Sambal Goreng Tempoyak Udang, RINGKAS Tapi  Sedapnya Sangat LUAR BIASA!

Sambal tempoyak udang sangat mudah dimasak. Bahan yang digunakan pun tak banya dan ringkas saja. Sesiapa saja boleh memasaknya termasuk anak dara yang masih belasan tahun. Yang penting, ramuan utamanya wajib ada; TEMPOYAK!

Masak Sambal Atau Makan Mentah

Biasanya, kalau suka durian mesti akan suka tempoyak. Namun ada juga yang tak suka kerana tempoyak iaitu isi durian yang diperam lebih menyengat baunya.

Selain dimakan mentah sebagai pencecah atau dimakan bersama budu, tempoyak memang boleh dimasak menjadi pelbagai hidangan yang cukup enak. Bak kata orang, bau tempoyak pun dah boleh buat kecur liur. Belum makan lagi. Aromanya yang unik mampu membangkitkan selera hingga ramai yang menggemarinya.

Sekarang musim durian sedang melanda negara. Ada yang ambil peluang untuk membeli durian khas untuk dibuat tempoyak yang boleh disimpan lama. Setahun pun sedap lagi kalau betul cara penyediaannya.

Sambal Sedap Pedas Berdegung!

Selain masak lemak tempoyak, ia juga sedap dibuat sambal goreng tempoyak.  Boleh gunakan bilis, udang atau pun sotong. Terpulang pada selera anda sendiri.

Kali ini dikongsikan resipi Sambal Goreng Tempoyak Udang. Selamat mencuba!

Sambal Goreng Tempoyak Udang

Sambal Goreng Tempoyak Udang, RINGKAS Tapi Sedapnya Sangat LUAR BIASA!

IKLAN

Bahan-bahan

300-350 gram tempoyak

1kg udang putih laut – udang ini manis rasanya

20-30 biji cili padi merah (nak pedas boleh tambah, nak kurang pedas, kurangkan cili padi dan tambah lebih cili merah besar)

5 batang cili besar merah

IKLAN

1 helai daun kunyit – racik

1 keping asam gelugur

Sedikit serbuk kunyit

IKLAN

Garam dan gula

Minyak masak

Cara Memasak:

  1. Bersihkan udang, buang kulit. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang. Jangan sampai garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  3. Kisar cili padi dan cili besar, tuang ke dalam satu mangkuk. Kemudian masukkan tempoyak. Gaul sebati. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
  4. Panaskan minyak (boleh guna minyak gorengan udang tadi), tumis campuran tempoyak dan cili tadi. Masukkan hirisan daun kunyit dan asam gelugur. Kacau hingga terbit minyak.
  5. Masukkan pula udang yang sudah digoreng tadi. Sentiasa dikacau agar tidak melekat bahagian bawahnya.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas.
  7. Anda boleh juga gunakan ikan bilis jika suka. Terpulang pada diri masing-masing. Selamat mencuba!

https://www.mingguanwanita.my/inti-popia-guna-pisang-nak-lebih-sedap-boleh-letak-pelbagai-topping/

https://www.facebook.com/mingguanwanita/

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI