Salah sendiri andai tak setia. Akhirnya diri yang menanggung derita bila pasangan tidak mampu memberikan kemaafan.
Setiap pasangan yang melangsungkan perkahwinan pastinya berdoa agar mahligai yang dibina itu akan kekal hingga ke hujung nyawa. Namun, bukan semua mampu melayari bahtera rumah tangga yang tidak putus dilambung badai. Salah sendiri yang akhirnya menyebabkan rumah tangga musnah.
Salah Sendiri, Hanya Setahun Bahagia
Rizman Hakim telah melangsungkan perkahwinan selama setahun dengan gadis pilihan hati, Fatin Ardila. Siapa sangka, pasangan yang sepadan itu hanya mampu mempertahankan kebahagiaan mereka selama setahun sahaja.
“Abang janji, abang akan jaga sayang dengan seluruh jiwa abang. Sayang jangan risau ye,” itulah janji Rizman pada malam pernikahan mereka.
“ Saya harap abang dapat kotakan janji abang itu. Jangan tipu saya sebab saya paling benci dan tak dapat terima sebarang penipuan. Jika dah tak suka, terus terang, saya rela undur diri. Tapi saya takkan maafkan orang yang menipu,” Balas Fatin Ardila tegas.
“Tidak sayang. Abang takkan buat macam tu,” balas Rizman.
Ads
Hidup Bahagia
Mereka dianggap pasangan yang sepadan kerana seorang cantik dan seorang tampan. Mereka berkawan sejak zaman kampus dan dianggap ‘hot couple’. Tiga tahun bersama, mereka saling setia walau pun masing-masing punya ramai peminat.
Setelah tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan, kata sepakat dicapai untuk disatukan. Selama empat tahun mereka hidup bahagia walau pun tanpa cahaya mata. Bagi Rizman, dia tak sanggup menduakan Fatin hanya kerana inginkan zuriat. Fatin seorang isteri yang terlalu baik bagi Rizman.
Muncul Tanpa Diundang
Siapa sangka, pada mulanya bantuan dihulurkan atas dasar simpati, namun akhirnya membuahkan bibit percintaan. Segala-galanya bermula ketika Rizman membantu seorang rakan sepejabat, Nina, daripada diserang oleh tunangnya yang kaki pukul. Teruk wanita itu dikerjakan dan Rizman yang membawanya ke klinik.
Sejak itu Rizman sering menjadi tempat Nina meluahkan perasaan dan Rizman yang banyak memberikan sokongan sehingga Nina berani memutuskan pertunangannya. Lama-kelamaan keakraban itu membuahkan rasa sayang. Namun di hati Rizman, dia tetap sayangkan Fatin, wanita teratas bertakhta di hatinya. Hubungan itu berjalan di luar pengetahuan Fatin.
Ads
Pecah Lubang
Tugas Fatin memang sering kali membuatkan dia perlu ke luar daerah. Paling tidak sebulan sekali. Peluang untuk digunakan oleh Rizman untuk berjumpa dengan kekasihnya tanpa takut-takut. Kali ini mereka bertemu janji di sebuah pusat beli-belah. Memang seronok makan-makan sambil menonton wayang. Kembali bercinta membuatkan jiwa lelaki Rizman terasa muda.
Mungkin juga kesunyian tanpa cahaya mata membuatkan Rizman mencari hiburan di luar rumah. Tak sangka, gelagat pasangan ini menjadi intipan empat pasang mata.
Terbongkar Salah Diri
Malam itu, Rizman pulang agak lewat kerana tahu Fatin hanya akan pulang esok hari. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati Fatin ada di rumah, bersama dua orang wanita yang Rizman turut kenal, iaitu rakan-rakan baik Fatin.
Ads
“Abang, cuba terus terang dengan saya. Siapa perempuan ni? Abang tipu saya ya?” Tanya Fatin seraya menunjukkan foto-foto di skrin telefon bimbitnya. Berderau darah dan lemah kepala lutut Rizman bila melihatkan itu foto-foto mesranya bersama Nina. Rupa-rupanya tadi rakan-rakan Fatin ternampak mereka.
Sesalan Tiada Guna
Rizman tidak mampu kata apa-apa, hanya mampu mengaku. Rizman terasa amat menyesal dan bersungguh-sungguh meminta maaf kerana telah curang di belakang Fatin.
“Nasi sudah menjadi bubur. Saya sudah pesan pada awal perkahwinan kita. Saya benci dan tak boleh terima penipuan. Saya tak kisah kalau abang terus terang minta izin untuk kahwin lain demi hendakkan zuriat. Tapi saya tak boleh terima bila abang tipu saya. Maaf, hati saya hancur.” Fatin berkata tegas.
Berpisah Sebab Salah Sendiri
Rizman mengizinkan Fatin keluar dari rumah untuk memberikan mereka tempoh bertenang. Setiap hari dia cuba memujuk dan merayu Fatin maafkan dia. Ternyata hati Fatin sekeras batu. Akhirnya, Rizman terpaksa lepaskan Fatin dengan berat hati.
