Satu dalam sejuta dan besarnya kekuasaan Allah. Dia terpilih untuk mempunyai keunikan ini dan kalau dilihat mata kasar, dirinya sama seperti wanita-wanita lain.

Hakikatnya, ada kelainan dan keunikan pada dirinya. Satu dalam sejuta. Inilah yang diberikan oleh doktor apabila merawat dirinya.

Secara zahirnya, Nur Hasmidah Hamzah, 32 tahun, tiada beza dengan wanita lain namun di sebalik itu, suri rumah ini ada keunikan tersendiri kerana dilahirkan dengan dua rahim, dua pangkal rahim dan dua vagina.

Lebih unik, ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lapan bulan itu juga hanya memiliki satu buah pinggang.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Lesung Pipit’, Kecacatan Yang Cantik & Unik Tapi Jangan Cipta, HARAM Hukumnya

Salah Ke Lahir Bulan Disember? Ibu Terasa Anak Dikaitkan Lambat Matang

Satu Dalam Sejuta, Unik tapi Tak Berbahaya

Kisah Nur Hasmidah mendapat perhatian di TikTok apabila dia berkongsi mengenai keunikan ‘bicornuate bicollis uterus’ itu di akaun media sosialnya.

Berkongsi kisahnya, Nur Hasmidah berkata, dia mengambil pendekatan terbuka untuk berkongsi kisahnya di TikTok selepas mendapat keizinan suami untuk memberi kesedaran ramai mengenai kesihatan wanita berdasarkan pengalamannya.

Menurutnya, keunikan itu hanya diketahui ketika dia berusia 26 tahun dan masih bujang.

IKLAN

Katanya, ketika itu, selepas terbabit dengan aktiviti mendaki gunung, dia mengalami senggugut serta datang bulan berterusan selama tiga bulan.

Menurutnya, sebagai seorang wanita dan ibu, dia mahu ibu bapa lebih cakna mengenai anak kerana sebelum ini, dia terlalu mengambil mudah selain kurang kesedaran untuk melakukan pemeriksaan.

“Ketika berusia 14 tahun, saya pernah tumpah darah di asrama sekolah tetapi tidak memaklumkannya kepada guru, ibu atau ahli keluarga lain kerana tiada keyakinan selain takut dimarahi serta takut berjumpa doktor.

Malah, dalam videonya, dia mula dapat tahu dirinya mempunyai dua rahim sebelum berkahwin.

Ini kerana dia mengalami period yang panjang dan berlebihan iaitu selama 3 bulan tanpa henti. Sebelum ini pun, memang period datang dua kali sebulan. Bila bertanyakan kawan-kawan, mereka mengatakan itu perkara biasa. Jadi, dia langsung tidak sangka apa-apa yang abnormal pada rahimnya,

“Doktor maklumkan yang keadaan rahim saya unik. Nisbah satu dalam sejuta dan tidak ramai yang mempunyai dua rahim tetapi ada (kes seperti itu),” katanya.

Bercerita lanjut, Nur Hasmidah berkata, ujian Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) enam tahun lalu mengesahkan dia memiliki dua pangkal rahim, dua vagina serta satu buah pinggang.

IKLAN

“Doktor terangkan mengenai keunikan dua rahim, bentuknya dan segala kemungkinan dimiliki kebanyakan pemilik dua rahim iaitu ada dua saluran peranakan dan dua vagina.

“Saya kemudiannya perlu menjalani MRI tetapi saya tak pergi dan hanya buat ujian itu selepas berkahwin dan bersalin anak perempuan sebelum diberitahu mengenai keunikan lain,” katanya.

Diberi Anugerah Terindah, Disahkan Hamil

Menurut Nur Hasmidah, seperti dimaklumkan doktor, memiliki dua rahim tidak berbahaya tetapi unik.

Namun, wanita berkaitan juga sukar hamil dan jika hamil, mereka berisiko tinggi untuk keguguran dan kelahiran bayi pra matang memandangkan ruang rahim sempit akibat rahim abnormal.

Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana dalam situasi itu, Allah SWT memberinya anugerah terindah apabila disahkan hamil selepas sebulan berkahwin ketika berusia 29 tahun.

“Ketika hamil, memang kena jaga kandungan dengan baik dan selepas saya disahkan memiliki satu buah pinggang, doktor menyarankan saya lebih menjaga pemakanan.

IKLAN

“Saya juga bersyukur kerana suami menerima saya dan selalu memberi sokongan dan semangat. Keluarga juga turut memberi sokongan kepada saya,” katanya.

“Alhamdulillah, ramai wanita berterima kasih kerana saya sudi berkongsi cerita mengenai dua rahim dan mengakui ia ilmu baru kerana situasi itu jarang berlaku.

Mingguan Wanita : Kekuasaan Allah, hanya Dia sebaik-baik perancangan.

Sumber: Harian Metro & Idaahamzah (tiktok)

@idaaahamzah Pertama kali tahu punyai rahim rare #uterusdidelphys #abnormal #berbeza ♬ original sound – A R I S S A 💛 – ✿ اريسسا شام

@idaaahamzah Baby ajaib ibu. Lahir dari rahim ibu yg special. Dan secara normal. Syukur selalu #uterusdidelphys #abnormal #berbeza ♬ original sound – motivasi_fiqsam – Fiq Sam || The MoFS

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI