Selebriti popular Datin Hajah Fouziah Gous begitu sedih apabila melihat bendera putih. Dek kerana itu juga seperti mana warga Malaysia yang lain, Fouziah turut sama mahu membantu individu atau keluarga yang terkesan.
Kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mendapat perhatian warganet.
Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu bermatlamat bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun malu menyatakannya secara terbuka.
Ia juga diharapkan memberi isyarat kepada pihak tertentu mahupun orang sekeliling supaya dapat membantu mereka yang memerlukan dalam apa-apa bantuan dengan kadar segera.
Fouziah Gous Sedih Sampai Tak Boleh Kawal Air Mata
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya, Fouziah juga yang juga pengusaha FG Walet mahu mengeluarkan beberapa peruntukan bagi mereka yang memerlukan.
Ads
“السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
“Hari ini tak tahu kenapa rasa terlalu sedih sampai tak boleh nak control, bila tengok bendera putih terus berair mata. اَلْحَمْدُلِلّهِ syukur kerana ramai sahabat sahabat dan semua hamba Allah di social media ,bertungkus lumus untuk bersama sama dengan #benderaputih.
“Jangan lupa untuk sebarkan segala update kami”
“InsyaAllah @fgwalet juga tidak ketinggalan untuk bersama dengan anda. Kami akan keluarkan beberapa peruntukan.
“Kami akan update semua informasi dari masa ke semasa melalui ig @fgwalet . Tolong follow @fgwalet dan jangan lupa untuk sebarkan segala update kami.
“Esok InsyaAllah akan bermula beberapa misi untuk kami terus berjuang untuk bersama dengan #benderaputih #fgwaletprihatin #fgwaletsayangbenderaputih,” tulis Fouziah yang begitu prihatin tentang nasib rakyat Malaysia yang terkesan dek kerana Pandemik Covid-19.
Sumber/Sumber Foto: Fouziah Gous
Ads
Mingguan Wanita : Terharu dengan respons yang diberikan oleh para selebriti di Malaysia. Mulianya hati buat mereka yang menghulurkan bantuan.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Farah Nabilah Saipuddin, 28 atau lebih mesra dengan pangilan Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.
Pelakon yang popular dengan drama lakonannya seperti Titian Cinta, Papa Ricky dan Halalkan Hati Yang Ku Curi telah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Farah memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.
“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.
“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” kongsinya.
Semoga Allah Merahmati Kita Semua
Pelakon ini juga turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan buat mereka sekeluarga selama ini.
“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” luahnya.
Begitu berseri ketika mengandung.Tahniah buat pasangan ini.
Tahniah MW ucapkan buat Farah Nabilah dan suami. Selamat menjalani tempoh berpantang.
Inai ukir ini biasanya dipakaikan pada pengantin. Nak-nak musim raya Deepavali nak mai ni, makin meletuplah permintaan melukis inai ukir tangan. Kita yang perempuan ni memang pantang tengok benda-benda cantik. Teruja sama nak mencuba.
Pakai inai ini selain semasa jadi pengantin, saja-saja pakai pun tak salah sebenarnya. Ada juga yang gunakan untuk tujuan perubatan. Jenis itu, kena tumbuk dari daun inai tu sendiri. Makan masa yang lama untuk dapatkan hasil. Tapi berkesan untuk merawat kuku rosak.
Macam-macam cara juga nak buat inai. Ada yang buat inai homemade dari kapur makan, ada yang gunakan sirap, dan ada yang siap dijual di pasaraya atau orang persendirian.
Si manis Liana Johariini berkongsi tiga cara nak bagi inai ukir yang dipakai tahan lebih lama. Memang mengagumkan tengok hasil sebelum dan selepas yang dikongsikan.
“Runsingkan bila inai ukir cuma tahan dua tiga hari je. Nak la jugak show off lelama kensss. Tambah-tambah lagi hakak henna retis tu ukir lawoooo tak hengat. So, Kak Elly ada simple tips yang korang boleh cuba. Cekidautttt”
Ini 3 Tip Buat Inai Ukir Tahan Lebih 3 Hari
SKRUB TANGAN TU DULU
Ni paling penting ok. Skrub dulu tangan tu kasi hilang segala kulit mati yang bermaharajalela. Barulah warna inai akan meresap dengan sebatinya dengan kulit korang.
SAPU MINYAK LAVENDER
Sapu minyak lavender (lavender oil) dekat kawasan ukiran inai. Buat dua kali sehari ok. Kalau rajin, sapu la banyak kali. Tak ada sapa nak marah pun. Kalau tak ada lavender oil, minyak zaitun safi tu pun boleh je. Lepas tu, biar sampai kering. Alaaaaa macam pakai losyen tu.
Kalau nak mandi, sapu dulu lavender oil. Cara ni untuk elakkan direct contact dengan sabun. Yela kan, sabun ni boleh pudarkan warna inai tau. Jadi, warna inai korang akan terselamat dari segala ancaman gittewww.
NO WATER PLEASEEEE
Kalau boleh, elakkan direct contact dengan air sebaik saja inai kering. Sekarang ni inai ukir dah tak yah susah-susah nak basuh dah. Korang cuma kena tunggu sampai kering pastu kopek je.
Amacam? Senang kenssss. Selamat mencuba!
Buat Yang Tertanya-tanya Pasal Inai, Baca Ni
√ Hukum berinai harus. Tak kiralah korang belum kahwin ke, dah kahwin ke, mak orang ke, nenek orang ke. Asalkan perempuan.
√ Lepas tu janganlah over sangat. Ni sampai ke lutut la sampai ke siku la. Sederhana cukuplah.
√ Corak yang dibenarkan adalah daun dan bunga. Dah banyak dah maciam ni yang cecantik. Tinggal tadah tangan je. Jangan pula lukis corak harimau bintang ke zirafah ke corak macam tatu pula.
Tengok Video Perkongsian Nasyrah Nazir Ni
Tiga cara pakai inai ukir yang dikongsikan di atas juga sesuai untuk digunakan ketika memakai inai di jari jemari. Hasilnya akan tahan lebih lama dan merah menyala. Tak sangkakan dengan memakai inai, jari jemari tu nampak cantik sungguh. Tapikan hakak berkenan betul dengan warna inai yang satu ni. Merah dia macam gincu bibir.. meletop!
Ralat dan rasa terkilan dengan kejadian yang berlaku akibat kecuaian diri sendiri. Lebih malang bayi yang tidak berdosa pula menjadi mangsa gara-gara tidak lebih berhati-hati. Niat asal menjemur bayi untuk mengurangkan demam kuning berakhir tragedi.Seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya, di Bachang di sini.
Bayi Putus Tangan Kanan
Kejadian sekitar jam 8.30 pagi, 8 September lalu itu berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi tujuan mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.
“Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh ‘mak cik’ (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.
“Kemudian ‘mak cik’ bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Digigit Anjing Peliharaan
Mohd Nor Yhazid berkata, wanita itu kemudian terkejut apabila terlihat tangan kanan bayi tersebut sedang digigit oleh salah seekor anjing peliharaan milik suaminya.
“Ibu saudaranya panik apabila mendengar bayi itu menangis dengan kuat dan berlumuran darah sebelum melihat anjing tersebut menggigit tangan kanan bayi itu di luar pagar.
“Wanita itu kemudian menjerit sekuat hati sebelum jeritannya didengari ahli keluarga dan mereka bertindak membawa bayi itu ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun ditolak dan diminta merujuknya ke Hospital Melaka.
“Sebaik tiba di Hospital Melaka, bayi terus dibawa ke zon merah bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar ,” tambahnya.
Mengulas lanjut ujar Mohd Nor Yhazid, bayi tersebut kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dan siasatan lanjut mendapati anjing tersebut merupakan milik suami kepada ibu saudara bayi berkenaan.
Anjing tersebut juga dipercayai dari jenis ‘Plott Hound’ dan telah dibiarkan tanpa diikat atau dikurung di kawasan rumah tersebut bagi tujuan menjaga kawasan rumah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.
MW: Berhati-hatilah dalam setiap tindakan. Akibat kecuaian boleh mengundang bahaya yang tak terjangka.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...