Senaman sememangnya sangat penting dalam hidup kita. Disebabkan kesedaran ini Nur Zhafirah M. Shaipulah, 33 yang juga seorang guru yang berasal dari Kuala Terengganu mula mengorak langkah ke arah kehidupan yang sihat. Berkongsi cerita mengenai dirinya yang sejak kecil pernah mengalami masalah berat badan, Nur Zhafirah digelar ‘Kak Cho’.

Selamat Tinggal Gelaran ‘Kak Cho’, Kini Nur Zhafirah Ketagih Bersenam

Zhafirah Sinonim Gelaran ‘Kak Cho’

“Saya mempunyai masalah berat badan berlebihan semenjak kecil lagi. Gelaran ‘Kak Cho’ dalam keluarga yang bermaksud besar telah menjadi sinonim disebabkan tubuh saya yang besar. Saya beranggapan bahawa ini disebabkan oleh keturunan.

“Boleh dikatakan tidak pernah mencapai berat badan ideal semenjak kecil. Bayangkan umur 12 tahun berat mencecah 52kg,” ujar Nur Zhafirah yang begitu teruja mahu bercerita tentang kejayaannya menurunkan berat badan.

Wanita ini juga pernah mencuba beberapa produk untuk kuruskan badan tetapi hanya seketika dan naik mendadak apabila berhenti mengamalkannya.

“Terdetik di hati untuk menurunkan berat badan apabila mengandungkan anak kedua. Berat mencecah 100kg. Ketika berpantang berat hanya mampu turun sedikit dan naik kembali. Penghujung tahun 2017, saya melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Asid urik dalam badan tinggi menyebabkan saya sering sakit di bahagian belakang badan sehingga suatu ketika dahulu sukar untuk bangun. Ketika hamil anak kedua juga saya menghidap diabetes (GDM).

“Saya diperkenalkan oleh kakak tentang satu program menurunkan berat badan tanpa menggunakan produk secara Online. Bermula dengan berat 85kg saya berjaya mengurangkan sebanyak 23kg dalam masa lapan bulan.

“Dengan bantuan Coaching Online dan kumpulan sokongan, keinginan untuk menurunkan berat bertukar kepada ingin menjadi lebih sihat. Saya tidak mengejar penurunan yang banyak dalam masa yang singkat tetapi badan yang sihat dan stamina yang tinggi yang diimpikan. Berat turun merupakan satu bonus,” ungkap Nur Zhafirah.

Ubah Gaya Hidup

Bermula dengan mengubah pemakanan harian, amalan suku-suku separuh, portion makanan yang betul dan cukup nutrisi mengubah hidup Nur Zhairah.

Selamat Tinggal Gelaran ‘Kak Cho’, Kini Nur Zhafirah Ketagih Bersenam

IKLAN

Selamat Tinggal Gelaran ‘Kak Cho’, Kini Nur Zhafirah Ketagih Bersenam

“Saya akan masak dan bawa bekal ke tempat kerja. Makan ikut waktu yang betul. Tanpa perlu berlapar, saya mampu menurunkan berat kepada berat ideal dengan makan lima kali sehari. Selain itu, saya amalkan air kosong empat hingga lima liter sehari dan minum teh hijau. Bulan pertama saya hilang 5kg tanpa senaman. Kemudian, saya teruskan dengan senaman ringan.

“Alhamdulillah, badan saya menjadi lebih ringan dan stamina meningkat. Bersenam menjadi satu kewajipan dalam seminggu. Tidak perlu keluar rumah atau ke gymnasium untuk bersenam. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil, saya hanya bersenam di rumah tiga kali seminggu dan melakukan senam aerobik di taman awam bersama anak-anak pada hujung minggu

“Sejak dulu lagi saya memang suka senam aerobik. Dahulu, saya sertai senam aerobik pada waktu petang dua kali seminggu. Aktiviti ini memberi saya keseronokan dan dapat mengurangkan tekanan. Kini, aktiviti senam aerobik dijadikan rutin pada hujung minggu bersama keluarga.

“Saya melakukan aktiviti ini di taman awam pada waktu pagi secara beramai-ramai. Instructor aerobic terlatih daripada Kompleks Belia dan Sukan Negeri akan membimbing sepanjang aktiviti tersebut.

“Pada ketika inilah saya mengambil peluang untuk membawa anak-anak bermain di taman permainan yang berdekatan,” ungkap Nur Zhafirah yang pernah meraih kejayaan dengan mendaki Bukit Besar di Kuala Terengganu.

Selamat Tinggal Gelaran ‘Kak Cho’, Kini Nur Zhafirah Ketagih Bersenam Selamat Tinggal Gelaran ‘Kak Cho’, Kini Nur Zhafirah Ketagih Bersenam

IKLAN

Nur Zhafirah juga akui kini perbadinya berubah daripada seorang yang tidak suka bersenam kepada orang ketagih senaman.

“Aktiviti sihat ini saya jadikan sebagai aktiviti mingguan bersama keluarga. Selain daripada aerobic, saya gemar melakukan aktiviti cardio dan HIIT di rumah. Senaman ini mudah didapati di Youtube. Saya akan pelbagaikan senaman dalam seminggu seperti cardio, weight training dan HIIT.

“Minat bersukan timbul apabila saya menyertai satu program menurunkan berat badan secara semulajadi dan tanpa produk secara maya. Mempunyai kumpulan sokongan, kawan-kawan yang sentiasa mendorong untuk kita terus berusaha menjadi lebih sihat. Amalan cara hidup yang sihat sangat berbaloi.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik, malah bertambah cergas. Bukan satu kerugian untuk mengubah hidup ke arah yang lebih sihat. Yang penting ada keinginan dan semangat yang tinggi untuk berubah. Insyaallah tiada yang mustahil,” tambah Nurzhafirah.

Kena Ada Ilmu Yang Betul

Bagi tampak kurus, Nur Zhafirah menerangkan perlu ada ilmu yang betul.

IKLAN

“Nak kurus dan sihat perlu ada ilmu yang betul. Carilah saluran yang betul untuk membantu kita supaya tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Mulakan dengan makan mengikut waktu, kurangkan air manis dan minum air kosong yang banyak. Kemudian, mulakan dengan senaman ringan.

“Hidup ini jangan beralasan. Tak sempat nak makan? Saya bangun awal pagi dan masak untuk bekalan sehingga waktu tengah hari. Sebenarnya, makan sihat tidak susah seperti yang disangka. Kita perlu kreatif untuk pelbagaikan masakan supaya tidak jemu. Yang penting gunakan produk yang kurang garam, gula dan tiada msg dan kurangkan minyak.

“Senaman ringan boleh dilakukan di rumah. Tidak perlu membeli alatan senaman yang mahal-mahal jika tidak mampu. Terdapat pelbagai video senaman yang dikongsi dalam internet. Sibuk? Kerja rumah seperti menyapu, mop lantai rumah dan membasuh bilik air juga boleh membakar kalori. Yang penting enjoy dengan perubahan yang dilakukan,” akhiri Nur Zhafirah.

Baca Disini Juga: 

Makan Ayam Goreng Boleh KURUS, Inilah Tip Diet PALING MUDAH Tapi Ada Syaratnya

Terlalu Tertekan Nak Kurus, Makin Susah Berat Badan Turun, Jangan Bebankan Diri!

Sindiran Doktor “Demam Pun Berselera Makan, Memang Susahlah Nak Kurus” Naikkan Semangat Berdiet

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI