Wow dah gaji, mesti mak-mak tak lepaskan peluang untuk shopping online. Sibuk kerja sekali pun, mesti akan luangkan masa untuk membeli-belah atas talian. Dari sebesar-besar barang, hinggalah sekecil barang rumah atau keperluan diri dibeli.
Urusan membeli-belah hari ini menjadi lebih mudah. Taip sahaja apa keperluan anda, pilih barang yang dikehendaki, buat pembayaran online dan tunggu beberapa hari atau minggu sampailah barang.
Namun berhati-hati yer mak-mak sekalian, jangan mudah terpedaya kerana terdapat scammer yang cuba mengambil kesempatan. Kadang-kadang caranya halus hingga buatkan kita tak sedar. Oleh itu sebelum shopping online, periksa dahulu akaun bank dan nombor telefon penjual di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau Comercial Crime Investigation Department (CCID).
Check Dulu
Ads
Maklumat ini pasti sangat berguna untuk anda.
Menerusi portal Portal CCID orang awam boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlebih dahulu sama ada akaun dan nombor telefon tersebut pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.
Ads
Jangan mudah terpedaya, pastikan anda menyemak terlebih dahulu urus niaga dalam talian sebelum wang anda ditipu.
Ads
Sila share kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda.
MW: Beringat sebelum terkena, tidak semua hatinya baik. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada mak, ayah yang gemar shopping online. Tidak salah membeli-belah atas talian kerana banyak kelebihan. Cuma risau kadang-kadang ada segelintir manusia suka mengambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ketika jumlah pesakit koronavirus semakin bertambah di negara China, Malaysia hari ini mencatatkan perkembangan positif berkaitan wabak koronavirus.
Kanak-kanak warga China yang ditempatkan di was isoloasi Hospital Sulatanah Maliha dekat Langkawi disahkan pulis dan bebas sepenuhnya daripada jangkitan.
Menjadikan kesnya sebagai yang pesakit pertama sembuh daripada 10 kes yang disebut berlaku dalam negara.
Kanak-kanak itu sudah pun sihat dan dibenarkan pulang.
Selepas sampel klinikal kanak-kanak berusia empat tahun itu negatif daripada 2019-nCOV.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “kes ini menunjukkan bahawa jangktian 2019-nCoV boleh dirawat. Pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya. Sebagaimana banyak lagi kes lain yang turut di laporkan di negara China.”
Tegasnya lagi, sesetengah tanggapan yang menyatakan koronavirus membawa maut pada penghidapnya sama sekali tidak tepat.
“KKM ingin mengucapkan tahniah kepada Hospital Sultanah Maliha Langkawi yang telah memberikan rawatan dan pemantauan yang rapi sehingga kanak-kanak ini sihat semula dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkongsi twitternya, “Alhamdulillah, dengan disahkan sembuh sepenuhnya kanak-kanak warga China positif #novelcoronavirus2019 29 Jan lalu, ini turut memecahkan motos jangkitan nCOV tidak boleh dirawat (ie fatal), sebab tidak punya anti-viral khusus.
Jutaan TK Warga Hosp SM, Langkawi & Rakyat Malaysia yang sentiasa berdoa.”
MW :Semoga kita semua dijauhkan daripada wabak koronavirus ini. Amin..
Sebak sekali melihat kekuatan hati Bunga Citra Lestari atau BCL saat berdepan kejutan pemergian suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair. Di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia, Bunga tak mampu bicara apa.
Sesekali mencium, permata hati mereka, Noah Aidan Sinclair, 10 tahun. Bertahan kuat, mengesat air mata yang sesekali keluar tanpa ditahan-tahan. Berpakaian serba putih dan selendang putih, tasbih hitam begitu setia dalam genggaman tangan kanan BCL, manakala tangan kiri tak lepas menggengam tangan Noah.
“Saya tak tahu nak cakap apa kerana masih terkejut. Saya masih berusaha untuk menerimanya.” Luahnya kepada media.
Doa isteri teruji ini, agar perjalanan suaminya ke negara abadi, diberi jalan yang lapang dan diberikan yang terbaik untuknya di sana.
Sekitar 4.15 pagi waktu tempatan, di Rumah Sakit MMC, Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.
11 tahun melayari alam rumah tangga, ditinggalkan ketika cinta masih menggebu, teramatlah sukar untuk melaluinya. Lewat bicara, pereka kebaya Anne Avanti yang pernah menghasilkan persalinan pernikahan BCL dan Allahyarham Ashraf mengundang sebak di hati.
Katanya menerusi instagramnya, “Sedih sekali.. sangat sedih teringat saat saya membuat baju PERNIKAHAN mereka.”
“Saat yang indah.., teringat waktu itu BAJU AKAD BCL tiba-tiba HILANG.., di GANTUNGAN BAJU saat akan dikenakan saya bawa dari Butik Grand Indonesia.. ke rumah BCL.
Sambungnya, ketika dalam kenderaan sememangnya dia membawa masuk baju nikah tersebut. Tetapi ketika mahu dikeluarkan, baju itu TIDAK ADA.
