Segalanya musnah dijilat api.” Gara-gara cemburu, suami bakar rumah jiran dek kerana tidak mampu mengawal perasaannya.
Benarlah ikut kata hati, mati. Bila sejauh ini berlaku, tentu menyesal. Namun tidak berguna lagi kerana apa yang berlaku telah pun berlaku.
Gara-Gara Cemburu
Gara-gara perasaan cemburu, seorang lelaki di wilayah Sumatera Utara bertindak nekad membakar rumah jirannya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Suspek yang dikenali sebagai NS, 39, membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37, yang tinggal di hadapan rumahnya.
Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu.
Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.
Ads
Segalanya Musnah DiJilat Api
“Suspek kemudiannya menyalakan mancis dan membakar rumah mangsa. Keseluruhan rumah musnah akibat dijilat api marak,” kata Miptahuddin.
Mangsa yang mengalami kerugian sebanyak 120 juta rupiah (RM35,175) kemudian membuat laporan polis, manakala suspek kini ditahan di lokap. – AGENSI.
Mingguan Wanita : Walaupun marah, janganlah terlalu menurut kata hati. Tersalah langkah seperti ini, merana diri. Betul tak?
Jangan hanya memuji kejayaan, mak ayah kena lihat juga nilai diri anak sama ada mereka seorang yang rajin, mudah mendengar kata atau menghormati orang tua.
Nilai diri anak adalah lebih hebat daripada segalanya. Hargai dan sayangilah diri anak-anak seadanya.
Kongsi Mohd Fhais Salim, pada anak jangan hanya memuji pada,
– kepandaian
– kehebatan
– kejayaan
– kekuatan
– kepetahan
Dia semata-mata. Tetapi lihat juga pada,
– kerajinan
– peramah
– tolak ansur
– budi bahasa
– ketekunan
– usaha
Sesungguhnya itulah nilai sebenar anak kita.
Yang kita nampak dan puji selalu itu adalah result yang tercipta daripada nilai.
Risau, jika kita asyik puji pada result lama-kelamaan anak kita akan terpedaya.
Anak akan jadi attention seeker!
Puji result anak akan jadi taksub pada pujian tapi jika kita puji nilai, anak akan rasa dirinya sangat bernilai.
Nilai diri = self esteem
Self esteem yang tinggi akan buat anak jadi sangat pandai menghargai diri sendiri.
“Bersungguh sambung pengajian, apakan daya dia pergi dulu.” Isteri sebak, terima skrol diploma suami. Tentu saja majlis ini sangat dinanti-nantikan suaminya, namun takdir Allah mengatasi segalanya.
Bayangkan setelah bertungkus-lumus menyambung pengajian, namun dirinya telah pergi buat selamanya sebelum merasai kemanisan kejayaan yang dicapai.
Seorang wanita sebak sebaik menerima diploma arwah suaminya ketika Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau (PMM) ke-19 di Dewan Platinum Politeknik Merlimau Melaka (PMM).
Maisharah Omar, 36, mengambil skrol Diploma Kejuruteraan Elektrik allahyarham suaminya, Azhar Rahman, 39, pada sidang kelapan konvokesyen yang disampaikan oleh Pengarah Koordinasi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Shamsuri Abdullah, hari ini.
Jelas Maisharah, suaminya yang bertugas di sebuah syarikat swasta di negeri ini meninggal dunia akibat kanser lipoma tahap tiga pada 22 September 2020.
Menurutnya, semuanya bermula apabila arwah terjatuh ketika majlis berkhatan anak kedua mereka menyebabkan arwah merasa tidak sihat dan terus membuat pemeriksaan kesihatan.
“Hasil pemeriksaan, kami terkejut kerana dikhabarkan arwah mengidap kanser tahap tiga.
“Selepas itu, arwah sentiasa berulang-alik ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan susulan sehinggalah pada 22 September 2020 arwah meninggal di Hospital Melaka,” katanya.
Tambahnya, arwah suami bersungguh-sungguh untuk menyambung pengajian di peringkat diploma kerana ditawarkan kenaikan pangkat oleh majikan sebagai juruteknik sekiranya memperoleh diploma.
“Tapi apakan daya, arwah pergi dahulu.
“Walaupun sedih suami tidak dapat mengambil sendiri skrol ini tetapi saya bangga kerana arwah berjaya menamatkan diploma yang merupakan impiannya,” katanya.
Hasil perkahwinan Maisharah dan arwah, mereka dikurniakan empat orang anak.
Pada majlis konvokesyen kali ke-19 itu, seramai 2,936 graduan PMM diraikan bermula 6 Februari sehingga 10 Februari ini.
Terlalu berdikari, tak hormatkan pasangan.” Bukan salah isteri tapi suami tak pandai mendidik isterinya agar menjadi isteri yang solehah.
Ternyata setelah mendirikan rumah tangga menjadi tanggungjawab seorang suami mendidik isterinya tidak kiralah isteri bekerja atau suri rumah.
Ikuti perkongsian Dr Karya Kayra ini dan hadam baik-baik apa yang cuba disampaikan:
70 peratus kes perceraian hari ini melibatkan isteri surirumah dan isteri tiada kerja tetap. Alasan “Suami nak cari wanita ada kerjaya sebab lebih bergaya”.
Statement lelaki di bawah ini menghina wanita berkerjaya mudah sahaja kesimpulannya iaitu:
1) Lelaki yang tidak tahu bersyukur.
2) Lelaki yang tidak tundukkan pandangan seperti mana suruhan Rasulullah SAW.
Bab isteri berdikari.
1) Dapat isteri cantik ada kerjaya hebat, maka lelaki “perasan” dia boleh dapat perempuan lagi cantik lagi hebat. Perasan setakat perempuan biasa-biasa petik jari sahaja.
End up lelaki begini ditinggalkan isteri cantik berkerjaya yang kecewa apabila tahu suami curang dengan perempuan kurang serba-serbi dari dia sebagai isteri.
Apa yang tak cukup lagi?
Lelaki tundukkanlah pandangan supaya isteri yang ada itu nampak sangat cantik dan sempurna.
2) Dapat isteri baik yang sanggup korbankan kerjaya demi keluarga. Biarlah suami sahaja yang berjaya di dunia. Isteri sanggup jadi surirumah menjaga suami dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Setiap inci tubuh suami dijaga rapi si isteri.
Tapi suami yang tidak tahu bersyukur mengharap “alangkah baiknya jika isteri aku pun bekerja. Adalah lebih duit gaji aku.” Niat dah salah nak makan duit isteri.
Lupa Rasulullah SAW sudah berjanji lelaki yang baik kepada isterinya maka dia akan masuk Syurga. Lelaki yang menafkahi isterinya dan memberi nafkah anak-anak kandungnya akan dimurahkan rezeki.
Dia anggap dia murah rezeki jika isteri surirumahnya itu digantikan dengan perempuan ada kerja. End up perempuan ada kerja itu tinggalkan dia kerana sudah dapat lelaki bujang lebih baik. Buat apa nak layan duda anak empat.
Sudah tahu isteri tidak bekerja takkan dia nak harapkan “duit suami jiran sebelah”. Mestilah dia harapkan duit suami sendiri.
Tapi suami besar kepala. Ikut suka hati bagi nafkah. Mentang-mentang isteri tidak bekerja.
Buat lupa bahawa nafkah zahir isteri wajib diasingkan dari belanja rumah. Kalau mampu beri RM100 sebulan untuk isteri beli apa sahaja untuk gembirakan hati isteri, maka berilah RM100 itu. Jangan guna duit itu untuk belanja rakan perempuan sepejabat.
Suka sangat kira lumpsum campurkan nafkah isteri + belanja rumah. Ingat cukup nafkah RM 500 sebulan? Duit itu juga hari-hari suami nak makan sedap siakap tiga rasa, udang goreng butter, laksa cukup rasa untuk minum petang.
Duit itu juga suami lepas perut kenyang mula komplen isteri tak-cantik, muka kusam, body tak fit, kurang itu ini. Mana nafkah isteri untuk isteri itu belanja buat dirinya?
Hantar isteri facial di spa pun kedekut, lagi mau komplen isteri sendiri tak cantik.
Bang.. isteri itu sudah tak cantik sebab kau suaminya tak pandai jaga.. Takkan suami jiran sebelah pulak nak hantar isteri kau ke spa?
Bab besar kepala.
Saya bagi contoh Fahmi Ilyas. Isterinya Nyna Harizal sudah lari dari rumah. Nampak tak bagaimana Fahmi dengan bijaksana mendapatkan isterinya semula untuk kembali taat?
Ini contoh suami yang berusaha menjaga rumah tangga. Isteri cantik buruk perangai, si suami itu boleh handle untuk “mengambil tanggungjawab penuh mendidik isterinya”. Baharulah anak jantan namanya. Berjaya mendidik isteri.
Susah sangatkah nak sebut “Kau isteri aku, dengar nasihat aku, kerana aku dipertanggungjawabkan ke atas kau.”
Mengapa? Lupakah isteri itu boleh menarik suaminya ke syurga atau ke neraka.
Isteri yang seorang pun tak boleh handle, kau lemah bang.
Kecil sangat ujian kau isteri berkerjaya dengan ujian lelaki lain isteri cantik perangai hodoh lari dari rumah.
Maka janganlah dihasut lelaki lain untuk menolak perempuan berkerjaya. Ujian pada kau itu hanya biasa-biasa, tak sehebat ujian lelaki lain.
Yang “tak-mampu handle perempuan berkerjaya” hanya anda seorang sahaja. Bukan lelaki yang lain.
Kayra, Putrajaya. #sisterhood
Mingguan Wanita : Tidak kiralah wanita bekerjaya atau suiri rumah jika sang suami bijak mainkan peranan sebagai suami dan bapa, insyallah akan bahagia rumah tangga yang dibina.