Sebelum belon emosi isteri meletup, suami tadah saja telinga dengar luahan hatinya. Kadang-kadang disebabkan emosinya tak stabil, isteri mulai marahkan anak-anak tanpa dia sedar.
Bukan niat isteri melepaskan kemarahannya pada si anak, namun bebanan atau tekanan perasaan yang dihadapi mak-mak setiap hari membuatkan kemarahan mereka mudah meletus.
Apatah lagi apabila pasangan tidak memberi perhatian atau mengambil berat apa yang isteri hadap saban waktu.
Sebelum Belon Emosi Isteri Meletup
Kongsi Mohd Fhais Salim, kasihan ibu yang tak sengaja termarah anak.
Mereka bukan pemarah tapi belon emosi mereka yang mudah meletup.
Sebab itulah untuk bebas dari termarah anak ini kita kena bantu pasangan kita untuk detoks segala emosi terpendam mereka.
Ini semua kena detoks, tak boleh simpan boleh jadi barah nanti.
.
Suami Tadah Saja Telinga
Selagi ada emosi terpendam ini dalam diri, selagi itulah dia jadi perengus dan cepat marah.
Ads
Itulah yang nampak anak lasak sikit, sudah boleh trigger rasa annoying. Aduh…
Bantu pasangan kita please, walau mereka tak minta tapi mereka sangat perlukan bantuan kita.
1 – Acknowledge emosi mereka.
Jangan nafi ada emosi tersebut. Nampak pasangan bengkeng semacam terus tanya “ada apa-apa masalah ke sayang?”
2 – Pastikan ada self-care.
Kadang ibu ni terlalu komited jadi manager rumah tangga, sampai diri terabai. Ingatkan mereka bersenam, me-time, medicure, pedicure dan sekali sekala keluar makan angin.
3 – Self Reflection
Bantu beri rasa tenang dan mindfulness dengan self-reflection ini. Buat diari ke, tulis journal ke, malah menulis yang baik-baik di media sosial pun satu kaedah self-reflection yang bagus. Jangan perli pula kalau nampak pasangan kuat mencoret di media sosial.
4 – Me Time
Satu benda yang paling susah nak dapat bila ada anak ini adalah me-time ( masa untuk diri sendiri ). Kita boleh bantu, kita bantu ya. Take over anak-anak kejap, insyallah sangat bermakna pada pasangan kita.
Dengar Luahan Hatinya
5 – Jadi pendengar setia
Bercakap adalah terapi buat wanita. Dapat luah semua dalam hati, dia jadi orang yang paling segar dan paling happy go lucky dalam dunia. Serius!
Tak susah pun nak bahagiakan pasangan kita. Tadah je telinga dengar luahan hati dia.
Lagipun, menjaga emosi seorang ibu ibarat menjaga emosi semua ahli keluarganya. Bila ibu tenang, semua orang rasa senang.
Mingguan Wanita : Bergelar isteri dan ibu mungkin Nampak mudah di mata kasar kerana tidak semua isteri ceritakan pada suami. Oleh itu suami yang harus cakna dengan keperluan emosi isteri. Jangan dibiarkan bimbang membawa mudarat kepada isteri.
Sekarang tengah cuti sekolah, tentu mak-mak kalut, maklum sahaja nak kena sediakan makanan sebelum ke tempat kerja, risau anak-anak tak makan nanti. Itu masa hari-hari kerja.
Tetapi bila hujung minggu, sibuknya lain pulak. Sediakan sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk keluarga. Belum lagi keluar suara tarzan, bila anak-anak mula bertelagah sastu sama lain
Abang sakat adik, adik menangis. Angah pula main ‘lawan-lawan’ dengan adik, menangis sebab kena tumbuk dengan angah. Pening kepala mak-mak. Boleh dikatakan bangun je pagi, mulut mak-mak mula tak berhenti. Kalau senyap pun bila masa tidur ajelah. Itulah mak-mak, marah macam mana sekali pun, sayangnya tetap ada. Sebolehnya mahu melihat anak-anak gembira, sihat dan berjaya.
Didik Anak Jangan Tangguh
Nakal, degil macam mana pun anak tetapi bila berada di luar mesti kena jaga adab terutamanya apabila berada di luar rumah. Apatah lagi, bila anak-anak mula membesar dan dewasa. Sebab itulah, mak-mak kena mula didik anak sejak dari kecil lagi.
Menurut Pak Riz, Pakar Perunding Ilmu Kekeluargaan yang berpengalaman selama hampir 26 tahun, ada cara untuk ‘ikat’ anak, bukan sahaja untuk menjaga adab tetapi juga supaya anak sentiasa ingat pada ibu bapa. Bayangkan semasa mak memasak di dapur, hati kecil mesti terlintas, along buat apa kat depan ruang tamu tu. Tak semena-mena along akan muncul bertanyakan maknya…Itulah hati kecil ibu, bila terlintas sesuatu,teruslah berdoa yang baik-baik untuk anak.
