Kuih Lipat ini merupakan antara kuih tradisi Terengganu. Rasanya agak mirip karipap. Tak susah sebenarnya hendak membuat kuih ini. Ikuti saja langkah demi langkah yang dikongsikan oleh wanita kelahiran Terengganu ini,.
Mudahkan? Jom buat sendiri Kuih Lipat. Tak perlu ke Terengganu lagi untuk menikmatinya. Selamat mencuba!
Kuih Lipat Terengganu
Bahan inti:
150gram daging – potong kecil dan rebus
6 biji kentang – potong dadu
6-7 ulas bawang putih – hiris (2 biji blender)
5 biji bawang merah – hiris ( 3 bii blender)
3-4 labu bawang besar – potong dadu ( 1 biji blender)
Sedikit rempah gulai daging @ ayam
Sedikit rempah cap bunga Ros – jika ada
Sedikit daun sup – racik
Cili padi – pilihan
Garam dan gula
Minyak masak
Bahan Kulit:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 biji telur
Secubit garam
Sedikit air
Ads
Cara Membuat Kuih Lipat:
Satukan 2-3 sudu rempah kari daging bersama rempah cap Ros dan bawang kisar. Kacau sebati. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan tadi hingga pecah minyak. Biar seketika.
Bila dah pecah minyak, masukkan bawang-bawang yang dihiris dan dipotong dadu tadi. Kacau perlahan hingga masak. Masukkan pula daging yang telah direbus diikuti air rebusan daging. Biar mendidih.
Ads
Apabila nampak dah agak kering, masukkan ubi kentang. Gaul sebati, tambah sedikit air dan masak hingga kentang empuk. Kalau nak sedikit pedas, boleh masukkan cili padi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jangan masak terlalu lama takut hancur. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Tabur daun sup di atasnya dan kacau. Ketepikan.
Untuk membuat kulitnya; gaulkan gandum dan air, kacau rata. Masukkan tepung yang digaul tadi ke dalam pengisar, masukkan telur dan garam dan kisar untuk dapatkan kulit lagi cantik dan licin.
Panaskan kuali. Jika tak menggunakan ‘non stick pan’, boleh letak sedikit minyak supaya tak melekat. Sendukkan sedikit adunan tadi dan letak di tengah kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.
Ads
Angkat apabila gelembung udara muncul di tengah dan di kelilingnya agak terangkat. Ulangi proses hingga selesai. Setelah itu, letakkan sedikit inti di bahagian tengah kulit dan gulung seperti popia.
Panaskan minyak dengan kuantiti yang banyak dan bolehlah goreng. Angkat dan tos. Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk dan keluarkan bila hendak goreng. Jangan lupa Alaskan dengan plastik tiap lapisan kuih agar tak melekat.
Untuk membeli bahan-bahan dan kelengkapan memasak, boleh klik sini
Musim durian dah tiba, banyak durian dijual dengan harga yang cukup murah .Jika dah jemu makan buah durian begitu sahaja, mak-mak sebenarnya boleh olah jadikan kuih pula. Selalu buah durian dibuat bubur,tempoyak, serawa, pengat dan sebagainya, tapi kali ni mak-mak boleh cuba buat resipi Kuih Seri Muka Durian sedap yang dikongsikan oleh Puan Mariani Said ini.
“Pagi-pagi dah berseri muka.Malam tadi buat,pagi ni potong-potong je. Alhamdullilah cantik kejadian nya.Musim yang ditunggu-tunggu..jemu makan buahnya kita olah menjadi kuih.”
Bahan-Bahan:
2 cawan pulut (basuh,rendam selama 2 jam)
2 cawan santan cair
Sedikit garam
Lapisan Atas
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
Garam sedikit
Perwarna kuning sedikit
Cara Membuat:
1.Tapis pulut dan kukus bersama santan cair yang diisi garam sedikit.
2.Kukuskan selama 20 minit.
3.Blend semua bahan, masukkan ke dalam periuk dan masak diatas api kecil.
3.Kacau, agak-agak panas periuk.
4.Angkat dan curahkan ke atas pulut tadi.