“Saya nangis di mobil (kenderaan) di depan rumah BCL. Dan berusaha berjuang mencari dimana hilangnya. Aneh..”
Satu jam lamanya Anne Avanti mencari baju tersebut. Dalam tempoh itu, akhirnya baju nikah itu ditemukan. Jatuh dari hanger dan berada di tempat parkir kereta Grand Indonesia. Itu pun dijumpai oleh petugas parkir tersebut.
Sebuah kisah yang tidak banyak orang tau.., yang tidak terungkap kata saat itu.
“Ketika.., KEBAYA Akad Nikah itu sampai di tangan saya kembali setelah 2 jam yang ditemukan oleh tukang parkir.. saya tak terhentinya BERSYUKUR. Lalu saya menuliskan kisah KEBAYA itu dan saya serahkan secarik kertas itu kepada BCL dan ASRAF.. usai acara.”
“Saya berpesan.. Tetaplah SETIA sampai MAUT memisahkan. Ini surat buat kalian, sebuah cerita tentang KEBAYA AKAD mu.”
“Dan hari ini, JANJI SETIA sehidup semati.. sampai MAUT MEMISAH kan, benar-benar nyata.”
“Selamat jalan yang terkasih @ashrafsinclair
nna lillahi wa inna illahi roji’un.. Doa kami mengantarkan mu dalam kehidupan kekal nan abadi.”
Terdahulu menerusi sebuah wawancara sebuah program pada akhir tahun lalu yang dimuat naik ke saluran perkongsian video YouTube InsertLive. Bunga menyatakan dirinya tak pernah membayangkan hidupnya tanpa Ashraf di sisi.
“Sampai sekarang aku tidak pernah bisa membayangkan hidupku tanpa Ashraf,” ujar Bunga. “Sampai sekarang pandangan aku masih seperti itu. Jadi mudah-mudahan kita berdua terus diberi kekuatan untuk bisa terus mencintai satu sama lain.”
Memetik laporan Detik.Hot , BCL menempah liang lahad jenis ‘semi private’ untuk dua orang ayai berpasangan kerana mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya.
Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti.
“Itu sudah dirancang oleh BCL. Dia tidak mahu berseorangan. Pengurusnya yang menghubungi saya untuk tempahan itu,”
MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Ashraf Sinclair di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan BCL diberi kekuatan untuk melayari kehidupan bersama permata hatinya, Noah.
Betapa rapatnya anggota kumpulan lawak Bocey ini antara satu sama lain; Fad, Achey dan Allahyarham Abam. Bila mana berita pemergian Abam sampai ke pengetahuan teman baik ini, dan ketika itu Fad Bocey sedang berada jauh di bumi Jepun… bayangkan perasaan kejauhan itu.
Tentunya, sukar amat untuk diluahkan. Begitulah kegetiran yang dilalui Fad pagi ini apabila tidak dapat berada di sisi sahabat, arwah Abam di saat-saat akhirnya. Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Mohd Nizam yang ketika ini bercuti dengan keluarganya di Tokyo, Jepun.
Menitis air mata Fad, terlalu sebak terkenangkan arwah. Luah Fad dalam sebak, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun.. kenapa kau pergi dulu bam? kenape tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu.”
Lebih menyayat hati apabila Fad turut berkongsi paparan skrin dengan kata-kata, “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir, maafkan akuuu..”
Sebaik mendapat perkhabaran duka itu, dia dah isteri, sudah berusaha mendapatkan tiket penerbangan awal pulang ke tanahair.
Sayangnya, tiket paling awal malam ini. Bermakna mereka sekeluarga akan sampai esok pagi. “Jika pulang sekali pun, saya tak dapat menatap wajah arwah Abam buat kali terakhir.”
Kehilangan mengejut pelawak Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 dipercayai akibat demam panas, kira-kira jam 7 pagi tadi amat dirasai rakan-rakannya ini.
Malah, rakan-rakan artis yang pernah merasai kemesraan, kehangatan lawak lucu dan kebaikan arwah tidak dapat menahan sebak. Berkongsi sama momen-momen sewaktu hayat arwah masih ada.
Tahun lalu, seorang lagi anggota Bocey, Achey atau nama penuhnya, Mohd Nasir Hamzah, 32 pernah berkongsi ucapan hari lahir untuk Abam yang jatuh pada 19 Januari.
Dalam ruangan komen, Allahyarham memberi maklumbalas agar sahabat-sahabatnya itu akan mengurus pengebumiannya apabila dia meninggal dunia.
Sungguh, dalam gurauan itu rupanya selepas setahun, tuhan benar-benar ambil kembali Abam pulang ke perkampungan abadi.
Tulis Allahyarham dulu, “Tq sahabat.. Love u so much.. semoga kite kekal sampai mati @fadbocey @acheykintangkintung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau.”
MW : Mendoakan semoga Fad dan Achey kekal tabah menerima berita mengejutkan kehilangan sahabat baiknya ini. Semoga Bocey tidak putus semangat untuk terus berkarya. Al Fatihah.. tempatkan Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan di kalangan orang-orang yang beriman.