Selepas dua bulan menyimpan rahsia, pada malam semi final The Masked Singer Malaysia pemilik topeng Rafflesia akhirnya didedahkan. Siapa pun tak sangka, di sebalik topeng Rafflesia itu adalah Datin Paduka Eina Azman.
Kata Datin Eina sebaik identiti Rafflesia didedahkan, “Saya bukan penari, saya juga bukan penari.. saya tukang masak harian untuk keluarga.”
Sememangnya itulah antara rutin Datin Eina, ibu kepada sepasang cahaya mata kembar yang comel, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Malah, isteri Datin Paduka Kaiser Gurmeet ini juga gemar berkongsi resepi masakan keluarga di instagramnya.
Terkejut jugalah para juri bila mana, Datin Eina buka topeng. Bagi peminat yang mengikuti Datin Eina sejak sekian lama, sedar yang pelakon ini boleh menyanyi dengan baik. Malah, jinggle ‘Maggi CukupRasa’ itu dikatakan dinyanyikan oleh Datin Eina.
Dua Bulan Sorok Identiti, Akhirnya Terjawab Wajah Rafflesia Milik Siapa
Kongsi Datin Eina,
Ads
Rafflesia Is Doneee
Salam… Finally after 2 months terpaksa menyorokkan identiti dan mengelak soalan daripada kawan-kawan mengenai “Rafflesia”, akhirnya terjawab sudah segala persoalan.
I’m so sorry guys sebab tak dapat berlaku jujur sebab saya terikat dengan contract. Alhamdullilah Rafflesia berjaya kekal sehingga ke semi final walaupun penuh dengan onak duri.
Seperti semua sedih maklum, saya bukanlah seorang penyanyi dan penari. Banyak yang saya pelajari sepanjang berada di dalam program “The Masked Singer Malaysia”.
Ads
Mahu Keluar Dari Zon Selesa – Datin Eina
Tahun 2020 ni saya nak keluar dari zon selesa saya, sebab tu saya mencabar diri saya untuk menjadi Rafflesia.
Sejujurnya, saya sebenarnya kurang berkeyakinan untuk menyanyi dan menari di hadapan khalayak ramai.
Nasib baik saya boleh bersembunyi di sebalik masked Rafflesia. Nampak macam mudah menyanyi dan menari dalam masa yang sama.
Tapi hanya tuhan saya yang tau betapa beratnya head gear di kepala saya. Kadang-kadang takut juga tengah menari tu kepala tercabut sebab ini benda paling gila pernah saya buat tapi dalam gila-gila pun macam seronok juga penyanyi. Saya nak jadi penyanyi lah lepas ni. Ok tak???
Terima kasih kepada team produksi Astro di atas peluang ini. N terima kasih juga untuk u all yang tak henti-henti tweet n mention nama saya. N yessss tekaan anda memang betul.
Thanks to my beloved hubs @datopadukakaiser yang always support saya. Love you sayang. Itssss Doneeeeee guys.
Percubaan Datin Eina untuk keluar dari zon selesa ternyata berjaya, ramai yang ‘adore’ dengan setiap persembahan Rafflesia. Malah, waktu mula-mula menyanyi atas stage pun dah ada aura yang tersendiri.
Semoga Datin Eina terus sukses dalam mengejar impiannya.
Ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri kek ikan atau ‘fish cake’ sendiri di rumah.Fish cake ini, selalu digunakan sebagai rencah didalam masakan seperti mee goreng, nasi goreng, mee kari, Yong Taufu dan sebagainya.Bila buat sendiri fish cake ini lebih puas hati, terjamin kebersihan, kesucian dan status halalnya.Malah lebih menjimatkan!
Berikut perkongsian resipi membuat ‘Fish Cake’ yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali sebagai rujukan;
“Assalamualaikum..Sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball, sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..Memang ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu…Insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..”
Bahan-Bahan:
500gm isi ikan tenggiri segar
3 sudu kecil (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend, rasa jangan masin sangat ye sebab nanti masa sejuk lagi masin)
Sedikit ajinomoto (terpulang nak letak atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cawan air sejuk (dari air batu)
** Anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan letak air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah.So abaikan sukatan air tu.
