Miliki wajah yang menawan dan mulus semestinya menjadi idaman setiap wanita. Bagi golongan ini terutamanya mereka yang bekerjaya sudah tentu lebih kerap terdedah kepada habuk dan asap ketika cuaca panas yang membuatkan kulit mudah ditumbuhi jerawat dan pori tersumbat. Penjagaan wajah perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kulit yang bermasalah.

Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri. Dek kerana itu juga ada sesetangah wanita yang sanggup membelanjakan kos yang besar demi mendapatkan wajah yang menawan dan mulus. Sebenarnya untuk tampil anggun seseorang itu perlu rajin dan amalkan rutin penjagaan kulit terutamanya di bahagian wajah!

Seperti yang sering menjadi kebiasaan, sebaiknya selepas rutin mencuci wajah anda, gunakan sejumlah serum mengikut kuantiti yang disarankan untuk kulit anda.

Pilihan Yang Tepat

Wanita yang inginkan kulit wajah berseri amatlah penting menjadikan serum booster ke dalam rejim penjagaan kulit harian anda. Serum booster mampu membantu menyelesaikan masalah kulit tertentu.

Tidak seperti serum biasa, serum booster membantu anda memperoleh hasil dengan lebih cepat kerana ia mempunyai bahan-bahan kepekatan dalam jumlah lebih besar.

Serum terdiri daripada molekul yang lebih kecil dan kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi. Disebabkan molekulnya yang kecil, Ia berupaya menembusi jauh ke dalam kulit untuk membekalkan nutrisi kepada kulit sekaligus membantu kulit anda lebih mulus.

Hada Labo HA Supreme Booster Serum ialah serum yang amat berkesan dan dapat menyelesaikan masalah kulit anda dengan tepat. Paling penting ia mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah kekeringan, kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit yang lain dengan cepat.

IKLAN

Tangani Masalah Kulit Berbeza

Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ditawarkan dalam tiga varian iaitu H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum, HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum dan H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza. Paling penting ketiga-tiga rangkaian Hada Labo H.A. Supreme Booster Serum ini bebas daripada alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.

HA Supreme Vita Brightening Booster Serum Diperkaya Dengan Formula Whitening Injection

Selamat Tinggal Kulit Kusam & Berjerawat, Hada Labo HA Supreme Booster Serum Kembalikan Keserian Wajah!

Paling istimewa Hada Labo H.A. Supreme Vita Booster Serum merupakan serum yang telah dinaik taraf. Produk ini diformulasi dengan 4 tahap Hyaluronik Asid (H.A) premium dan bahan-bahan yang pekat untuk merangsang fungsi bagi menghalang bintik hitam dan parut jerawat untuk mengahsilkan kulit yang cerah berseri.

Booster serum ini juga diperkaya dengan formula Whitening Injection iaitu 5% Niacinamide, Vitamin B12 dan Hyaluronik Asid untuk membekalkan kelembapan dan mencerahkan kulit.

Selain itu terdapat fungsi-fungsi lain pada booster serum ini iaitu membantu mencerahkan kulit kusam dan mengurangkan bintik gelap dan parut jerawat sebanyak 48%.

IKLAN

Selain tu H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum juga mengandungi 4 jenis Hyaluronik Asid untuk memberikan kelembapan maksimum kulit. Malah tekstur ringan juga memudahkan penyerapan jauh ke dalam kulit sehingga lapisan dermis 1.5mm.

HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum Sesuai Untuk Masalah Kulit Kering

Selamat Tinggal Kulit Kusam & Berjerawat, Hada Labo HA Supreme Booster Serum Kembalikan Keserian Wajah!

Jika kulit anda mengalami kulit kering, ini pastinya serum booster terbaik anda. H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum membantu meresap jauh ke dalam kulit untuk menguatkan penghalang pelindung kulit, mengekalkan kulit terhidrat dengan baik dan liang pori kelihatan lebih kecil.

Diperkaya dengan 4 asid hyaluronik dan seramida yang sangat melembapkan, serum ini serta-merta melembapkan kulit dan membentuk filem pelindung yang mengunci air untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada permukaan kulit.

IKLAN

Paling menggembirakan ia memberikan penghidratan dalam 24 jam pada kulit. Ia juga mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap oleh kulit.

HA Supreme Cica Soothing Booster Serum Khas Buat Kulit Jerawat & Sensitif

Selamat Tinggal Kulit Kusam & Berjerawat, Hada Labo HA Supreme Booster Serum Kembalikan Keserian Wajah!

Hada Labo menggunakan bahan terbaik, paling suci dan sangat berkesan untuk memberikan anda hasil kemuncak kulit yang cantik dek kerana itu juga HA Supreme Cica Soothing Booster Serum diperkenalkan khas buat mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan sensitif.

Kaya dengan kompleks Centella Asiatica 20,000ppm dan 4 jenis asid hyaluronik, produk ini boleh menghidrat dan menenangkan kulit yang teriritasi dalam masa 5 minit sahaja. Paling penting teksturnya ringan dan cepat meresap ke dalam kulit.

Wanita yang mempunyai masalah kulit akhirnya tidak perlu pening kepala kerana Hada Labo HA Supreme Booster Serum punya jawapan kepada permasalahan ini. Selamat tinggal kulit wajah yang berjerawat & kusam!

Sebarkan berita baik ini kepada rakan dan anda sendiri jangan lepaskan peluang dapatkan HADA LABO, HA Supreme Vita Brightening Concentrate 30ml. Produk ini boleh didapati di Watsons Malaysia berhampiran anda!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI