Wow, hebatnya. Kadang-kadang, kita terfikir bagaimana mereka bermula, susah payah dan kehidupan dan kini telah berjaya, paling membanggakan digelar lelaki melayu terkaya. Sungguh memberi inspirasi pada kita semua.
Siapa yang tak kenal jutawan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik yang juga Pengarah Urusan Weststar. Namanya mula menjadi sebutan apabila syarikatnya muncul sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan perolehan kontrak bernilai berpuluh bilion ringgit.
Bagaimana ia bermula dan sekarang bergelar lelaki melayu terkaya Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu perjalanan hidupnya yang dulu hanyalah seorang tentera. Ambil keputusan untuk berhenti dan teruskan kehidupan dengan cuba menjual kereta terpakai.
Lelaki Melayu Terkaya, Sanggup Letak Jawatan Pangkat Mejar
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim pernah berkidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga mendapat pangkat Mejar.
Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.
Masa itu beliau tidak memiliki AP (Approbed Permit). Jadi, tidak boleh sesuka hati untuk import kereta luar dari Malaysia.
Namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan.
Ads
Sejak dari itu, bisnesnya semakin maju & terkenal. Tetapi, apabila kerajaan mengumumkan dasar baru, Approved permit tersebut tidak dapat digunakan dan hanya Franchise Permit (FP) sahaja yang dibenarkan.
Bukan senang nak dapatkan FP ni. Hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat menjadi pengedar. Akhirnya beliau dipilih utk menjadi salah seorang pengedar sah untuk Honda, Suzuki & Chevrolet.
Beli Helikopter Untuk Kegunaan Sendiri
Syed Azman pernah berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak dihabiskan di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.
Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.Sejak itulah beliau dapat tahu bahawa ramai rupanya yang mahu sewa helikopter.
Ads
.
Selepas 5 tahun, beliau mendapat kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.
Hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.
Beberapa perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat itu termasuk industri pertahanan, hartanah dan pembinaan, insurans, makanan dan minuman, dan ICT. Ia belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan sebagainya.
.
Ads
Disebabkan usaha itu, beliau menjadi salah seorang yang terkaya di Malaysia. Tapi berapa jumlah aset yang beliau ada?
.
Mingguan Wanita : Hebatnya aturan Allah untuk beliau. Moga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki. Pokok pangkal, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Paling penting, bila kaya tak perlu nak menunjuk-nunjuk dan membantulah orang yang memerlukan.
Di Semenanjung, pokok tuhau dipanggil tepus. Istilah umumnya tepus gajah, tepung kesing dan sebagainya. Tapi dari banyak-banyak jenis tu, tuhau saja yang boleh dimakan sama ada direbus, jadikan jeruk atau pes.
Masakan dari pokok tuhau ini popular di Sabah. Memang mudah di dapati di sana. Harganya juga jauh lebih murah. Nama saintifik pokok tuhau ini Etlingera coccinea dalam keluarga Zingiberaceae.
Kalau tiba musim perayaan bekalan tuhau ini pasti akan berkurangan. Tuan Jusery Jausinberkongsi resipi dan panduan penyediaan pes tuhau ini. Uniknya pes tuhau ini boleh dicampur dalam pelbagai jenis masakan. Dan ia akan membangkitkan aroma masakan jadi lebih menyelerakan.
Bahan-bahan
15 batang umbut tuhau
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu serbuk rempah 4 sekawan ((bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Membuat
Cuci bersih umbut tuhau dan potong ½ inci untuk mudah hancurkan selepas dikisar. Ketepikan.
Kupas bawang merah dan bawang putih. Belah dua.
Serai, halia dan lengkuas potong kecil-kecil.
Masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar kecuali garam hingga hancur. Tambah air sedikit untuk mudah hancur.
Panaskan kuali dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan pestuhau tadi ke dalam periuk dan masak sampai naik minyak. Tambah garam dan sentiasa digaul agar tak melekit.
Sejukkan dan masukkan ke dalam kontena bertutup/ bekas bertutup.
Panduan Selepas Di Simpan Dalam Bekas Bertutup
Simpan dalam peti sejuk. Ia akan bertahan sehingga 8 bulan.
Pes tuhau sesuai digunakan untuk campuran pelbagai jenis masakan:
Masak rendang ayam tuhau/daging rendang tuhau – guna bahan-bahan rendang yang biasa dan campurkan 3 sudu besar pes tuhau. Masak seperti biasa.
Nasi tuhau – masak bawag merah, bawang putih, halia, 2 biji tomato dan lobak merah dan campurkan 2 sudu besar pes tuhau. Goreng hingga garing dan masukkan dalam nasi yang ditanak.
Sayur tumis kacang panjang – tambah 1 sudu pes tuhau bersama bahan-bahan seperti bawang dan lain-lain.
Makaroni goreng – tambah 2 sudu besar pes tuhau ke dalam bahan-bahan tumis sebelum makaroni dicampurkna ke dalam pes.
“Saya cadangkan buat hidangan nasi tuhau berempah dan ayam rendang tuhau atau daging rendang tuhau.”
Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi’Pogi Kimchi Homemade’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu tradisi orang Korea menarik juga. Rasa masam pedas dan rangup! Menurut perkongsian resipi oleh Red Luna, Kimchi ini mampu tahan lama sehingga 2 bulan,malah makin lama diperam makin sedap rasanya.
Berikut antara perkongsian resipi kimchi tersebut;
Bahan-Bahan Utama :
3 biji Kobis Cina/ Panjang (anggaran berat 1.5kg setiap 1)
3 batang Lobak Putih
3 batang Lobak Merah
1 ikat Daun Bawang (Potong dalam anggaran 1 inci)
1 ikat Daun Kucai (optional) (Saya tak letak sebab takde kat pasaraya time tu)
3 cawan serbuk cili
Bahan (Kisar):
3 labu Bawang putih
1 sudu Besar Halia
3 biji Lada Merah Besar (untuk tambahkan warna merah pada Kimchi)
1/4 cawan Gula
Cara Membuat:
1.Potong Kobis kepada 4 bahagian.
2.Cuci bersih-bersih di setiap helaian Kobis kemudian toskan airnya.
3.Letak garam kasar di setiap helaian Kobis.
4.Setelah semua di sapu garam biarkan selama 4 jam atau sehingga Kobis tersebut dah tak boleh dipatahkan lagi. Terbalikkan Kobis setiap 1 jam nak bagi garam sekata.
5.Kobis selepas 4 jam dibiarkan bersama garam kasar.Selepas 4 jam cuci lagi sekali untuk hilangkan rasa garam. Cuci di setiap helaian daun bersih-bersih dan perah-perah sikit Kobis tu bagi air garam keluar. Kalau tak nanti makan Kimchi rasa masin garam lebih. Kemudian toskan airnya.
6.Lobak merah dan putih tadi di potong panjang-panjang. Cara saya memang suka macam ni. Ada yang buat lagi halus dan nipis. Terpulang kat korang.
7.Satukan semua bahan dalam 1 bekas besar.Sebelum tu Kobis tu potong dulu yer. Jangan masukkan seketul. Potong anggaran panjang 2 inci atau terpulang pada korang.Masukkan sekali Daun Bawang yang sudah dipotong dan juga bahan yang di blend tadi.Masukkan 3 cawan serbuk cili (saya guna brand Faiza) Kalau tak suka pedas kurangkan sukatan serbuk cili.Kemudian gaul semua sekali bagi sekata.
8.Masukkan dalam bekas dan tekan2 bagi mampat. Peramkan selama 1 malam suhu bilik.Selepas 1 malam boleh masuk ke dalam peti sejuk bahagian chiller. Tahan sehingga 2 bulan.
**Makin lama Kimchi diperam makin sedap. (tapi make sure simpan dalam peti sejuk tau)
Siap untuk di makan dengan nasi putih atau dimakan begitu saja.
Kawan tak makan sebab saya miskinkan gikgu, guru kongsi pelajar bawa biskut kering jamuan sekolah
Alam persekolahan adalah kenangan sangat indah bagi setiap kita. Di sinilah kita belajar mengenal kawan, belajar tentang kehidupan bahkan dari sekolahlah karektor dan jati diri kita akan terbentuk.
Namun nasib setiap dari kita tidak sama. Ada lahir dari keluarga miskin, keluarga sederhana dan ada yang datang dari keluarga diberi kesenangan. Namun di sekolah, kita akan “bergaul” dan membesar bersama-sama.
Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan dan pastinya setiap kelas terutama pelajar sekolah rendah akan mengadakan jamuan di mana setiap pelajar akan membawa makanan masing-masing dari rumah.
Kawan Tak Makan Sebab Saya Miskinkan Cikgu
Satu perkongsian dari seorang cikgu, Mr Ali di tik toknya pasti membuatkan kita sebak. Ya, sebak kerana nasib seseorang itu tidak sama. Nasib kerana disisihkan rakan-rakan kerana kita miskin. Hanya mampu membawa jamuan biskut ke sekolah sedangkan pelajar lain membawa makanan yang lebih enak.
Tapi satu yang sama-sama dapat kita pelajari, guru memainkan peranan sangat penting untuk mendidik anak kecil agar menghargai apa saja dibawa rakan pelajar ke sekolah ketika jamuan akhir tahun. Ya, sama-sama menikmati rezeki tanpa membezakan kita kaya atau miskin.
Dan ibu bapa juga harus berperanan menasihati anak-anak untuk mensyukuri setiap rezeki yang ada. Dan menghargai rakan belajar agar tiada yang rasa di sisihkan seperti dikongsi oleh guru ini.
Guru Kongsi Pelajar Bawa Biskut Kering Jamuan Sekolah
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...