Cara Membuat:
1. Isi ikan tenggiri diambil (kulit takmau ye) dan diblend halus saya guna food prosessor.
2.Kemudian masukkan sedikit air ais, kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak letak ajinomoto letak sikit waktu ini).
3.Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi.
4.Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi.loyang tu biarla boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas.
5.Masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya..(macam buat serimuka).Ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi.
6.Kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak.
7.Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong seperti mana bentuk fishcake. (Segi empat tepat).
8.Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.Angkat dan toskan minyak siap.Alhamdulillah..
Perjalanan ibu menghantar anak ke sekolah berakhir tragedi, dua anak parah kenderaan bertembung Axia. Innalilahiwainailahirojiun. Kepada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.
Rutin seorang ibu yang juga suri rumah menghantar anak-anak ke sekolah berakhir tragedi selepas kenderaan Viva dinaikinya bertembung dengan Axia yang hilang kawalan. Dalam kejadian menyedihkan ini, Nor Hayati meninggal di lokasi kemalangan dan dua dari empat anaknya mengalami kecederaan parah sementara dua lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Renggam.
Perjalanan Ibu Menghantar Anak Ke Sekolah Berakhir Tragedi
Memetik laporan Harian Metro, seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar empat anaknya ke sekolah maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabit kemalangan jalan raya di Kilometer 77, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa dikenali sebagai Nor Hayati, 45 yang juga seorang suri rumah maut akibat parah di dada dan kaki dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu.
Katanya, manakala anaknya, Muhammad Asyraff Putra, 6, yang duduk di tempat duduk hadapan dan Muhammad Azzam Putra, 8, di tempat duduk belakang, parah dan dirawat di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
Perodua Viva dinaiki remuk dan mengorbankan Nor Hayati di lokasi kemalangan sementara dua dari anaknya parah dan dua lagi menerima rawatan di klinik kesihatan. Gambar Bomba Renggam
Dua Anak Parah Kenderaan Bertembung Axia
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari Simpang Renggam menghala Air Hitam bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.
“Perodua Axia kemudian berpusing dan masuk semula ke laluannya dan berlanggar dengan lori Nissan.
“Pelanggaran itu menyebabkan pemandu Perodua Viva meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anaknya, Muhammad Asyraff Putra mengalami pendarahan dalam kepala, perut dan patah tangan kiri manakala abangnya, Muhammad Azzam Putra, disyaki alami pendarahan dalam kepala dan patah peha kiri,” katanya ketika dihubungi.
Bahrin berkata, dua lagi anak Nor Hayati, Putri Ainnur Umairah, 9, cedera di kaki kiri manakala Muhammad Airell Putra, 16, cedera di kepala, kaki kiri dan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam.
Katanya, pemandu dan penumpang Perodua Axia turut cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.
“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tiada siapa yang menduga dalam usia 35 tahun, dialah ketua keluarga yang perlu menyara anak-anak selepas kematian suami yang dicintai.
Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tapi kehidupan perlu diteruskan demi kelangsungan hidup bersama 6 orang anak yang disayanginya. Dialah tempat untuk anak-anak bergantung harapan.
Sebagai ketua keluarga, ibu tunggal langsung tidak menyalahkan ketentuan takdir. Apa yang berlaku ini akan dipikul tanpa sebarang keluhan mahu pun penyesalan.
Dalam temubual eksklusif, Salasiah Matudi, 35 tahun memberitahu, beliau kehilangan pasangan hidup yang dicintainya pada 9 April tahun lalu akibat kegagalan fungsi jantung.
Pemergian arwah Kamaruddin Ahmad sangat meragut jiwa dan mindanya kerana arwah menghadap ILAHI pada usia masih muda iaitu 32 tahun dan meninggalkan enam orang zuriat.
Lebih menyentuh perasaan, ketika itu, beliau sedang hamil empat bulan.
“Hati mana yang tidak luluh. Bohong kalau saya katakan apa yang terjadi ‘tidak sakit‘. Namun, demi anak-anak, saya sesekali tidak akan menitiskan air mata di hadapan mereka. Biarlah kedukaan ini saya pendam sendirian,“ tutur beliau.
Penceritaan Salasiah terhenti seketika tatkala mula mengisahkan detik akhir suaminya ‘hilang‘ dari pandangan mata buat selama-lamanya.
