“Saling percaya satu sama lain, berterus terang, toleransi” Ayu Damit kongsi rahsia rumah tangga harmoni. Setiap pasangan suami isteri pastinya mahu mengekalkan rumah tangga yang bahagia.
Malah setiap pasangan juga akan memastikan perjalanan rumah tangga dalam keadaan harmoni, saling mempercayai serta berusaha mengukuhkan kasih sayang seperti pada awal perkenalan dan percintaan.
“Saling Percaya Satu Sama Lain”
Sejak akhir-akhir ini heboh dengan isu rumah tangga beberapa selebriti yang dilanda badai.
Sewaktu bersua wajah dengan penyanyi dan usahawan cili berjaya, Ayu Damit, Mingguan Wanita sempat bertanyakan rahsia keharmoniaan rumahtangganya.
Ibu kepada tiga orang anak, Syed Nasrul Haikal, Sharifah Alya Aryana, dan Syed Aqif Najmi begitu bertuah dek kerana dirinya dan suami Syed Fauzi sentiasa bertoleransi.
“Tip kebahagiaaan rumah tangga? (sambil ketawa) Ayu bersyukur kerana kami hidup bahagia.
“Sebenarnya masing-masing ada kerjaya sendiri, toleransi dan bekerjasama. Paling utama dalam hubungan saling percaya.
“Ayu dan suami masing-maing ada fokus sendiri. Sekarang ni anak-anak pun dah semakin besar jadi senang sikit untuk kami jalani aktiviti masing-masing,” kongsi Ayu.
Ditanya pernahkah berhadapan dengan kes ‘sondol’, secara spontan Ayu tergelak.
“Setakat ni tak ada. Ke mana-mana biasanya kami akan berjalan bersama, keluar pun bersama-sama. Pada Ayu dalam hubungan suami isteri ni kena saling percaya. Kita percaya dia dan dia pun percaya pada kita,” kongsi Ayu.
Ads
Tolak Dakwaan Sudah Jadi Jutawan Cili
Ayu yang ditemubual pada majlis sidang media Fieasta Citarasa Sambal dirinya sudah enam tahun terlibat dalam mengusahakan ladang cili hingga. Namun menolak dakwaan sudah mencapai status jutawan pertanian seperti didakwa sesetengah pihak.
“Apabila orang cakap saya sudah jutawan kerana bisnes cili ini, saya cuma dapat aminkan saja doa mereka kerana sumber pertanian berdepan pelbagai risiko termasuk penyakit dan faktor cuaca.
“Alhamdulilah, selepas berdepan projek penanaman kelapa dan nenas yang tidak menjadi hingga modal berjumlah puluhan ribu ringgit hangus, ladang cili yang saya bersama suami usahakan menjadi .
“Hakikatnya banyak keringat dan air mata tumpah sepanjang tempoh enam tahun ini, malah saya masih perlu giat mencari undangan pentas sebagai sandaran untuk disalurkan ke ladang ini andai diperlukan.
“Syukur semangat suami yang membuatkan kami tiba di peringkat sekarang, cuma untuk mengatakan pulangan sudah mencecah jutaan ringgit belum lagi ke tahap itu,” katanya yang bakal membawa masuk cili Sabah pada acara tiga hari di KL Gateway Mall, Bangsar South, bermula 10 Mac depan.
Ads
Selain cili Ayu dan suami turut mengusahakan beberapa tanaman lain termasuklah terung, timun dan tembikai. Ayu juga turut menunggu hasil durian di ladang seluas empat ekar yang diusahakan mereka di Hulu Langat.
Menyentuh tentang karier Ayu baru saja muncul dengan single terbaru berjudul Kejam.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan. Golongan ibu semestinya paling sedih dan penuh beremosi apabila mengetahui anak kesayangan ditimpa malang.
Begitulah perasaan pelakon Ummi Nazeera apabila mengetahui anak sulungnya patah tangan. Emosi seorang ibu tidak boleh dibendung nasib baiklah ada seorang suami disisi yang begitu tenang.
Ummi Sedih Anak Sulung Patah Tangan
Anak sulung Ummi, Ayra Aneesah Mohd. Izzar Anwari telah selamat menjalani pembedahan. Begitulah seperti mana yang dikongsi oleh ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah. Ayra’s operation went well. I dont know what i would do without you. @izzar Thank you for being so calm. That makes me calm.
“Bila anak sakit, sangat penting ada suami atau ayahnya di sisi. Kadang kadang ibu emosi, sedih sangat tgk anak sakit,” luah Ummi.
Semoga Izzar Jadi Suami Yang Baik
Ummi juga turut mendoakan suaminya Izzar terus menjadi ayah yang baik buat anak-anak mereka.
“Semoga Izzar dan semua ayah di luar sana terus menjadi ayah yg baik dan hadir dalam hidup anak anak kita.
“Kita doakan ya,” luah Ummi
Ummi juga turut memberitahu keadaan Ayra semakin baik namun perlukan penjagaan rapi dalam tempoh enam minggu.
“To those asking, Ayra is feeling better but she has to be careful for the next 4-6 weeks to ensure her elbow is fully healed. No school.
“Thanks also to doc Suresh and everyone at Sunway Medical centre for taking good care of Ayra. ❤️
“Boleh suggest pada saya aktiviti apa yg boleh saya buat untuk anak saya umur 4 1/2 tahun yg patah tangan?