4.Kukus selama 40 minit.Siap!Sejuk kan baru la dipotong-potong.
Info Ekstra!
Alaskan loyang dengan plastik atau oleskan dengan sedikit minyak supaya pulut tidak melekat.
Selamat mencuba!
Cukup mudah! mak-mak boleh buat sendiri di rumah kuih seri muka durian ini untuk kelaianan.Memang puas hati buat kuih seri muka durian ini sendiri, sebab kalau dibeli boleh tahan jugak harganya.Baunya yang semerbak dan rasa lemak manis durian, amat sesuai juga dibuat untuk hidangan minum petang buat keluarga.
Masih dalam mood raya lagi kan. Mungkin stok-stok kuih raya dah tinggal sikit, nak kena top up. Walaupun, tak adalah beraya sangat cuma anak beranak sahaja, raya tetap di sambut. Kuih muih raya mesti ada gak atas meja. Biskut moden, kuih tradisional pun mesti nak kena ada kan.
Ingat tak masa dulu-dulu, orang suka buat kek oren. Kiranya memang tradisi bila time raya kek oren mesti kena ada atas meja untuk di jamu pada tetamu.
Nieza Nor Hamnira turut berkongsi resipi kek oren dulu. Katanya,senang sangat nak buat, rasa pun sedap dan tak muak. Mak-mak boleh cuba buat kat rumah ye.
RESiPI KEK OREN SEMPOI SEDAP
Bahan:
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang 🙂
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia raya bersama keluarga di suatu masa.
MW: Walaupun tak dapat pulang raya, kek oren nie pun dah menggamit kenangan. Jangan meleleh air mata pulak bila makan nanti.
Resipi: Nieza Nor Hamnira
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Senang bila mak-mak boleh buat sendiri cucur ayam crispy ini untuk keluarga. Bahan utamanya pun cuma guna 5 bahan saja. Bak kata pemilik resepi ini, Cik Dayang Zuhaila, bila dah makan tak cukup sepinggan.
Resipi ayam crispy yang dikongsikan ini juga boleh dijadikan cucur frozen. Haa.. bolehlah simpan di tempat peti beku. Tahan lebih lama, bila nak jadikan sarapan anak-anak boleh keluarkan dan goreng.
Kongsinya, “Alhamdulillah. Semalam pakat ramai nak resepi ni kan. Malam ni hampa boleh try buat tau. Tak cukup sepinggan aih lagu ni. Malam ni kan santai-santai lagu ni pekena cucoq ayam ranggup kat luaq juicy kat dalam. Fuhhhhh ketaq pala aih.
Cucoq ayam Crispy ni hanya guna 5 bahan saja utama. Senang cepat mudah sedap lazat menjilat uii.
Resepi ni cikdyg bagi step by step kat gambaq nah. Kalau rajin buleh terus buat. Kalau tak bopa nak rajin hampa share dulu nanti-nanti pon buleh buat.
Resepi Cucur Ayam Crispy
BAHAN-BAHAN :
1 ketoi isi dada ayam
1 senduk nasi
1/2 batang carrot (lobak merah)
2 tangkai daun sup
1 biji bawang merah
Cara Membuat
Kisar isi ayam dan juga nasi sehingga lumat.
Kemudian masukkan carrot, daun sup dan juga bawang. Gaul rata sehingga sebati.
Seterusnya masukkan 2-3 sudu besar tepung gandum, lada sulah dan perasakan dengam garam, gula mengikut citarasa masing-masing.
Jemputkan mengikut saiz kesukaan. Guna camca buleh tangan buleh. Kaki ja yang tak buleh.
Kalau nak buat Frozen. Goreng api slow saja. Bukan half cook. Betpi betpi cook. Cuma jangan caring. Simpan freezer. Nanti nak makan goreng semua bagi garing atau boleh guna air fryer saja.
Setahun suami keluar khuruj, isteri kongsi rasa seperti bercinta semula tapi versi halal. Bila kita meletakkan keyakinan tinggi kepada Allah, kita akan sentiasa yakini...