidak ada ahli keluarga saya yang diuji sebegitu.
Tetapi, perancangan Allah melebihi segalanya. 4 minggu yang lalu, adik sepupu saya disahkan positif disaat dia sedang hamil.
Demi menyelamatkan nyawa, anaknya terpaksa dikeluarkan pada 22 Jun lalu, biarpun pada waktu itu usianya baru mencecah 7 bulan.
Alhamdulillah. Bayi selamat dilahirkan. Tetapi, tidak pada ibunya.
Semakin lama, kesihatannya semakin merosot. Igauan ngeri yang bermain di fikiran kami semua, akhirnya berlaku.
Ads
Dia terpaksa ditidurkan.
Setelah hampir sebulan, kini tibalah gilirannya untuk pergi menemui Ilahi.
Menambah bilangan statistik kematian mangsa covid melibatkan ibu hamil.
Berehatlah. Selamat bertemu tuhanmu, Nur Farahin Emilya.
Mingguan Wanita : Covid-19 yang tak terlihat di mata ini boleh singgah pada sesiapa pun tanpa mengira pangkat, darjat mahupun rupa. Sentiasalah berjaga-jaga, jaga penjarakan sosial. Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Nur Farahin Emilya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ratu Rizky Nabila minta cerai selepas 2 hari nikah, tak boleh terus hidup dengan suami penipu. Satu tindakan berani untuk diri sendiri. Bahkan wajar dihargai kerana bukan mudah membuat satu keputusan besar begini. Tak ramai wanita memiliki kekuatan begini, hanya mereka yang miliki hati kental sahaja.
Hari ini, media heboh mengisahkan model terkenal Ratu Rizky Nabila yang menuntut cerai dari suaminya, Ibrahim Alhami berasal dari Libya yang mana mereka baru bernikah 26 November lalu.
Dia menuntut agar diceraikan kerana tidak mahu ada lagi sebarang hubungan dengan lelaki tersebut dan tak mungkin rujuk lagi. Kata Ratu Rizky Nabila, dia tidak boleh hidup dengan suami penipu.
Penipuan yang ramai lelaki di dunia lakukan semata-mata mahu mendapatkan wanita cantik dengan memberitahu dirinya memiliki kerjaya hebat sebagai pakar IT di Libya dan memiliki perniagaan berasaskan kecantikan di Indonesia.
Sedangkan selepas bernikah suaminya itu dilihat bersenang lenang goyang kaki tanpa melakukan sebarang kerja.
Jelas Ratu Rizky Nabila yang merupakan ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan pemain bola sepak Alfath dari pasukan Persija di mana perkahwinan mereka musnah tahun lalu.
Tambahnya, dirinya memilih Ibrahim selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dari mesej biasa namun akhirnya mereka terus rapat dan memilih untuk bernikah.
Dalam perkongsian di rancangan Pagi Pagi Ambyar, semalam dihostkan oleh Riam Ibram dan Caren Delano, Ratu Rizky membongkar rahsia perkahwinannya itu dan mengakui kesilapan dilakukanya itu.
“Kami berkahwin selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dengan mesej biasa, terus kenal rapat dan kemudian nikah.
“Dia mengaku pakar IT di negaranya dan ada bisnes kecantikan di sini tetapi selepas nikah, dirinya dilihat goyang kaki tanpa risau tentang kerjanya,” katanya yang ditanya adakah dia sudah memeriksa latar belakang bekas suaminya itu ketika sesi taaruf.
Kata Ratu Rizky, dia diyakinkan oleh mereka yang ada di sekelilingnya tetapi ternyata semua itu tidak tepat dan dia langsung membuat cerita bahawa dirinya ada kekasih lain sebagai alasan cerai. Sedangkan dirinya tak boleh hidup dengan lelaki penipu,” katanya menjelaskan kisah hidupnya lebih kurang sama dengan dialami oleh Zaskia Gotik dan Vicky Prasetyo.
KUANTAN: “Mak kena tikam, mak kena tikam,” itu jeritan Mohd Aqil Nasrul, kepada abangnya, Mohd Abid, bagi memberitahu kejadian ibunya, Norhasilah Ismail yang maut ditikam di Kampung Hijrah, Penor, Kuantan dekat sini.
Mohd Abid,8, berkata dia baru pulang dari sekolahnya di Sekolah Kebangsaan (SK) Penor bersama ayahnya, Nasrul Mansor, 32, dan dikejutkan dengan jeritan Mohd Aqil yang berusia empat tahun dari sebuah bilik di tingkat atas.
“Saya dapat tengok adik dari tepi cermin bilik dan meminta tolong supaya dikeluarkan…adik juga menjerit mak ditikam, saya terus naik ke atas dan membuka pintu biliknya yang dikunci. “Saya kemudiannya turun semula ke bawah dan memberitahu ayah yang naik dan menemui mayat ibu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata pihaknya menerimapanggilan daripada seorang kakitangan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terletak berhampiran lokasi kejadian dan memberitahu kejadian berkenaan. Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa balik ke rumah kira-kira jam 8 pagi bersama Mohd Aqil selepas menghantar anaknya ke sekolah manakala suaminya pula keluar menjual ikan di Pasar Borong Kamunting sejak awal pagi.
“Mangsa dipercayai diserang seorang lelaki yang berada dalam rumah, berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian kanan perut dan kiri dada menyebabkannya meninggal dunia.”Anak mangsa tidak dicederakan dan dikurung di sebuah bilik di rumah, dia ditemui oleh abangnya yang berusia lapan tahun.”Kita sedang menyiasat motif kejadian dan tidak menolak kemungkinan ada cubaan samun, kita akan minta suami mangsa untuk memeriksa sekiranya ada barangan hilang,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga bagi dikebumikan. Katanya, polis juga akan meneliti kamera litar tertutup yang dipasang di rumah berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang melarikan diri. “Mengikut siasatan awal, suspek dipercayai memakai topeng, bagaimanapun kita tidak pasti kenderaan digunakannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh dan jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Sumber: Berita Harian
(Foto: Farizul Hafiz Awang)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kalau degil, balik kampung tanpa divaksin, apa-apa terjadi korang muhasabalah sendiri” tulis Dr Izzar seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani atau Dr Izzar juga turut menasihati dan memberi tip berguna buat mereka yang ingin merentas negeri dan balik ke kampung.
“Kalau Degil, Balik Kampung Tanpa Divaksin, Apa-Apa Terjadi Korang Muhasabalah Sendiri”
Seperti yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia, akhirnya Perdana Menteri telah mengumumkan kebenaran merentas negeri yang bermula pada 11 Oktober lalu.
Sememangnya ramai yang teruja untuk menjenguk ibu bapa tersayang di kampung selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang pergerakan rentas negeri.
Namun harus diingatkan kebenaran pergerakan merentas negeri hanya mereka yang lengkap divaksin.
“Alhamdulillah 90% orang dewasa di Malaysia sudah divaksinasi lengkap.Tahniah!
“Bolehlah merentas negeri balik kampung. Kepada yang enggan divaksin, kirim lah barang dari kampung. Kalau nak pulang kampung juga walaupun memilih untuk tidak divaksinasi, ingat risiko yang anda bawa kepada ahli keluarga anda,” nasihat Dr Izzar.
Tip Berguna!
Malah Dr Izzar juga berkongsi tip yang boleh diamalkan buat mereka yang ingin pulang ke kampung.
“Sebelum pulang ke kampung, buatlah penilaian kendiri C-19. Ingat TRIIS
1️⃣ TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri
2️⃣ REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif
3️⃣ ISOLATE – Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO oleh KKM
4️⃣ INFORM – Beritahu kontak rapat anda positif C-19 dan maklumkan kepada CAC berhampiran jika gejala atau kesihatan semakin merosot
5️⃣ SEEK – Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...