Kejutan demi kejutan daripada suami tercinta sudah tentu membuatkan sang isteri terharu dan hilang segala penat yang selama ini ditanggung.
Sebelum ini tular di Facebook, video seorang suami melakukan kejutan kepulangan ke pangkuan keluarga.
Kali ini sekali lagi selepas tujuh bulan berpisah, sebagai tanda terima kasih, suami sanggup telah sewa sebuah Ford Mustang semata-mata untuk bawa isteri jalan-jalan.
7 Bulan Terpisah, Bawa Isteri Naik Ford Mustang
Selepas tujuh bulan terpisah, seorang isteri dikejutkan suaminya dengan dibawa keluar makan malam menaiki Ford Mustang.
Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34, menyewa kereta itu khas untuk membawa isterinya Norhariyanti Abu Bakar, 38, dua hari lalu.
Shahruddin yang bekerja di syarikat pengeluaran air minuman di Singapura tidak dapat pulang ke rumahnya di Johor Bharu, Johor berikutan penutupan sempadan sejak tujuh bulan lalu.
Dia yang kembali ke Malaysia pada 3 Oktober sebelum menjalani kuarantin kendiri dan pulang ke rumah keluarganya di Johor Bahru pada 6 Oktober lalu selepas disahkan negatif Covid-19.
Sebelum itu, dia membuat kejutan kepada keluarganya apabila pulang tanpa memaklumkan kepada mereka.
Video pertemuan itu dikongsikan sendiri Shahruddin di akaun Facebook (FB) miliknya, 6 Oktober lalu.
Ads
Videonya itu mendapat perhatian netizen dan meraih hingga 61,000 tontonan.
“Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.
“Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.
Ads
“Pemilik kereta beritahu dia tersentuh dan terharu dengan kisah yang saya kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Rahsia Kepulangan Sebab Nak Bagi Kejutan
Menurut Shahruddin, dia merahsiakan kepulangannya ke kampung halaman disebabkan mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya.
“Ibu saya tergamam dan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana sudah pulang memandangkan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga.
“Jika diikutkan rutin harian kerja, saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja namun disebabkan penutupan sempadan saya terpaksa menyewa katil bernilai 400 dolar Singapura (RM1,221) sebulan.
“Mujur saya tidak dibuang kerja waktu itu kalau tidak mungkin senasib dengan gelandangan di sana yang dibuang kerja tetapi tidak dapat pulang ke Malaysia,” katanya.
Hanya Panggilan Video Pengubat Rindu
Lebih mengharukan, Shahruddin berkata, panggilan video sajalah yang menjadi pengubat rindu kepada keluarganya ketika dia berada di perantauan.
Ads
“Saya juga terpaksa meninggalkan anak lelaki pertama saya yang baru saja berusia tiga bulan ketika itu.
“Kedua-dua anak saya seakan tidak mengenali saya kerana mereka masih kecil sewaktu saya meninggalkan rumah,” katanya.
Shahruddin berkata, dia bersyukur permohonan cutinya untuk pulang ke tanah air mendapat kebenaran syarikat walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.
“Saya mengambil cuti selama tiga minggu dan akan kembali semula ke Singapura selepas ini.
“Semua kos termasuk ujian saringan Covid-19 dan hotel untuk kuarantin selepas balik semula ke Singapura memakan belanja hampir 1,236 dolar Singapura (RM3,775.23),” katanya.
Shahruddin berkata, dia akan memanfaatkan cutinya bersama seluruh ahli keluarganya sebelum pulang bertugas di republik itu.
MW: Walaupun hanya dapat bercuti selama tiga minggu, namun kehadiran sang ayah tentu menggembirakan hati anak-anak yang sudah lama tidak menatap wajah ayah secara berdepan.
Panggilan video yang dibuat hari-hari sudah tentu tidak akan sama. Semoga Keluarga ini kuat menempuhi ujian ini.
Doktor sambilan, Dr Say Shazril Shaharuddin bertekad tetap teruskan niat turun padang menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negara. Biarpun niat awalnya mahu berkhidmat sebagai frontliner ini mendapat bantahan orang tua.
Faham benar, akan perasaan orang tua yang berasa bimbang akan faktor keselamatan anak dan isteri Dr Say, jika benar anaknya itu mahu meneruskan niat. Bagaimana pun, akhirnya hasrat Dr Say mendapat restu kedua ibu bapanya. Malah, mereka tetap memberi sokongan yang tak berbelah bagi.
Kata Dr Say “Sebulan lepas sebelum saya isi borang untuk sukarelawan saya bagitau parents saya dahulu akan niat saya untuk volunteer. Dan mereka terus reject. Kata mereka “Its too dangerous boy. Think of Ace & Azura. What if u got the infection & spread it to them? Kesian kat Ace, dia kecik lagi”.
Saya tahu, saya patut dengar nasihat ibu bapa saya tapi kalau one day saya ditanya “Where were u when your country need u most?” Apa saya nak jawab peeps.
Kalau saya rakyat jelata, i’d be more than proud to say “i stayed at home like a responsible citizen should” tapi saya doktor, freelance pulak tu takkan saya nak tengok je rakan sejawat saya bertungkus-lumus sedangkan saya duduk rumah ber-dalgona coffee? Atas sebab ni saya terpaksa tolak tepi larangan parents saya.
Mak Restu Niat Jadi Frontliner Dengan Iringan Doa
Pagi semalam saya mesej parents saya yang saya akan memulakan misi sukarelawan bersama @mercymalaysia. Pantas mak saya reply “Praises to your kind volunteerism. Just make sure you take very very good care of yourself. Plz keep in touch and let us know your where about. Love you”
Berair mata saya peeps. Bayangkan parents saya yang pada awalnya melarang keras kerana concern akan kesihatan saya & orang sekeliling saya akhirnya akur dengan keputusan saya. Ia cukup bermakna buat saya.
