Saling berpelukan, Sissy akui ‘sayang selalu’ Mas Idayu “saya nampak, dia tak marah tapi kecewa”. Seperti mana yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Sissy Iman telah menunjukkan gambar dirinya dan Mas Idayu berpelukan.
Sebelum ini penyanyi Sissy Iman menjadi bualan ramai apabila penyanyi dangdut Mas Idayu selaku juri rancangan Famili Duo memberikan kritikan pedas sejurus selepas Sissy Iman bersama Naim Daniel menghabiskan persembahan.
Persembahan mereka mendapat kritikan daripada juri kerana menganggap lagu itu tidak sesuai dengan mereka berdua.
Malah ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan yang diberi oleh Mas Idayu hingga menyebabkan Sissy Iman tersinggung.
Saling Berpelukan, Sissy Akui ‘Sayang Selalu’ Mas Idayu
Baguslah jika mereka sudah berbaik, malah Sissy dan Mas Idayu juga telah bertentang mata dan berpelukan selepas segala kontroversi berlaku.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Mas Idayu menyatakan dia tidak kisah sekiranya dihentam netizen.
“Semasa saya tengok semula video yang saya berikan komen itu, dia tak menangis. Tapi, selepas Ajai komen, mungkin dia rasa tersentuh dan menangis. Tapi, yang saya nampak, dia tak marah, tapi kecewa.
Ads
“Tetapi, sebab dia mendiamkan diri, netizen hentam saya. Dalam seminggu, saya dapat gelaran macam-macam termasuk binatang. Saya nak biarkan peserta selesaikan tugas mereka. Kalau nak ganggu, biar maki saya dahulu,” luah Mas Idayu.
Mahu Sissy Jadi Aris Lebih Kuat
Luah Mas Idayu lagi dia mahu Sissy menjadi seorang artis yang lebih kuat.
“Saya nak dia kuat seperti orang lain. Minggu sebelum itu pun, saya tak mahu dia memujuk-mujuk semata untuk saya berikan komen. Saya nak dia sendiri bersedia untuk minta.
“Kedua-dua mereka ini adalah artis yang bijak, cuma minggu keenam sahaja. Minggu lain tak ada pula kami juri ini komen yang teruk kerana persembahan mereka sangat bagus,” sambungnya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri baru kahwin seminggu menangis kena bangun awal, biasa bukak mata jam 11 mak dah hidang semua. Bukan mudah membiasakan diri pada hal yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Biasa kita dengar anak-anak gadis bangun lewat dan tidak menolong mak-mak di dapur pada awal pagi kerana kebanyakan mereka khususnya yang masih belajar akan bangun seawal-awalnya jam 10 atau 11 pagi.
Isteri Baru Kahwin Seminggu Menangis Kena Bangun Awal
Bangun saja, tahu-tahu mak sudah sediakan semua sarapan dan mereka hanya tahu makan saja. Alasan diberi penat belajar. Bagi yang bekerja pula, masa cuti akan digunakan untuk merehatkan badan dengan alasan penat bekerja.
Bila memasuki alam rumah tangga, pada permulaan proses pasti ramai yang terkejut dengan “circle” yang jauh berubah. Perlu bangun seawal pagi untuk sediakan sarapan suami, mengemas rumah, membasuh baju, memasak untuk tengahari dan lain lagi dan semuanya akan menjadi kebiasaan bila semakin lama berumahtangga.
Biasa Bukak Mata Jam 11 Mak Dah Hidang Semua
Namun satu perkongsian di Tik Tok @baihakidisini, dirinya berkongsi momen lucu isterinya sedang menangis kerana perlu bangun pagi dan berasa penat menguruskan keperluan rumahtangga kerana sebelum ini biasa Mamanya yang buatkan. Dirinya buka mata seawal jam 11 pagi dan semuanya sudah terurus.
“Tidak menyenangkan, perlu bangun pagi. Sebelum ini bangun jam 11 pagi. Kalau makan biasanya semua sudah terhidang di atas meja sebab Mama uruskan semua. Sekarang semuanya kena buat sendiri,” kongsi Baihaki mengenai gelagat isterinya, Chami yang dirakam sedang menangis.
Tidak mengambil masa lama, pada pertemuan kedua mereka serius untuk berkahwin dan membuat persiapan pre-wedding.
“1 Mei pada pertemuan ketiga lamaran dibuat dan pada 6 Mei mereka mendirikan rumahtangga,” katanya berkongsi momen bertemu isterinya.
Terlalu cepat dan pantas jodoh keduanya dan ini mungkin kejutan buat isterinya yang sebelum ini banyak bergantung kepada orang tua. Apa pun, proses bergelar suami isteri untuk saling mengenal mengambil masa dan kita juga melaluinya di awal perkahwinan dahulu. Kematangan itu akan datang seiring dengan masa.
Tular pengasuh kasari anak orang di taska. Luluh hati ibu-bapa melihat video anak ditepuk di kepala dan dihembus nafasnya di hadapan muka ketika anak sedang menangis. Persoalannya, salah siapa?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila ada akaun di media sosial, lebih-lebih lagi bergelar selebriti memang ramai yang memerhati.Status apa yang dipost, gambar apa yang dikongsikan semuanya menjadi perhatian.Bila jarang post gambar berdua bersama pasangan juga boleh menjadi isu, orang fikir yang bukan-bukan.Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga tak perlu ditayang selalu di media sosial pun dan ia bukanlah pengukur kebahagiaan rumahtangga.
