Sambal bilis rangup dan pedas memang sedap dinikmati dengan nasi putih atau bubur, serta telur dadar. Namun walaupun resipi ni simple je dan bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak, sambal bilis mudah lemau dan tak rangup. Rupanya tip untuk pastikan sambal bilis kekal rangup sampai seminggu, jangan guna bawang merah!
Boleh cuba cara dan resipi yang dikongsikan oleh Nurulnabila Zaidi ini sebagai rujukan.
Resepi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-Bahan:
Ikan Bilis
Bawang Putih
Cili api merah+hijau
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Cara Membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Kalau rajin tumbuk lumatlah kalau tak rajin kasar.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak.
5. Masukkan garam + aji + asam keping.
6. Dah masak masuk ikan bilis dan siap.
Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Rupanya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan ‘Superglue’ yang melekat pada kulit iaitu dengan menggunakan garam. Bukan apa bila, Superglue ni adalah pelekat yang sangat kuat, bila ia melekat pada kulit memang payah nak dihilangkan.Malah buat kulit kita jadi kasar dan sangatlah tak selesa. Jika dah pernah cuba macam-macam cara, boleh cuba gosok dengan garam pula. Ia memang terbukti berkesan secara saintifik.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya. Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan. Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Mingguan Wanita: Baru tahu rupanya, nak tanggalkan Superglue yang melekat padak kulit, hanya perlu gosok dengan garam. Boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini nanti.
Ada macam-macam sos yang boleh mak-mak cuba untuk penambah selera hidangan. Salah satunya sos mayo yang sangat mudah dan boleh dicicah dengan apa jua jenis hidangan terutamanya Vietnam Roll.
Mungkin ada antara mak-mak suka sediakan sos mayo untuk anak-anak. Inilah mayonis yang anak-anak suka. Tambah-tambah kalu diletakkan dalam sandiwich.
Kalau mak-mak nak buat stok untuk sos mayo pun boleh juga. Dengan hanya kisarkan beberapa bahan, terus siap untuk dicicah dengan Vietnam Roll.
Ini antara resipi mudah sos mayo yang dikongsikan oleh Siti Masyitah Mortaza. Nak lagi sedap dan rasa masam-masam, perah jus lemon. Memang menyengatlah!
Saya nak kongsi resipi sos vietnam roll. Makan dengan Vietnam roll pun okey atau makan ala-ala sandwich pun boleh. Memang layannn.
Caranya:
1. Mayo separuh blender
2. Daun ketumbar kalau besar (1 pokok) kalau kecil (2 pokok)
3. 10 tangkai cili api merah – Boleh kurangkan kalau tak nak pedas.
4. 7 ulas bawang putih
5. Secubit garam
6. Secubit secukup rasa
7. 2 cubit gula – kalau nak manis boleh tambah, ikut selera masing-masing.
8. 1 ½ sudu nampla
9. Perahan lemon/limau nipis.
10. Kisar semuanya.
11. Siap.
Mingguan Wanita : Mudah sangat nak buatnya. Selamat mencuba!
Ini senarai lengkap kontak Kedutaan Besar Malaysia di negara Timur Tengah untuk rujukan rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di sana. Simpan untuk...