“Doakan Ayra pls.. Thank you,” kongsi Ummi.
“Semoga Allah SWT permudahkan Segala urusan Ayra” Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Ayra segera sembuh.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lafaz taklik cerai isteri talak 3 tak boleh ditarik balik, jangan libatkan maruah isteri nasihat Menteri Agama. Lafaz taklik seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos yang pernah tular sebelum ini oleh seorang individu, Mansor Ali yang kemudian mendakwa akaun facebooknya di hack tidak boleh ditarik balik.
Lafaz Taklik Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.
Katanya, di bawah peruntukan undang-undang jelas menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.
“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.
“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.
Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos.
Isu itu tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada sama ada talak jatuh atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.
Jangan Libatkan Maruah Isteri Nasihat Menteri Agama
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab kerana isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran kepada sesuatu taklik.
“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” tambahnya.
Sehubungan itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.
“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.
“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” ujarnya.
Ramai yang beranggapan amalan mandi bunga hanyalah untuk bertemu jodoh atau membuang ‘malang’ di dalam diri. Sebenarnya, banyak lagi fungsi dan kebaikan mandi bunga yang perlu kita tahu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Zaman sekarang kalau kenal jiran rumah sebelah-sebelah pun kira bertuah. Tapi kalau nak cerita pasal masalah jiran memang tak akan pernah habis. Dalam banyak-banyak hal, anda pernah tak terkena jiran macam ni…
1. Kaki ‘kepochi’
Tak salah sibuk atau bertindak sebagai ‘jaga tepi kain orang’ bila hidup zaman sekarang sebab macam-macam kes jenayah boleh berlaku. Tapi janganlah sampai sibuk nak komen lebih-lebih bab susun atur dalam rumah. Pasal orang beli barang baru… Aduhai, bengkak hati orang kalau dengar bab ini.
2. Suka ambil parking
Pernah terkena tak? Baru nak parking depan rumah, tetiba dengan slumber ada jiran letak keretanya. Sudahlah kalut nak masuk rumah, tetiba nampak situasi ini. Lagi sakit hati kalau orang yang buat tak tinggal nombor telefonnya langsung!
3. Jenis pengotor
Yang ini mungkin anda selalu kena, tambah kalau bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampai letak tepi tong sampah. Sudahnya binatang rabakkan plastik dan akhirnya bau semerbak. Lagi teruk kalau sampai berterabur dan jadi ‘makanan lalat’. Ini pengotor! Kalau diri sendiri pun buat, silalah berubah.
4. Kenduri tak berjemput
Selalunya orang hormat bila bab kenduri sebab esok-esok nanti kita pun nak kenduri sama. Tetapi agak-agaklah kalau buat kenduri, guna kawasan tanpa jemput kenduri. Terasa ‘menyengat’ kalau situasi ini berlaku. Tolonglah belajar tegur-mengur dan tanam sikap minta izin dalam bab ini. Ini menyusahkan orang lain kalau sampai laluan nak masuk rumah pun dipenuhi dengan dengan khemah. Sila memahami…
5. Bising
Mulut bising memang dah biasa tetapi kalau hari-hari memekak dengan pasang lagu kuat, itu dah masuk kes ‘pencemaran bunyi’. Ya, masalah ini selalu berlaku bila kenduri atau anak muda yang suka berkaraoke di rumah. Kadang kena hormatlah situasi orang lain, mungkin jiran kita ada anak kecil yang tidurnya langsung tak boleh bising. Nak selesaikan masalah ini, sila beritahu awal kepada orang sebelah rumah. Senang dia nak ‘lari’ atau bawa anak ke tempat yang lebih selesa buat sementara waktu.
6. Bela binatang tapi tak tahu jaga
Alahaaiii… ini memang serba salah. Tambah yang suka bela kucing atau kambing. Tuan yang bela binatang kena ambil tahu juga kot binatang kesayangan ada ‘membuang’ merata. Atau mungkin makan tanaman orang. Kalau berlaku, anda wajib bersihkan dan pastikan binatang anda tak buat hal.
7. Sombong tak ingat
Buat hal masing-masing tak jadi masalah tapi apa salahnya bertegur-sapa dengan jiran sendiri. Nak minta tolong pun senang. Orang dulu-dulu, kalau nak tinggal rumah siap boleh bagi kunci pada jiran sebelah suruh tengokkan rumah. Begitu indahnya sikap yang disemai. Tapi kenapa nilai positif itu mula dilupakan dan lebih memilih buat hal sendiri. Hmmm…
8. Sidai kain
Ada juga jenis main belasah sidai kain rumah orang tanpa minta kebenaran. Balik-balik dari bercuti tengok tempat sidai kain penuh dengan pakaian. Itu ok lagi, yang sakit hati kalau dapat jiran yang tak cakap sepatah pun tapi dia sidai kain penuh kat pagar rumah kita. Allah….! Belajarlah jaga sikap sikit. Kalau rosak pagar tu macam mana, nak ganti?
Mana satu masalah yang anda selalu ‘hadap’? Ingat… tidak semua orang akan suka dengan tingkah laku kita tetapi kalau hidup berjiran biar ada adabnya. Jangan sampai orang sebelah pun tak senang dengan sikap buruk kita. Jom, berubah!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang isteri tidak seharusnya menanggung derita dalam diam. Kasih dan cinta sejati tidak pernah menyakitkan, ia sepatutnya membahagiakan. Jika luka dan tangisan menjadi teman...