Kerana saya tahu pasti kita semua dah penat & meluat dengan COVID ni. Kita nak dia berakhir dengan cepat supaya kita dapat berjumpa yang tersayang, dapat menikmati masa bersama, dapat berpuasa & beraya bersama. Tapi selagi COVID masih ada, saya tahu kita tak berani nak merisikokan kesihatan orang tua kita.
Maka here i am, answering my nation’s calling. I am not a hero but i am proud to say i am here when my country need me the most!
Dr Say mendirikan rumah tangga dengan Dr Azura Abas dan dikurniakan seorang cahayamata, Aezriel yang lebih senang dipanggil Ace.
MW : Semoga Dr Say dan team dipermudahkanNya dan dilindungiNya sepanjang bertugas sebagai petugas barisan hadapan negara.
Hafiz buat kejutan raya, hadiahkan pekerja kereta. 7 tahun setia dari syarikat kecil hingga dikenali. Sudah tertulis rezeki, Fikri Hamdan yang bertugas sebagai pengurus di Ainaa Beauty.
Di saat orang mungkin berbicara tentang bonus dan gaji awal tetapi Allah sudah menulis ada rezeki lebih besar menanti pekerjanya. Dalam video dimuat naik di media sosial semalam, ia telah ditonton lebih dari 4 juta orang yang mengagumi keperibadiannya dalam menjaga kebajikan staff.
Hafiz Buat Kejutan Raya, Hadiahkan Pekerja Kereta
Jika menerima bonus itu biasa tetapi instafamous ini telah menghadiahkan pengurus Ainaa Beauty, Fikri Hamdan sebuah kereta suv mewah untuk kegunaan dirinya dan membawa bersama keluarga di hari raya ini.
Dan ternyata, kejutan ini memberi makna besar buat Fikri yang sama sekali tak menyangka kesetiaannya dihargai.
Dalam ucapannya, Hafiz akui pekerjanya pernah berkongsi dirinya diperlekeh di hadapan kawan-kawan kerana bekerja di syarikat kecil yang mungkin tidak mampu membayar gaji besar atau menyediakan keistimewaan kepada staff.
Dan semalam, sebagai ketua, dia membuktikan kesetiaan pekerjanya itu berbaloi kerana dari sebuah syarikat kecil, nama Ainaa Beauty kini dikenali ramai.
Bukan saja Fikri menerima kejutan kereta tetapi semua staff turut dibawa bershoping oleh pasangan instafamous ini di pusat beli belah yang mereka boleh pilih sendiri untuk membeli baju raya setiap seorang selain memperoleh bonus sempena aidilfitri.
Ya, tidak semua memperoleh rezeki begini dan itu adalah hadiah paling bermakna bagi pekerja bila di hargai majikan.
Patutlah orang kata guna tisu ni tak elok sangat! Kelam kabut tengok sesuatu yang tertumpah atau barang kotor, mesti anda terus tarik tisu. Lagi pun tisu sangat mudah di bawa ke mana-mana berbanding guna kain.
Tetapi anda perlu tahu, tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu sebab hasilnya boleh merosakkan dan membuat barang yang disapu jadi lebih kotor. Jadi apa lima barang yang tidak boleh dicuci guna tisu? Jom, semak!
1. Cermin mata
Mahal macam mana pun harga cermin mata, kalau sekali anda bersihkan habuk guna tisu memang boleh calar. Tambah pula, lensa cermin mata zaman sekarang mempunyai lapisan yang cepat tergores jika di lap dengan tisu. Nak selamat, lap saja guna kain yang disediakan khusus untuk cermin mata anda.
2. Perabot Kayu
Debu dan tisu sama-sama memiliki tekstur kasar. Kalau anda guna tisu buat lap perabot kayu, risiko besar lapisan kayu cepat tercalar. Lebih selamat anda buang habuk dengan cara lap guna kain basah (cairan pembersih kayu) atau paling senang guna saja bulu ayam, khas untuk bersihkan debu.
3. Skrin Televisyen, Komputer & Telefon
Tekstur tisu yang kasar akan calarkan permukaan skrin dengan mudah kalau anda guna tisu untuk sapu habuk. Sebenarnya anda boleh gunakan kain microfiber jika skrin kotor dan tambahkan sedikit alkohol agar lebih bersih.
4. Karpet
Selalu kalau air tumpah atas karpet, laju tangan capai tisu yang ada dalam poket atau atas meja semata nak lap. Tapi adakah anda kesannya karpet anda bertambah kotor dan nampak buruk. Menggunakan tisu untuk membersihkan noda pada karpet. Mestilah tisu yang diguna untuk sapu akan hancur sebab permukaan karpet sangat kasar.
5. Baju Hitam
Kalau pakaian kotor sekali pun jangan cuba lap guna tisu. Jika anda menggunakan tisu untuk membersihkan kotoran yang tertumpah pada pakaian dengan warna gelap, terutama hitam dan biru gelap, serpihan tisu akan tertinggal pada pakaian. Pernah terbasuh baju sekali dengan tisu dalam mesin basuh? Nampak tak kesan pada pakaian, satu baju akan dipenuhi tisu yang hancur. Jadi, cuba elakkan guna tisu untuk lap pada pakaian warna gelap, ya!
Sekarang anda sudah tahu keburukan menggunakan tisu untuk membersihkan beberapa barang tidak boleh dipandang remeh. Selepas ini, jangan fikir nak cepat ya. Kena jaga betul-betul barang yang berharga yang dimiliki, bukan senang nak dapat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...