“Saya Bukan Ibu Yang Sempurna” itulah antara ungkapan pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak iaitu Anzalna Nasir. Akui dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna namun dirinya sanggup korbankan kerjaya demi anak-anak tersayang.
Anzalna yang mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016 telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eidrees, 5 tahun dan Mohamad Emirhan, 2 tahun.
“Saya Bukan Ibu Yang Sempurna”
Tegas pelakon itu lagi dirinya tidak akan sesekali meninggalkan dua puteranya dengan pembantu.
“Saya nak cakap pasal diri saya, saya ni bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak,” ungkapnya.
Memandangkan pada hari ini ibu bapa akan meninggalkan anak-anak kepada pembantu rumah atau penjaga kerana mahu mencari nafkah namun banyak pula kes yang kurang enak berlaku tentang pembantu rumah atau penjaga yang cuai atau tak ambil serius semasa jaga anak jagaan mereka. Malah ada kes yang memukul anak jagaan tanpa alasan, bahkan ada yang lebih tragis sampai menyebabkan kematian.
Ads
Tidak Serahkan Sepenuhnya Pada Pembantu
Sebagai seorang ibu Anzalna lebih memilih untuk menjaga sendiri anaknya daripada menyerahkan sepenuhnya kepada pembantu. Apatah lagi apabila melihat kejadian yang berlaku kepada baby Zeq yang juga anak kepada pempengaruh popular Dr Say Shazril.
“Melihat video ini buat hati saya sangat sedih. Alhamdullillah Allah lindungi baby Zeq. Bab pembantu ini, saya tak boleh sebab banyak sangat kes macam ni,” luahnya.
Tolak Tawaran Kerja Walau Lumayan Demi Anak-Anak
Malah Anzalna juga akui dirinya menolak ganjaran pendapatan lumayan daripada tawaran kerja demi anak-anak.
Ads
“Saya nak cakap pasal diri saya, saya ni bukanlah ibu yang sempurna, tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak. Dari lahir sampai sekarang, tak pernah sekali pun saya tinggalkan mereka sendirian dengan pembantu.
“Walaupun terlepas tawaran kerja beratus ribu pun tak apa, yang penting anak-anak ada di bawah jagaan saya sendiri. Saya batalkan semua jika keluarga saya tidak dapat menjaga anak-anak saya.
“Saya tidak akan tinggalkan anak saya dengan pembantu. Saya tidak percaya pembantu langsung, walaupun mereka baik macam mana,” luah Anzalna.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebak tinggalkan Aafiyah & Afwa tunai umrah. Sempena Ramadan bulan penuh keberkatan Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.
Perjalanan kali ini Siti ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Kali terakhir Siti menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah dan pengasuhnya
Sebak Tinggalkan Aafiyah & Afwa Tunai Umrah
Menerusi perkongsian sebuah video hantaran di laman Instagram miliknya Siti telah memuat naik video pendek bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sebelum berangkat.
Ternyata video tersebut mengundang sebak. Malah kelihatan Siti begitu berat untuk melangkah pergi meninggalkan dua cahaya mata kesayangannya itu.
“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.
“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat,” coret Siti ringkas pada ruangan kapsyen.
“Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku”
Malah Siti juga turut berkongsi beberapa gambar sejurus tiba di tanah suci Mekah.
“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku.
“Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” ungkap Siti.
Pelakon cantik Emma Maembong yang kini sedang sarat mengandung anak sulung mengakui dia berasa bertuah kerana diberi rezeki hamil awal.
Bersama suami tercinta.
Seperti mana yang dikongsi menerusi entri akaun Instagramnya semalam sambil memuat naik rakaman video sewaktu mendukung anak buahnya yang masih bayi ketika majlis persandingannya. Dia mendedahkan dirinya sudah hamil sejak tiga minggu selepas majlis pernikahannya.
Emma yang bernikah dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu, telah mengumumkan berita kehamilannya pada Julai lalu yang ketika itu sudah berusia empat bulan. Emma juga begitu gembira dengan rezeki yang diberikan oleh Allah dan dia juga tidak sangka diberikan rezeki anak awal.
“I have always wanted a family of my own. Everytime i hold a newborn baby of my sister or brother mesti akan ada butterflies in my stomach.
“Masa ni after 3weeks of my nikah i didn’t expect yg i dah pregnant and baru start rasa nausea n pening. all i really want to say is.
“Alhamdullilah. We plan, and Allah plans..indeed Allah is the best of planner.” luah Emma Maembong.
Ternyata wajah bakal ibu yang sedang sarat mengandung ini juga begitu berseri-seri.
Kami di Mingguan Wanita juga mendoakan agar urusan Emma Maembong melahirkan bayi sulung dipermudahkan serta sentiasa bahagia di samping keluarga.
Sampainya hati seorang ibu apabila tergamak melacurkan dua orang anak kandungnya sendiri yang masih bawah umur pada warga asing dengan nilai serendah RM50!
Memetik laporan akhbar Sinar Harian, kejadian yang dilaporkan berlaku di Johor Bahru ini,seorang ibu tunggal dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi selepas mengaku bersalah melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing, Oktober lalu.
Hakim Kamarudin Kamsun mengarahkan tertuduh yang berusia 39 tahun itu menjalani hukuman penjara 15 tahun untuk 10 pertuduhan yang mana setiap dua daripadanya berjalan serentak.
Lacur Anak Umur 13 & 10 Tahun
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan menganiaya dari segi seks dengan melacurkan dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 13 dan 10 tahun di sebuah hotel bajet di Larkin di antara 1 hingga 7 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000; penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, sebagai tambahan kepada hukuman boleh dihuk penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum dengan sebat.
Saksi Perbuatan Keji
Untuk rekod, tertuduh difahamkan tergamak melacurkan dua anaknya itu hanya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing malah sanggup menyaksikan perbuatan keji itu dibuat.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin manakala tertuduh tidak diwakili sebarang peguam.
Sungguh masyarakat kita semakin tenat, dimana hilangnya perasaan kasih sayang dan fitrah sifat keibuan melindungi anak-anak yang sepatutnya ada dalam diri?
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.