Penyanyi berkumpulan wanita popular 90-an, Linda Rafar tidak terkecuali dan sering menerima pertanyaan daripada pengikut di laman sosial mengenai status rumahtangganya dengan pelakon, Syed Aiman.
Ia rentetan Linda atau Azlinda Rafar, 40, berkata, ramai yang bertanya mengenai perkara itu kerana mereka berdua dilihat jarang memuat naik foto bersama di media sosial.
Ibu kepada 5 orang anak lelaki ini menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi laman Instagramnya baru-baru ini bagi memberi penjelasan.
Takut Ada Yang Tak Suka
“Kenapa saya jarang post picture suami? Banyak betul soalan netizen bila tengok Linda kurang post gambar dan video live bersama suami.
“Sebenarnya, suami saya kurang suka gambar dia dimuat naik di mana-mana media sosial. Kita pun kurang suka nak post selalu foto suami takut ada orang yang tak suka dan cakap asyik promote suami dia je,” katanya.
Kongsi Gambar Anak, Aktiviti & Kerjaya
Dalam pada itu, bekas perserta program Gegar Vaganza musim kelima ini memaklumkan dia lebih selesa berkongsi foto anak-anak dan hal berkaitan aktiviti seni.
“Saya lagi suka kongsi foto anak dan aktiviti serta kerjaya. Harap lepas ni puas la hati netizen yang asyik tanya pasal suami saya.
“Saya dan suami masih bersama.. Insya-Allah hingga ke syurga!,” katanya.
Terdahulu, Linda melalui dua kali alam rumah tangga di mana menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).
Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 10, Syed Rezariiq, 7, dan Syed Rezaliif, 2 tahun.
MW:Setuju sangat dengan Linda Rafar.Pedulikan apa yang orang kata. Kebahagiaan tidak perlu dipertontonkan selalu, takut ada yang dengki dan tak suka. Apa yang penting hanya kita yang lebih mengetahui.
Apabila Allah mahu menguji hambaNya, dia berikan sama ada ujian kesenangan mahupun kesusahan. Begitulah dengan cerita ujian ibu uzur ini yang cukup menyentak perasaan.
Bila mana dia tidak punya duit untuk uruskan jenazah anak sulungnya. Lebih memilukan itulah satu-satunya anak yang bekerja di rumah itu.
Apa yang dilalui ibu uzur ini adalah catatan pengalaman benar yang dilalui Ustaz Rafie Zainal, Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia.
Beliau menerima panggilan daripada bapa saudara awrah yang memintanya bantuan.
Ustaz, Ibu Arwah Tak Ada Duit Nak Bayar…
“Seusai saya menguruskan jenazah di Kemensah, Hulu Kelang, saya menerima panggilan dari seorang lelaki yang meminta bantuan SPJ Malaysia menguruskan jenazah anak buahnya di hospital dan menghantar jenazah ke rumahnya di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan.
“Ustaz, saya nak minta jasa baik ustaz. Ibu arwah tak ada duit nak bayar kos pengurusan jenazah anaknya ni. Dia ibu tunggal dan anak-anak yang lain masih kecil. Saya sendiri pun tak mampu ustaz,” rayu bapa saudara arwah ketika dia menghubungi saya.
“Tak apa tuan, kita selesaikan dulu jenazah arwah. Tentang kos jangan difikirkan,” saya hanya menjawab ringkas.
Arwah, Satu-satunya Harapan Keluarga
Arwah berusia 21 tahun merupakan anak sulung dan satu-satunya yang bekerja dalam keluarganya. Dia menjadi mangsa tikaman di dada ketika berada di rumah sewanya di tempat dia bekerja di Melaka. Arwah meninggal dunia ketika baru sampai di Hospital Serdang setelah berpindah hospital dari Melaka.
Setelah selesai, kami terus bertolak ke rumah arwah. Perjalanan sejauh 160 kilometer ke rumahnya itu memakan masa hampir 2 jam. Sampai di sana, sudah ramai ahli keluarga dan jiran tetangga yang telah pun menunggu.
Adik-adik Memandang Sayu Jenazah Abang
Rumahnya sederhana. Kelihatan adik-adik arwah yang masih kecil di sisi ibunya yang masih sugul dalam tangisnya. Seusai solat jenazah, kami pun meminta diri untuk pulang.
Ahli keluarga dan saudara arwah tidak henti-henti mengucapkan terima kasih di atas bantuan pihak kami. Saya memandang wajah ibu arwah, perlahan si ibu mengucapkan terima kasih dengan nada yang perlahan. Anak-anaknya masih bersama di tepi ibunya memandang sayu jenazah abangnya.
Saya terfikir, bagaimanalah nasib keluarga ini untuk meneruskan kehidupan selepas ini. Salah seorang saudaranya ada memberitahu saya yang ibu arwah hanya bergantung pada ‘duit felda’ saja untuk menyara kehidupan mereka selain bantuan dari arwah anak sulungnya sebelum ini.
Kadang kita merasakan hidup kita susah, rupanya masih ramai yang jauh lebih susah dari kita. Maka bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.
Semoga Allah swt memudahkan segala urusan hidup mereka. Aamiin.”
Seorang wanita ditemukan maut tergantung di kipas siling di rumahnya di Kulim selepas dipercayai membunuh anak perempuannya berusia empat tahun akibat tekanan emosi. Kes tragis ini disiasat mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.