Setahun berlalu namun masing-masing belum ada pengganti. Rizman menyesal kerana dia bukan mencintai kekasihnya dahulu sepenuh hati dan selepas kejadian mereka berpisah. Hingga kini dia tidak jemu meminta maaf dan merayu agar Fatin dibukakan hati untuk menerimanya kembali dan dia menunggukan hari itu dengan sabar…Ya, dia salah kerana mencurangi isteri sebaik Fatin..
Walaupun sedang bertarung nyawa, ibu yang positif Covid-19 tetap fikirkan anak dalam kandungan. Dan minta pada doktor, “Tolong selamatkan bayi saya.”
Ternyata tiada yang lebih utama daripada anak yang dikandung berbanding nyawa sendiri. Di saat antara hidup dan mati, seorang ibu masih merayu agar anaknya diselamatkan.
“Tolong Selamatkan Bayi Saya.”
“Tolong selamatkan bayi saya,” itu permintaan seorang pesakit Covid-19. Kepada Dr Tan Boey Warn, pegawai perubatan Unit Rawatan Rapi (ICU), Jabatan Perubatan Anestesiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.
Kongsi Dr Tan, 33, sehingga ke saat ini, dirinya tidak dapat melupakan kata-kata pesakitnya itu yang diungkapkan sebelum ditidurkan atau diintubasi.
Biarpun sudah biasa mengendalikan prosedur itu, namun Dr Tan mengakui sebak melihat harapan pesakit terbabit yang mahu melihat bayinya selamat walaupun sedang bertarung nyawa.
Walaupun Bertarung Nyawa
“Pesakit itu sedang hamil anak kedua dan mengalami Covid-19 yang serius, malah dia sendiri meminta bantuan pernafasan kerana sudah tidak berupaya untuk bernafas dengan baik.
“Keadaan paru-parunya juga agak teruk dan cara pengendalian pesakit itu agak berbeza kerana keadaannya yang hamil.
“Jadi, saya perlu mengeluarkan bayi dalam kandungannya dahulu sebelum meniarapkan badannya untuk diintubasi,” katanya.
‘Tolong Selamatkan Bayi Saya..’ Ibu Tetap Fikirkan Anak Dalam Kandungan
Sebelum menjalankan prosedur intubasi, Dr Tan berkata, dia perlu menenangkan pesakit dan tugas itu bermain dengan emosi.
“Jika pesakit itu Muslim, saya minta mereka berselawat dan membaca doa sebelum diintubasi.
“Begitu juga dengan pesakit yang menganut agama lain, saya akan beri semangat dan minta lakukan perkara sama (berdoa),” katanya yang mempunyai sembilan tahun pengalaman sebagai pegawai perubatan dengan enam tahun dalam bidang anestesiologi.
Semua Pihak Harus Memahami
Menyedari keresahan keluarga terhadap keadaan pesakit Covid-19, Dr Tan meminta semua pihak memahami dan menaruh keyakinan terhadap pegawai perubatan dan petugas kesihatan.
“Saya mohon pengertian masyarakat dengan kekangan serta kesibukan kami terutama yang bertugas di ICU.
“Keadaan dalam wad ICU Covid-19 sama sahaja, malah kami seperti angkasawan kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) lengkap.
“Jadi, jika mereka tidak dapat menghubungi wad, bersangka baiklah kerana kita bukan enggan berkongsi perkembangan terkini tetapi ada kalanya tiada masa menjawab panggilan telefon,” katanya.
Mingguan Wanita : Lumrah seorang ibu, demi anak dia sanggup korbankan apa saja. Semoga semua pesakit Covid-19 di luar sana kuat berdepan dengan virus ini dan cepat sembuh.
Sebaiknya rumah tangga kita biarlah kita yang kawal sendiri, ahli keluarga tak perlu campur tangan. Apa-apa yang berlaku dalam rumah tangga mak,ayah… Selesaikan sendiri tanpa campur tangan orang tangan orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri.
Jika ingin mendapatkan nasihat tak salah, namun jangan sampai mengecilkan hati pasangan bila anda mengutamakan keputusan Keluarga berbanding pasangan.
Sudah tentu pasangan mak,ayah lebih memahami apa yang Berlaku kerana tinggal sebumbung dan tidur sekatil. Betul tak?
Rumah tangga kita, kita yang control… Bukan mak kita, bukanlah ayah kita dan bukan juga adik-beradik kita…
Banyak yang nama saja ketua keluarga, tapi keputusan itu adalah hasil dari arahan orang lain… Orang lain yang buat keputusan dan suruh ikut… Selepas itu ikut saja bulat-bulat disebabkan kalau tak ikut nanti, dikira menderhaka…
Rumah Tangga Kita Biarlah Kita Yang Kawal
Menderhaka ke kita yang jadi suami ini kalau kita kawal sendiri rumah tangga kita, apa yang kita hendak buat dan sebagainya tanpa perlu campur tangan daripada ahli keluarga kita sendiri?