Pak Riz turut berkongsi ilmu untuk mengikat hati anak: 1.Setiap kali memasak di dapur, bacalah surah Al Fatihah dan berdoalah yang baik-baik untuk anak dan keluarga. 2.Bila bercakap dengan anak, pegang tangan anak dan jangan lepas. Bercakaplah dengan anak sambil memegang tangannya. 3.Semasa kecil, susulah anak sehingga dua tahun. Saat menyusu anak itu, cuba hantar mesej dengan berdoa..”Jadilah anakku ini supaya sentiasa ingat dengan aku…”
Sentuhan yang paling berkesan antara ibu bapa dengan anak ialah: a) Sentuh atas ubun kepala dan ucaplah dengan kata yang baik-baik. b) Pegang bahu anak bila berjalan bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perasan tak, kawan kita yang hebat pernah jumpa sekarang adalah kawan yang dahulunya kelas tercorot. Sedangkan kita pula berjaya dalam pendidikan dan berpeluang mendapat pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang kita pilih.
Itulah bezanya hebat seseorang yang berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya dengan orang yang hebat dalam ilmu pengetahuan dan kerja ‘makan gaji’. Mana satu yang kita inginkan?
Bukan tidak bersyukur tapi itulah hakikatnya. Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Tidak pandai bukan kehidupan berakhir dengan kemiskinan, sebaliknya deangan usaha yang dia ada telah menjadikan dia seorang yang hebat.
Maah, hebat seseorang itu bukan sebab dia bijak atau pandai tetapi hebatnya seseorang itu bila dia pandai memilih hala tuju hidup.
Ikut iperkongsian daripada Siti Suryani Yaakop tentang apa yang dikatakan seseorang itu HEBAT.
Jadi Orang Besar
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas itu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ye. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Hidup Hebat
Itu bab besar. Bab hebat pulak. Hebatkah? Apa hidup hebat bagi aku? Bebas, tenang, gembira. Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.
Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Nak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu. Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Ada kawan yang jadi pelajar terbaik masa di Uni dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.
Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu. Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sedar Diri
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Jangan sampai suruhan jadi desakan.
Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Kita fikir kita siapa?
MW: Kita jangan pandang rendah pada orang bawah sebab kita tidak tahu dia lebih baik daripada kita nanti.
Ada mak-mak menganggap anak masih kecil dan tidak sesuai untuk buat kerja rumah. Sedangkan inilah masa untuk beri anak peluang rasa tanggungjawab dalam melakukan kerja rumah dan didik mereka untuk galas tanggungjawab pada keluarga.
Baik anak lelaki mahu pun anak perempuan, tidak salah ajar mereka. Bukan hanya di dapur tapi hal-hal yang berkaitan tugas di rumah. Jika mak ayah biarkan ia boleh jadi ‘kebas rasa’ yang tidak mampu membantu apa-apa untuk keluarga seperti yang dikongsikan oleh Dr Anayasmin Azmi ini.
Beri anak peluang rasa tanggungjawab, kelak bila dewasa nanti tidak kekok dalam uruskan rumah tangga sendiri, lebih-lebih lagi bagi seorang anak lelaki. Tak perlu rasa kasihan kerana anak masih kecil dan mengharapkan anak akan sedar dengan sendiri akan tanggungjawab itu.
Sebenarnya, dengan mengajar anak dari kecil inilah mampu menyenangkan mak ayah terutamanya dalam keadaan terdesak, mak demam, tidak sihat atau sebagainya. Dengan beri peluang rasa tanggungjawab sebelum ini, ia mampu digunakan dalam keadaan sebegini.
Jangan biarkan anak jadi ‘KEBAS RASA’. Kebas maksudnya sarafnya ada tapi TAK RASA!
Ya,
Jom semak, anak-anak kita sekarang,
Jangan biar mereka yang sempurna fizikal, lengkap sistem sarafnya, punya hati tapi KEBAS RASA!
Tertonggeng-tonggenglah si emak menyapu bawah sofa yang dia duduk
Sampaikan kaki si bujang hampir tersentuh dahi mak nya
Nak tolong tu jauh sekali atau nak bangun atau beralih pun jauh sekali..
Si emak bawa bakul dari tingkat atas, bakul penuh baju si anak saja. Sedangkan si anak buat tak nampak
Sambung terus tengok cerita korea
Si emak demam panas, bangkit juga masuk dapur memasak, sedangkan si anak bukan nak bantu. Sebaliknya disuruh buatkan milo panas untuknya.
Ini usia anak sekolah rendah hingga belia
Bukan yang setahun dua yang belum faham apa-apa
Kena beri anak peluang rasa kerja rumah itu juga tanggungjawabnya.
Tak kisahla anak lelaki attau perempuan. Bukan bermakna kita mahu mereka bantu.
Bukan sebab kita nak perguna mereka macam hamba atau kita tak mampu cari orang gaji
TAPI,
Hanya kerana semoga anak itu peroleh kemuliaan dan redha Allah SWT.
Selalu ini berlaku bertahap, 1. Anak tak rasa tugas di rumah tanggungjawabnya 2. Kemudian melawan 3. Setelah melawan dia perbudakkan mak dan ayahnya..
Sebab kita bukan hanya didik anak kita tetapi saat ini kita sedang mendidik cucu cicit seluruh keturunan kita
Anak kita ini akan jadi bapa atau ibu suatu hari nanti, kalau sekarang KEBASnya begitu sekali,
Bagaimana zuriat keturunan kita kelak..
Entah,
Tiba-tiba terfikir tentang ini..
#randomthought
#drana
MW: Tepat sekali. Dengan keadaan sekarang yang sesetengah mak turut bekerja, sekurangnya dengan anak membantu buat kerja rumah yang sesuai pun dah cukup meringankan beban mak.
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...