Manusia berjiwa hebat. (Kredit Foto : Abdel Rahmanov)

“Saya tolong ikhlas, tak harapkan balasan.” Berbekal RM50, Abang Viva datang jauh-jauh dari Melaka ke Shah Alam semata-mata untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Mulia sungguh hatinya, dia bukan siapa-siapa namun besar sungguh pengorbanannya kepada orang lain.

Dia sanggup memohon cuti dan tanpa berfikir panjang meneruskan niatnya untuk membantu orang lain. Allahuakbar.

Ikuti perkongsian Tuan Abdel Rahmanov ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:

Hanya Berbekal RM50

Saya cukup tersentuh membaca kisah Abang Viva yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam. Kisah Abang Viva seperti berikut:

1. Abang Viva ini bernama Azwan Omar yang datang dari Melaka ke Shah Alam dengan menggunakan kereta Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbung keretanya.
2. Dia hanya berbekal duit sebanyak RM50. Dia beli minyak untuk bot sebanyak RM20 dan RM30 lagi untuk makanan seperti roti dan air untuk alas perut.

Artikel Berkaitan:

Lelaki Ini Kongsi Selamatkan Peti Ais, Mesin Basuh Ditenggelami Banjir Dari Terus ROSAK

PENTING! Panduan IBADAH Ketika Bencana Banjir Kena Ambil Tahu

IKLAN

Pengalaman Berdepan Banjir, Siapkan Barang Keperluan Penting Ini Sebagai Persediaan Bencana

Abang Viva Datang Dari Melaka

3. Dia bekerja sebagai operator mesin dan memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

4. Antara mangsa banjir yang diselamatkan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

5. Sejak lima hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dengan makan roti dan air serta tidur dalam botnya. Namun dia terus kental untuk selamatkan mangsa-mangsa banjir.

Saya Tolong Ikhlas

6. Cerita dia tersebar menyebabkan orang ramai menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata, “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral sampai macam ni, orang masuk dalam internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir”

IKLAN

Tak Harapkan Balasan

8. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia hanya orang biasa tanpa pangkat dan gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa. Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

9. Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usaha Abang Viva menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami!

Dr. Abdél Rahmanov
23 Dis 2021

Mingguan Wanita : Semoga Allah melimpahkan rezeki buat Abang Viva. Sungguh dia seorang hero!

Sumber : Tuan Abdel Rahmanov

IKLAN

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita