Suami isteri berkahwin tentulah matlamatnya mahu mencari redha Allah. Caranya, suami kena faham tanggungjawabnya, isteri kena akur kedudukannya di sisi suami.
Bila dapat cahaya mata, anak dididik dengan panduan yang betul. Terutama anak lelaki, supaya menjadi pemimpin bukan saja untuk keluarganya, malah masyarakat.
Sayangnya bukan sebegitu yang jadi dalam masyarakat kita hari ini. Ramai yang salah faham, sudahnya isterilah yang merana hati dan perasaan.
Perkongsian Puan Rohamiah Muda, banyak benarnya tentang banyak kesilapan dan salah faham dalam rumah tangga berlaku kerana kurangnya ilmu.
4 Salah Faham Inilah Sebabkan Hubungan Suami Isteri Renggang
Pertama : Anak Lelaki Disuruh Berkahwin Agar Ada Isteri Untuk Menjaganya, Salah Tu..
Hari ini, sama ada suami, isteri, mak ayah atau mentua memandang perkahwinan dari segi dunia, bukan pada pandangan agama.
Contohnya, anak lelaki disuruh berkahwin supaya anak lelakinya dijaga oleh isteri. Padahal dalam agama, seorang lelaki berkahwin untuk menjaga dan melindungi seorang wanita, iaitu isterinya.
Kata ibu kepada anak lelaki, “Carilah bini, ada yang menjaga kamu.”
Faktor inilah yang menyebabkan ramai suami yang tidak bertanggungjawab kerana perkahwinan dibina bukan kerana agama. Tetapi, lelaki berkahwin dengan niat ada seorang isteri yang menjaga dirinya. Sedih!
Kedua : Isteri Kena Bekerja, Bimbang Duit Belanja Rumah Tak Cukup
Lagi? Antara salah faham dalam perkahwinan adalah, isteri seolah-olah diwajibkan bekerja untuk membantu kewangan suami.
Padahal, dalam agama, suami wajib bekerja untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami wajib mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh supaya anak isteri tidak kebulur.
Ads
“Kak, suami tak bagi saya berhenti kerja. Nanti duit belanja rumah tak cukup,” adu seorang isteri kepada saya. Allahu.
Suami sekarang agaknya sudah hilang rasa malu kerana makan duit hasil titik peluh isteri. Dunia sudah terbalik.
Ketiga : Suami Anggap Duit Isteri Bekerja Seperti Duitnya Sendiri
Salah faham yang lain adalah jika isteri bekerja, suami melepaskan terus tanggungjawab dalam urusan nafkah dan kewangan keluarga. Bahkan, duit isteri dianggap seperti duit sendiri.
Paling geram rasa di hati jika suami bersifat kedekut. Apabila isteri minta sesuatu, suami berkira-kira. Padahal suami lupa isteri banyak membantu dalam urusan keluarga. Macam mana rezeki mahu masuk jika dengan keluarga sendiri bersifat kedekut?
Keempat : Isteri Tak Bekerja, Keluarga Suami Mulalah Bersangka-sangka
Satu lagi isu yang paling menyedihkan adalah isteri yang tidak bekerja dipandang rendah oleh keluarga suami. Allahu.
Isteri yang tidak bekerja sebenarnya banyak memberi sumbangan kepada rumah tangga dan keluarga. Anak-anak lebih terurus dan rumah tangga pun lebih terjaga.
Inilah kesilapan jika kita hanya memandang dunia semata. Niat berumah tangga bukan kerana Yang Maha Esa.
Ads
Betulkan niat berkahwin kerana Allah. Insya-Allah, Allah pasti bantu jika kita ada masalah.
Hidup pasti bahagia jika kita ikut agama.
Sila Betulkan Salah Faham Ini Wahai Mentua!
Sedih rasa hati mendengar rintihan seorang menantu perempuan yang mengadu kepada saya bahawa dia selalu disindir oleh ibu mentua kerana tidak bekerja.
Lagi sedih apabila dia dikatakan menghabiskan duit suami kerana tiada pendapatan sendiri.
Ads
Allahu. Inilah salah faham dalam keluarga. Isteri yang tidak bekerja dipandang dengan sebelah mata.
Isteri memang tidak wajib bekerja kerana tugas memberi nafkah adalah di bawah tanggungan suami. Memberi makan, pakaian, menyediakan tempat tinggal dan nafkah bulanan adalah wajib ditanggung oleh seorang suami seratus peratus.
Bahkan, seorang suami wajib selesaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak sebelum mengasingkan nafkah untuk ibu ayah.
Kemuliaan Seorang Menantu..
Sebagai ibu mentua, tidak sepatutnya berkata begitu kerana dia merendahkan seorang wanita yang sanggup berkhidmat untuk anak lelakinya. Doakan kehidupan yang terbaik buat anak dan menantu.
Kemuliaan seorang menantu bukan terletak kepada kerjaya yang hebat. Tetapi ia bergantung kepada akhlak dan sikap. Apa guna berkedudukan tinggi jika adab diletak di kaki.
Suami yang tidak kedekut dengan isteri, Allah akan luaskan rezekinya. Niat bekerja kerana Allah untuk memberi nafkah kepada anak isteri di rumah.
