Bila dah berkahwin bermakna pasangan sanggup susah senang dan kongsi segala suka duka bersama. Jangan pasangan berahsia dan apa segalanya diketahui oleh pasangan masing-masing.
Boleh dikatakan, rahsiaku rahsiamu. Namun, tidak mustahil, ada juga pasangan yang suka berahsia dengan anggapan tidak mahu pasangan kecil hati dan menjaga hati kononnya.
Sebenarnya, kalau ada pasangan baik suami atau isteri berahsia, inilah yang membuatkan kita rasa curiga. Sedangkan kalau bagitau apa salahnya. Kata sanggup kongsi suka duka bersama.
Kalau nak rahsia dengan kawan-kawan tidak menjadi masalah pun tapi bila dah berahsia dengan pasangan ini dah menimbulkan keraguan. Kadang-kadang terfikir juga kena perlu nak rahsia pun. Jangan sampai rahsia terbongkar sampai memudaratkan hubungan suami isteri.
Pada saya bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing.
Pada saya ada rahsia diri yang hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu.
Ada juga rahsia yang hanya suami dan isteri sahaja yang tahu.
Ada rahsia yang hanya rakan-rakan terdekat yang tahu.
“Suami saya suka berahsia”….
Sebenarnya kalau tanya balik diri kita, kenapa suami suka rahsiakan banyak perkara daripada kita?
Ads
Pertama mungkin kerana nak menjaga hati kita. Tak nak kita terasa. Tak nak kita merajuk dan marah.
Sebab kadang-kadang ada perkara yang kita tak suka dan perkara yang kita marah, perkara yang harus dan tidak haram pun. Cuma tak suka je.
Jadi kita juga kena cuba memahami selagi bukan perkara haram.
Kenapa pasangan merahsiakan?
Mungkin juga tak nak menyusahkan kita.
Ads
Mungkin juga tak nak ungkit lagi aib, kelemahan dan perkara lama.
Sebab tu pada saya ada perkara sebaiknya kita tidak tahu berbanding tahu. Bila tahu hilang tenangnya hidup.
Namun ada perkara apabila kita tahu, kita sepatutnya membantu dan memulih, bukan menyalah dan mengalah.
Apabila kita tahu, tandanya Allah telah tetapkan masa yang terbaik untuk kita tahu….
Mingguan Wanita : Tak salah pasangan nak berahsia, jangan sampai suami atau isteri tahu dengan sendiri. Lagi parah. Tapi, selalunya bila suami suka rahsia, sekejap je dapat tahu, naluri seorang isteri kan!
Walau ke mana pun ibu pergi, hatinya tetap terkenang anak-anak di rumah. Sudah makan kah belum? Bergaduh tak mereka dengan anak-anak yang lain, selesaikan tak pesan ibu sebelum keluar tadi.
Dan bila ibu pulang, pasti ibu akan siapkan ole-oleh untuk anak-anak. Sayangnya, ada suami yang kadang terlupa. Bila keluar dan balik ke rumah dengan tangan kosong.
Ambil ikhtibar dari kisah yang dikongsikan Ustaz Abd Ghani Haron ini.
Bila Makan Di Luar, Ingatlah Mereka Yang Di Rumah
Subuh suatu hari minggu lepas, saya membawa karipap dan bancuhan nescafe gold creamy latte untuk berkenduri kecil dengan jemaah subuh di surau.
Pada subuh esoknya, imam surau bercerita kepada saya yang dia minum nescafe yang dihidangkan separuh cawan sahaja, lagi separuh dia bawa balik (rumahnya bersebelahan surau).
Katanya “Nak bagi Mak Long rasa juga, sedap.” Saya terkedu mendengarnya.
Mari kita ambil iktibar dari peristiwa ini.
Betapa dia begitu menyayangi isteri walau telah tua. Terasa apa yang dia makan di luar ingin juga dikongsi dengan isteri. Bukan dia miskin kerana mereka suami isteri ada pencen, anak-anak kerja professional. Tetapi ingatan kepada orang di rumah menyebabkan dia ingin berkongsi dengan mereka walau sekadar setengah cawan nescafe.
Bandingkanlah dengan diri kita bila kita makan di luar, di tempat kerja, majlis, di hotel dan sebagainya.
Apakah ada ingatan kita kepada anak, isteri semasa menjamah makanan yang sedap dan menarik itu.
Jangan sesekali sekadar membawa sendawa balik ke rumah, membawa balik cerita kepada mereka yang di rumah. (Esoknya saya membawa beberapa paket nescafe gold creamy latte untuk imam surau, dia gelak besar menerimanya.)
Saya perturunkan semula tulisan saya yang dulu yang menyerupai kisah ini juga tetapi makannya berlainan.
Ikhtibar Dari Belanja Makan Tose Masala
Terjumpa seorang tua yang tinggal sekampung dengan saya di pekan, katanya nak ke stesen bas untuk balik. Saya ajak balik dengan saya. Dia setuju. Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas, datang ke pekan nak beli batu pengasah dan pisau menebas rumput.
“Kita singgah minum sikit.” kata saya mempelawa. Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus. Saya singgah di satu kedai nasi kandar.
Saya order tosai masala dan teh o ais. Dia hanya order teh o ais. Bila disuruh order makan, dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.
Lalu saya tanya dia, “Pak ngah, kita cuba tose masala, sedaaap!”
Dia membalas, “Cikgu nak belanja saya, saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih.” Saya senyum saja. Kami makan sambil berbual.
Katanya, “Sedap cikgu. Saya tak pernah makan, ingat ini orang India saja makan.”
Selesai makan dia bertanya,”Mahai ka tose ni, berapa duit sebiji?”
Saya membalas,”3.50 sebiji.”
Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya, mengeluar uncang plastik kecil yang berlipat. Ada beberapa not seringgit dan duit siling.
Saya sangka dia nak bayar, cepat-cepat saya suruh dia simpan, kerana saya nak bayar. Tetapi dia berkata, “Saya rasa bersalah, rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yang sedap hari ni, tapi anak bini saya tidak. Kami selalu kongsi susah senang. Bila makan sedap begini, saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga, supaya saya tak rasa bersalah, rasa penting diri. Beli sebiji pun jadilah, depa boleh kongsi lima orang. Kalau tak kenyang pun, dapat rasa jadilah.”
Ya Allah. Subhanallah! Saya tergamam, sebak mendengar kata-katanya.
Ada Yang Cuma Bawa Balik Sendawa Bau Durian..
Betapa kuat ingatan kasihnya kepada anak isterinya. Dan Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan di luar sendirian.
Jernihnya jiwa insan ini, kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya, baik yang susah mahupun yang menyenangkan.
Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik. Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.
Allah menunjukkan kepada saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yang serba kurang dalam hidup, berkongsi segalanya, sedang kita yang mewah, membina sikap individualistik.
Makan pun dah jarang bersama, makan pun tak sama, apa lagi berkongsi susah senang. Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yang mereka makan, apa masalah yang mereka hadapi.
Ada juga ibubapa yang tak peduli masalah anak, asal beri duit dah cukup. Dan ada bapa yang ke majlis sana sini, hanya membawa perut yang kekenyangan balik ke rumah.
Ada yang hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu di luar sedang anak isteri tak pernah merasa.
Dalam Rezeki Suami, Ada Rezeki Untuk Isteri Dan Anak-anak
Perkahwinan itu perkongsian yang berterusan hingga ke liang lahat. Berkongsi dengan isteri, anak bahkan cucu. Binalah ingatan bersama.
Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan, bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dalam hal lain. Itulah yang membina keeratan ikatan kekeluargaan.
Ambillah iktibar. Jangan pentingkan diri. Rezeki yang diturunkan kepada kita sebenarnya ada di dalamnya rezeki isteri, anak anak, jangan dipolok sendiri.
Jangan kita saja sibuk bertukar baju baru, bini berpakaian lusuh, anak anak berpakaian koyak, jangan kita saja bertukar handphone, smartphone, anak tak ada satu permainan pun, jangan kita saja bertukar kereta, anak berbasikal cabuk, isteri bergelumang di dapur serba buruk.
Berfikirlah lebih lanjut. Jika ada yang terasa, memang saya nak bubuh serbuk perasa, kerana sendiri tak mahu rasa.
“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Akibat masuk kabel pengecas telefon di mulut yang tidak dimatikan arusnya, bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.
Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.
Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Ini Kejadiaan Yang Tak Dijangka Berlaku
Biasanya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.
Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu.
“Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk,” katanya.
Jadi Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Nota:
Jangan main-main ya, sebaiknya kalau mak ayah nak charge gajet, letaklah di tempat yang tinggi. Budak kecik yang aktif macam ini belum tahu apa-apa. Dan biasanya anak kecil suka capai sesuatu dan masuk mulut! Moga kita mampu jadi mak ayah yang mencegah sebelum berlaku perkara tak diingini pada anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...