Sesungguhnya dalam ikatan perkahwinan bukan sahaja kebahagiaan semata yang dicari sebaliknya keredhaan Allah di dunia dan akhirat.
Oleh itu, jangan merasakan bahawa rumah tangga yang harmoni, tiada pergaduhan sudah menentukan kejayaan sesebuah rumah tangga.
Sebaliknya selepas berkahwin, penentu rumah tangga berjaya adalah pasangan bertambah baik dalam beribadat dalam mengejar redha Allah.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli ini dan hadam baik-baik iya:
Tugas Suami Selepas Berkahwin
Tugas terberat suami kita sebenarnya bukanlah perlu melunaskan semua yang kita teringin makan, dari murah sampailah mahal atau belikan barang kemas apa yang kita suka.
Tolong snapkan gambar bagi kita nampak kurus atau bayarkan item yang kita letak dalam cart shopee sampai beratus itu.
Melainkan untuk membawa isteri dan anak-anaknya masuk ke dalam syurga.
Hari Itu dengar tazkirah dalam ikim.fm, ramai suami isteri hari Ini dia fikir rumah tangganya tiada gaduh, kekal harmoni (tak bercerai) itu sudah dikira ‘berjaya’.
Ads
Walhal isteri belum tutup aurat, isteri biarkan suami cari rezeki dari sumber yang syubhah/haram, suami biarkan isteri pertontonkan aurat di depan bukan mahram, ibu bapa membiarkan anak-anak tidak solat, tak ajar baca Al-Quran (contoh).
Hakikat sebenarnya, rumah tangga yang berjaya ialah apabila suami isteri saling mengingati untuk mentaati perintah Tuhan.
Kita bertambah baik dalam beribadah apabila berkahwin dengannya. Kalau waktu bujang baca al-Quran pun merangkak, selepas berkahwin boleh membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik.
Ads
Kalau sebelum berkahwin lalai beragama, selepas berkahwin semakin rancak ibadahnya. Masyallah.
Itulah pasangan yang rumah tangganya berkah meskipun hidupnya mungkin tidak gah. Hati saling tenang tatkala sesama sendiri dan saling menyokong ke jalan kebaikan. Insyallah.
Penentu Kejayaan Adalah Pasangan Bertambah Baik Dalam Beribadat
Ramai harini suami isteri lupa mengejar keberkatan dalam rumah tangganya kerana mereka belajar ilmu rumah tangga dari media sosial artis dan selebriti, bukannya menelusuri sirah dan sunnah Rasulullah SAW dan akhlak berumahtangga para ‘alim ulama’.
Lalai dengan duniawi. Ke majlis ilmu jauh sekali. Allahuakbar. Astaghfirullahal adzhim. . Hari yang mulia ini, mari ambil waktu sejenak, kita muhasabah ke mana arah tuju rumah tangga kita hari ini. Masihkah atas landasan syariat agama ataupun semakin menjauhi keredhaan-Nya?
Peringatan saya sebagai isteri juga, yang paling banyak terlalai. Sama-samalah kita suami isteri muhasabah kembali. Anak-anak memerhati. Mereka amanah yang amat berat. . #intandzulkefli #selfreminder
MW: Semoga rumah tangga kita mendapat keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Insyallah.
Solat merupakan rukun Islam kedua. Dalam menunaikan solat perlu ada ilmu dan beri penekanan pada 3 kategori Rukun Solat iaitu Qalbi, Qauli serta Fi’li. Mungkin ramai yang sedar atau terlupa bahawa rukun qauli dalam solat ada 5 dan perlu dilafazkan sampai didengari oleh telinga. Hati-hati ia bukan dibaca secara berbisik, suara angin mahupun baca didalam hati, ini boleh sebabkan solat kita tidak sah sama sekali.
Rukun Qauli dalam solat, WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun Al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
Rukun Qauli tu adalah Takbiratul Ihram, Al-Fatihah, tahiyyat akhir, selawat dan salam pertama.
Ada 5 sahaja rukun qauli yang lain rukun fi’li dan qalbi.
Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori :
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi’li (perbuatan)
Rukun solat ada 13 perkara iaitu :
1. Berdiri bagi yang mampu. (Fi’li)
2. Niat. (Qalbi)
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). (Qauli)
4. Membaca surah Al-Fatihah. (Qauli)
5. Rukuk dengan tama’ninah . (Fi’li)
6. Iktidal dengan tama’ninah. (Fi’li)
7. Sujud dengan tama’ninah. (Fi’li)
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama’ninah. (Fi’li)
9. Duduk Tasyahhud akhir. (Fi’li)
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. (Qauli)
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. (Qauli)
12. Mengucapkan salam yang pertama. (Qauli)
13. Tertib. (Qalbi)
MW: Semoga perkongsian ilmu solat ini bermanfaat. Sama-sama kita memperbaiki bacaan dan memperbetulkan perbuatan solat, agar solat yang kita kerjakan itu SAH dan tidak sia-sia.
Dalam kehidupan seharian, apa yang kita lakukan mestilah ikut sunnah Nabi agar mendapat keberkatan dunia akhirat. Kadang-kadang kita alpa dengan apa yang kita lakukan dan hanya sekadar tahu tapi tidak amalkan.
Sedangkan kita tahu dengan ikut sunnah nabi ini, banyak manfaat yang kita perolehi tanpa sedar. Sebab itu, apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ada sebab munasabah dan kaitan dengan kesihatan kita.
Kalau tak percaya, cuba kita amalkan dan usah pertikaikan apa yang kita buat. Ini semua memang terbaik dan banyak memberi manfaat pada diri kita.
Ada beberapa adab yang mungkin boleh membantu memberi kesihatan pada diri. Paling penting hendaklah mengikut sunnah. Ia memang terbaik. Berikut perkongsian daripada Ismi Mohd Syukri tentang beberapa perkara yang boleh kita jadikan panduan bersama.
1. Buang air besar duduk, berisiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
2. Kencing berdiri berisiko prostat dan batu ginjal. Manakala kencing mencangkung lebih bersih dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik. Makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
4. Makan dan minum berdiri dapat mengganggu pencernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
5. Makan di kerusi masih kurang menyihatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membahagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi usus kerana ada reaksi asam. Yang sihat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesihatan, bahkan itu tidurnya syaitan. Sedangkan tidur menghadap kanan lebih menyihatkan dan yang terpenting itu adalah SUNNAH.
8. Banyak Rahsia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat dan kesihatan. Benarlah yang dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.
9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di bilik mandi dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi doktor kerana tidak ada pesakit.
Subhanallah….Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab-adab sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam…
MW: Nak sihat, ikutlah sunnah Nabi, usah pertikaikan seba ada benarnya. Jangan sesekali abaikan.
Berpakaian sari dengan aksesori yang bergemerlapan, nampak sangat cantik, persis Kajol katakan. Sampaikan ada majlis-majlis tertentu, mungkin pertunangan, perkahwinan, keraian dan sebagainya yang pastinya akan mengenakan tema bollywood.
Berangan nak nampak cantik macam Kajol atau artis bollywood lain. Bukan setakat pakaian dan akseseori digayakan tapi ada juga seetengah kita yang sanggup mengenakan pottu atau sindoor di dahi.
Kita anggap itu hanyalah sekadar untuk mengikut tema bollywood tapi tanpa sedar tanda itu adalah simbolik dan identiti agama hindu. Dari segi pakaian mungkin tiada masalah pun sebab itu adalah budaya orang India.
Teguran Dr Malar sangat baik untuk wanita Islam di luar sana yang nak nampak macam Kajol sampai lupa mana budaya dan hukum agama itu sendiri.
Antara intipati perkongsian Dr Malar dalam video tiktoknya:
“Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang wanita Islam yang mengenakan pakaian tema bollywood. Sebenarnya, terdapat dua komponen iaitu bangsa India dan komponen agama Hindu.
“Contohnya, kalau nak pakai tikka (aksesori) yang cantik di bahagian dahi. Itu adalah budaya dan tiada masalah untuk mengenakan, termasuklah memakai sari henna, subang, cincin dan rantai. Itu adalah budaya.
“Tapi saya tengok ada rakan agama Islam yang memakai pottu, itu adalah agam Hindu. Kebiasaan wanita India yang telah berkahwin akan memakai pottu berwarna merah dan yang pakai warna hitam adalah wanita ini belum berkahwin.