Insya-Allah, pasti ada lebihan rezeki buat mak dan ayah.
Orang yang bahagia gembira melihat orang lain bahagia.
Sumber/Foto : Rohamiah Muda, Sentiasa mencari redha-Nya
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan.
Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu daripada ayat Al Quran yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka.Memandangkan ayat-ayat daripada Al Quran itu sendiri merupakan satu penawar dan mukjizat yang istimewa.
Bukan itu sahaja, ia juga mampu melembutkan hati pasangan mahupun sesiapa sahaja terutamanya bagi yang keras hati mahupun panas baran. Doa ini diambil daripada ayat 19, Surah As Syura.
“Tadi solat asar ada pakcik ni dia datang kat anak saya, saya suruh anak salam dan minta pakcik ini doa untuk anak. Saya nak kongsi satu doa yang saya belajar hari ini. jika anak-anak susah dengar cakap, lawan cakap, terlalu aktif.Atau boleh juga baca doa ini untuk pasangan kita yang jenis panas baran.”
“Baca doa ini ketika atau sebelum mereka tidur dan letak telapak tangan di atas ubun-ubun anak. Insyaallah mudahan anak-anak akan lembut budi bahasa dan dengar cakap.”
“Para guru juga boleh baca doa ini kepada pelajar yang ‘terlalu aktif’.
MW: Selamat beramal!Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan.Malah elok juga dibaca buat pasangan suami isteri yang sering ‘panas’ dalam rumahtangga.
Semasa bersih beras untuk memasak, apakah yang seirng mak-mak fikirkan. Mungkin ada yang fikir nak masak lauk apa dan tak kurang juga memikirkan sesuatu sama ada baju nak kena jemur dan sebagainya.
Mungkin juga ada mak-mak sibuk memikirkan tentang anak-anak atau pun pasangan itu sendiri, apa yang dibuat pada waktu ini dan fikirkan anak-anak yang semakin membesar dengan peel masing-masing yang tak pernah habis.
Sedangkan apa yang sering ustaz dan ulama pesan, cara yang paling mudah untuk lembutkan hati anak-anak dan ahli keluarga lain adalah membaca surah-surah tertentu semasa bersih beras.
Jangan ingat, dengan baca doa selepas solat atau semasa anak tidur sahaja sudah cukup nak lembutkan hati anak. Perkara yang senang, kita permudahkan. Cuma ambil masa beberapa minit sahaja dan lakukan semasa bersih beras untuk memasa, bacalah surah ini.
Tip yang paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
1.Semasa basuh beras, berselawatlah ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w
2. Bila masukkan air untuk disukat, bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Baca beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini bagi menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Hidup ini tak perlu terlalu nak perfectionist sangat. Nanti susah, makan diri sendiri sebab kita juga yang akan stres. Kalau duduk seorang diri lain cerita tapi bila dah ada anak-anak.
Kadang-kadang, nak perfectionist sangatlah kita jadi stres, suka membebel dan marah-marah. Semua tak kena di mata dan mahu ikut cara kita.
Sementelah bila dah berkeluarga dan ada anak, jangan harap nak perfectionist sangat. Bukan setakat mak-mak yang stres, anak pun ikut sama. Perkembangan anak jadi tak berapa elok, kurang kreatif dan sebagainya.
Jadi, kalau rumah bersepah, anak lasak, tak dengar, lambat ‘pick up’, jangan marah. Semua ini ada prosesnya. Lalui saja, kita pun tak stres dan tenang-tenang saja.
Buat mak-mak dan ayah jangan la perfectionist sangat ye!
Biarlah anak suka buat sepah sepah rumah, itu tandanya dia aktif dan sihat. Ini la peluang nak didik budaya mengemas, lepas buat sepah ajak anak kemas sekali.
Tak apa anak makan tertumpah tumpah, jangan marah selalu sangat, patut kita puji dia dan galakkan lagi dia berdikari begitu. Boleh makan sendiri tu tanda dia dah pandai berdikari.
Biarlah nak-anak nak lasak sedikit, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja sebab anak yang sentiasa aktif ni bagus untuk tumbesaran otak dia. Bakal ada growth mindset nanti tu.
Tak apa anak tak mahu ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Nak jadi ibu ayah hati tak boleh tisu, kena kental. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, rahsia orang berjaya tu.
Kalau anak lambat sikit belajar, tak apa, usah stress sangat. Proses tarbiah memang akan makan masa sikit, sebab tarbiah yang berkesan menusuk ke dalam hati dan jiwa bukan setakat lekat di akal je.
Serius. Kalau sikap nak perfect ni hilang comfirm kita akan jadi susah nak stress, susah nak marah marah dan susah giler nak menjerit.
Malah, perfectionist juga adalah pembunuh senyap otak kreatif & perkembangan coping skil anak-anak.
Jangan biarkan sikap perfect kita tu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak sudahlah.
Mingguan Wanita : Ssemua mak akan lalui perkara yang sama. Masing-masing ada cara nak handle dan ikut keupayaan diri. Tak perlu malu pun dan jangan nak perfect sangat.
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.