“Sebaik arwah menghela nafas terakhirnya, saya meminta pihak hospital untuk membenarkan anak-anak melihat wajah arwah buat kali terakhir agar mereka tahu ‘ke mana pergi‘ ayah mereka pergi. Keadaan pada masa itu juga agak kalut kerana Perintah Kawalan Pergerakan baru dikuat kuasakan.
“Anak-anak saya rata-ratanya masih kecil, tetapi nampaknya mereka seperti memahami bahawa seseorang yang hidup, pasti akan ‘diambil‘ ILAHI,“ katanya sambil cuba menahan linangan air mata.
Cekal Tanpa Keluhan
Mengunjungi kediamannya yang terletak di Kampung Kemensah, Ampang Jaya, Selangor, membuatkan emosi penulis bergejolak. Perasaan sayu dan simpati menyentuh sanubari ini.
Masakan tidak, bukan sahaja kediamannya kelihatan usang, kedudukannya juga terletak berhampiran dengan anak sungai. Ia memungkinkan segala musibah yang tidak diingini boleh berlaku pada bila-bila masa.
Namun, kata Salasiah, beliau tujuh beranak sudah buntu dan tidak tahu ke mana hendak dituju.
“Sebenarnya, rumah ini adalah ihsan pemilik tanah yang membenarkan saya sekeluarga menetap di sini. Biarpun berlantaikan papan dan bahagian dapur kadangkala basah dek kerana terdapat kebocoran air, tetapi kami gembira dapat tinggal di rumah dua bilik ini.
“Memang betul, sesekali air sungai deras jika hujan lebat, tetapi syukur tidak ada tanah runtuh atau banjir berlaku setakat ini. Alhamdulillah anak-anak juga bijak dan tidak ke sungai, apatah lagi bermain-main di kawasan sekitarnya kerana kesemua mereka lebih senang bermain dan duduk di dalam rumah,“ ujarnya.
Walaupun hidup tanpa dilingkari kemewahan, Salasiah berkata, pelajaran anak-anak tidak akan diabaikan.
Seorang anaknya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Keramat, manakala tiga yang lain ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Permata.
Pada saat kerajaan melaksanakan sistem pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), mereka hanya bergantung kepada sebuah telefon bimbit milik arwah, beritahu Salasiah.
“Saya telah memaklumkan kepada pihak guru bahawa sukar anak-anak untuk belajar dengan hanya sebuah telefon bimbit. Saya bimbang jika mereka ketinggalan dalam pembelajaran, tetapi apa daya, itu saja yang kami termampu,“ katanya.
Keresahan ibu tunggal itu seolah-olah didengari apabila terdapat pihak yang prihatin memberi sumbangan telefon pintar kepadanya termasuk talian internet untuk memudahkan pembelajaran anak-anak.
Dengan kemudahan itu juga, Salasiah berkata, beliau mula berjinak-jinak melakukan perniagaan dalam talian dengan menjual tudung dan cadar demi menambah pendapatan.
“Saya harap usaha ini diredai-NYA dan taklah saya terlalu bergantung dengan ihsan semata-mata. Orang memang boleh tolong, tetapi sampai bila? Jadi, saya perlu mencari jalan lain sebagai sumber rezeki demi membesarkan anak-anak.
“Saya memang tak pandai teknologi, anak-anak yang bantu. Saya juga gembira kerana kadangkala penduduk sekitar datang membeli tudung dan cadar yang saya jual,“ katanya.
Kepada penulis, Salasiah tidak henti-henti mengungkapkan ucapan terima kasih kepada jiran dan masyarakat di Ampang Jaya.
“Saya sangat berterima kasih dengan segala bantuan yang diberikan mereka terutamanya Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati.
Keprihatinan mereka juga membolehkan saya mendapat bantuan zakat dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang secara tidak langsung meringankan beban,“ kata wanita kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Kepada anda yang prihatin untuk membantu ibu tunggal enam anak yang terus gigih menjalani kehidupan meskipun tidak henti dilanda ujian, boleh menghulurkan sumbangan ikhlas melalui akaun bank Maybank di 162200112382 atas nama Salasiah Matudi.
Kredit: Sinar Plus
Mingguan Wanita : Semoga ibu tunggal ini tabah dalam meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...