Mak, ayah saya tak pernah sekali pun masuk campur dalam urusan rumah tangga saya…
Sebabnya kita kena ada pendirian, kena ada ketegasan… Kita saja yang tahu apa yang terbaik untuk rumah tangga kita hasil daripada perbincangan kita dengan pasangan… Yang duduk dalam rumah tangga itu ialah kita dan pasangan…
Jadilah seorang ketua keluarga yang buat keputusan dengan tidak mengabaikan nasihat dan pandangan pasangan…
Boleh dengar cakap mak dan boleh dengar cakap ayah, mahu pun boleh dengar cakap adik-beradik, tapi akhirnya, cakap pasangan pun kita dengar…
Dah nilai semua apa yang kita dengar, baru buat keputusan berdasarkan apa yang kita rasakan terbaik untuk rumah tangga kita…
Keputusan kita, bukan keputusan mereka yg di luar rumah tangga kita…
MW: Sebaiknya berbincang dari hati ke hati dengan pasangan, jika tiada penyelesaian barulah dapatkan pandangan orang luar seperti ahli keluarga. Apa-apa pun utamakan pasangan terlebih dahulu berbanding orang lain.
Menguruskan rumahtangga tanpa henti sudah tentu membuatkan mak-mak penat fizikal dan juga emosi. Sebenarnya bukan mudah untuk menjadi mak-mak yang sempurna, ada kalanya diuji emosi dengan ragam anak-anak dan tak kurang juga ragam suami.
Oleh itu, bila mak-mak berasa penat sangat, jangan biarkan emosi mengawal emosi anda. Sebaliknya ambil masa untuk berehat dan bagilah ruang pada diri sendiri. Setelah anda lebih tenang, barulah mak-mak mampu menjaga anak-anak dan keluarga dengan baik.
Apa akan jadi kalau mak-mak buat kerja tak henti. Tambah lagi musim PKP ini kan. Anak pulak 24 jam sentiasa ada di rumah.
Jadi, boleh bayangkan suasana itu bagaimana.
Macam-macam karenah uih. Melayan pelbagai ragam buatkan para ibu sampai lupa beri perhatian pada diri sendiri.
Mak-mak yang lupa nak rehat ini boleh bagi kesan pada diri dan orang terdekat tau.
Perkongsian dari Dr Taufiq menyatakan , ibu tidak berehat ini akan jadi :
1. Lebih mudah marah anak 2. Lebih tak stabil emosi 3. Jadi pelupa 4. Mudah tengking anak 5. Kurang bonding dengan anak
Itulah . Sangatlah dipersetujui. Apalagi akan jika ia berlaku kepada ibu yang banyak ujian hidup. Contohnya diduga dengan pasangan tak kira kasih sayang ke keharmonian ke penyakit ke. Diduga dengan penyakit berat. Diduga dengan berbagai isu yang ganggu fikiran. Lagi mudah kacau emosi.
Kesannya , anak-anak pun lagi banyak ragam. Lagi tantrum. Lagi laaa buat perangai.
Tidak Boleh Terus Beremosi
Sebaiknya, kita tidak boleh terus beremosi marah. Keadaan akan lagi teruk. Kesihatan dalaman boleh memburuk.
Jadi, seeloknya, ambil tindakan, jauhkan diri seketika. Bagilah ruang pada diri. Solat sunat ke. Mandi lama sikit . Membaca boleh juga. Makan. Eh. Bab makan suka kan. Haha.
Ibu yang bagus, akan tahu membuat penilaian sendiri. Cuba buat penilaian, masa emosi tidak stabil, anak-anak ragamnya macam mana. Masa emosi kita tenang , tingkah laku anak macam mana.
Beza. Kena rasai beza tu. Baru kita tahu macam mana nak mengatasinya.
Ayah Pun Kena Belajar
Kadang , tips ini berguna juga buat si ayah. Tidak tertakluk pada ibu sahaja. Ayah pun ada salah silap juga manusia biasa juga kan. Kekadang , laju juga tangan tampar anak.
Si ibu jenis penyabar, ayah pula jenis baran. Tetap tidak stabil juga. Akan beri kesan pada emosi keluarga.
Jadi , bapak pun kena belajar juga lah kan.
Saya kongsi ini sebagai suri. Sebagai rakan yang sama-sama berjuang membesarkan anak generasi. Insyallah.
MW: Harapnya perkongsian ini dapat memberi mak-mak kesedaran bahawa langkah terbaik dalam mendidik dan membesarkan anak-anak adalah bermula daripada mengawal emosi sendiri. Selain mak-mak, ayah juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama membesarkan anak amanah Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...