“Sindoor yang dipakai di di atas kepala juga bukan budaya. Jadi, jaga-jaga bila pakai pottu semasa mengikut tema bollywood, takut jatuh hukum. Ambil budaya dan bangsa saja. Hati-hati dengan komponen agama hindu.
Mingguan Wanita : Teguran yang baik dari Dr Malar.
Dalam pada itu, Ahmad Iqram Mohamad Noor turut mengulas tentang apa yang dikatakan oleh Dr Malar ini sebagai satu teguran yang sangat baik buat wanita muslim tidak mengenakan Bindi (dalam bahasa Tamil disebut sebagai Pottu) di dahi sewaktu mengenakan pakaian bertemakan Bollywood atau Hindi.
Secara umumnya konsep simbolik “hiasan” di dahi ini masyarakat Hindu namakan sebagai Tilak. Tilak merujuk kepada apa-apa simbolik yang disapu di dahi seseorang penganut Hindu.
Ini kerana di dalam agama Hindu mereka percaya bahawa dalam diri batin seseorang itu terdapat 7 titik chakra yang perlu dibuka oleh seseorang untuk mencapai “pencerahan” bagi mendapat tahap spiritual tertinggi. Salah satunya adalah titik chakra keenam yang merujuk chakra di dahi yang dikenali sebagai Chakra Ajna atau Chakra Mata Ketiga.
Bagi penganut Hindu, mereka percaya dengan memakai Tilak di dahi ia membantu untuk membuka titik chakra tersebut di dahi.
Malah bagi setiap aliran penyembahan dewa dalam agama Hindu mereka memiliki simbolik berbeza di dahi. Jika seseorang itu beraliran penyembahan dewa Siva (Saivite) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk 2 atau 3 garis putih memanjang secara melintang di dahi.
Jika mereka aliran penyembah dewa Vishnu (Vaishnava) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk “U” dan “V”.
Manakala bagi penyembah aliran Dewi (Shakta), mereka akan mengenakan tilak berbentuk titik dot merah di dahi. Begitu juga dengan masyarakat Hindu Bali, mereka mengenakan Tilak beras ditampal di dahi mereka.
Selain itu juga mereka memiliki satu lagi dekorasi di dahi khusus bagi wanita Hindu dengan dinamakan sebagai Bindi atau Pottu yang berbentuk pes merah yang disapu dot di dahi atau kadang kala digunakan permata atau manik. Bindi juga sinonim dengan simbolik keagamaan terutama menandakan perkahwinan bagi wanita Hindu.
Secara kesimpulan, dekorasi di dahi bagi imej penganut Hindu adalah merupakan simbolik dan identiti keagamaan dan bukan kebudayaan. Oleh itu, sebagai muslim imej sebegini adalah perlu dielakkan kerana ia termasuk dalam bentuk tasyabbuh (menyerupai) yang mana muslim dilarang menyerupai amalan dan imej orang bukan Islam yang jelas bersifat keagamaan.
Sabda nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)
Keistimewaan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama melahirkan adat dan budaya yang pelbagai. Sikap toleransi sesama kaum memainkan peranan yang penting bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sangat menekankan keharmonian dalam memperkasakan hubungan talian silaturrahim sesama masyarakat serta menghormati di antara satu sama lain yang sudah lama terpelihara. Ini seperti yang disebut di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
(Surah al-Hujurat, 13)
Namun, Islam sangat menitik berat umatnya agar menjaga batasan syariat supaya tidak melakukan perkara yang melangkaui Batasan agama seperti melakukan perbuatan syirik terhadap Allah SWT serta melakukan perbuatan yang boleh menjurus kepada lembah kerosakan.
Sebagai umat Islam menjaga aqidah merupakan perkara yang penting, oleh itu menjauhkan diri daripada segala bentuk ritual ibadah agama lain merupakan perkara yang wajib bagi umat Islam. Firman Allah SWT:
لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ
Maksudnya: Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu.
(Surah al- Syura, 15)
Dalam etika pemakaian dan perhiasan yang digunakan di dalam agama lain, perkara yang perlu diteliti oleh umat Islam berkaitan persoalan adakah ia merupakan kegunaan bagi syiar atau simbol dalam agama atau sekadar adat dan budayanya sahaja. Hal ini kerana Baginda Nabi SAW melarang menyerupai golongan kafir di dalam hal syiar atau identiti agama mereka. Hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka
Riwayat Abu Daud (4031)
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.