Pemergian Allahyarham Sandra Dianne akibat kemalangan jalan raya pada Jumaat lalu ternyata masih dirasai. Apatah lagi, semalam iaitu 16 September merupakan hari ulang tahun kelahiran Allahyarham yang ke-26.
Lebih sayu, ibu Allahyarham, Nur Syakinah Abdullah, 46, turut berkongsi perasaannya yang pertama kali tidak dapat meraikan hari istimewa itu bersama anak kesayangannya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, ibu Allahyarham memuat naik sebuah video istimewa ucapan hari lahir yang dititipkan khas buat Sandra (panggilan manja kakak) daripada para peminatnya.
Malah Nur Syakinah juga turut meluahkan rasa terharunya apabila orang ramai tidak putus-putus mendoakan yang terbaik buat arwah anaknya.
Ramai Yang Menyayangi Kakak
“Kakak, mama titipkan video yang di buat khas buat kakak daripada peminat dan penyokong kakak pada hari lahir kakak hari ini, 16 September 2020.
Ads
“Mereka benar-benar buat mama sebak dan terharu, sungguhpun kakak sudah tiada hari ini, kasih sayang mereka buat kakak semakin hari semakin subur.
“Alangkah bahagianya sekiranya kakak sempat melihat semua ini sebelum kakak pergi. Betapa ramai yang menyayangi kakak, kerana selama hidup kakak, kakak sering merasakan diri kakak tidak dihargai dan disayangi.
“Mama sedih dan kesal kerana semuanya ini datang terlambat, namun mama tetap bersyukur, sekurang-kurangnya mama tahu anak mama disa
yangi ramai orang dan ramai juga yang mendoakan kakak,” luahnya sayu.
Rakan Tebarkan Kebaikan
Ads
Lebih memilukan, Nur Syakinah turut meluahkan rasa rindunya pada Allahyarham dan berkongsi sikap mulia arwah puteri kesayangan yang sering mendahulukan perasaannya sebagai ibu melebihi segala-galanya.
“Tiada kata-kata yang dapat mama gambarkan perasaan kehilangan mama pada hari ulang tahun kelahiran kakak. Sakitnya meratapi kehilangan, peritnya menahan sebak di dada teringatkan kakak, pedihnya kerinduan ini.
“Kakak anak mama yang taat, sering mendahulukan perasaan mama, takut jika kakak melukakan perasaan mama meskipun kakak tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ads
“Ramai kawan-kawan kakak yang inbox mama menceritakan apa perkara kebaikan yang telah kakak lakukan pada mereka dan ianya benar-benar buat mama terkedu.
“Sebegitu sekali kebaikan yang anak mama tebarkan dalam persahabatan. Dan kawan-kawan kakak semua cakap mereka takkan lupakan kebaikan kakak. Sungguh mama terharu,” katanya.
Menurut Nur Syakinah lagi, terlalu banyak yang ingin diluahkan tentang Allahyarham anaknya itu, namun tidak mampu untuk menahan kesedihannya.
“Banyak lagi yang ingin mama coretkan tentang kakak, namun air mata mama sudah terlalu berat untuk ditahan-tahan.
Damailah Kakak Di Sana
“Damailah kakak dalam pelukan kasih sayang ALLAH. Mama di sini akan sering mendoakan kakak dan insya-ALLAH setiap impian kakak yang belum tercapai akan mama sempurnakan untuk kakak. Mama juga tak akan lupa buat pahala sebanyak mungkin untuk kakak. Happy Birthday in heaven kakak. Mama rindu kakak,” akhirinya.
Sejuk perut ibu melahirkan bila mana anak terus berbakti pada ibu walau sudah berjaya dan kaya. Begitulah ikon fesyen termasyhur Wak Doyok yang dari mula menceburi bidang penuh glamor ini tak sesekali tersasar niatnya. Dari mula sampailah hari ini tetap diniatkan mahu gembirakan hati ibunya. Semua demi ibu.
Atas kemasan niat yang sebegitu, maka Allah permudahkan rezeki Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor pada hari ini, apabila dia dapat gembirakan hati ibu dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo yang dibuat khas untuk ibunya yang berusia 76 tahun.
“Alhamdulillah, saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya. Memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.
“Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa membalas jasa meraka. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupun dicaci dihina dimaki disosial media.”
Menurut Wak Doyok lagi, matlamatnya adalah untuk keluarganya. “Selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya berupa sebuah rumah banglo yang saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun.s Dapatlah saya beri sedikit keselesaan untuknya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.”
Dulu Wak Doyok Sangat Susah
Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung di situ. Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini.
“Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Insyallah.”
“Tahun ini saya bersyukur yang teramat sangat saya dapat usahakan ibu saya pergi ke baitullah hil haram. Insyallah kalau tak ada apa-apa halangan sampai lah dia bertemu sebagai tetamu Allah.”
Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya bukan kerana kekasih hati teman wanita saya.
Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tetapi ibu hanya satu dalam sejuta. Sayangi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.
Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja hingga tidak mampu membezakan mana yang salah, mana yang betul. Bila kemewahan yang dikejar, manusia sudah hilang rasa malu untuk menggadai maruah diri demi kepentingan diri.
Taktik wanita yang menyamar sebagai pengemis akhirnya terbongkar, gunakan kerusi roda untuk kaburi mata orang ramai padahal dia berharta dan memiliki banyak aset. Sepandai-pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sanggup Menipu Untuk Kaburi Mata Orang
Kaherah: Sanggup menipu dirinya kudung kaki dan berkerusi roda untuk menagih simpati dan mengaburi mata orang ramai.
Itu taktik licik seorang wanita di Mesir yang aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu
Namun, sandiwara wanita berusia 57 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu.
Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati ‘pengemis’ itu sebenarnya memiliki lima bangunan kediaman di Gharbia dan Qaliubia.
Selain itu, dia didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) dalam dua akaun banknya.
Akhbar tempatan, Al Masry Al Youm melaporkan selama ini, wanita itu berpura-pura kudung kaki apabila mengemis.
Gunakan Kerusi Roda Untuk Kaburi Mata Orang
Selain itu, dia menggunakan kerusi roda untuk meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu.
Pada awalnya, polis menyangka wanita itu benar-benar orang kurang upaya (OKU) apabila duduk mengemis di atas kerusi roda.
Bagaimanapun, ada saksi memberitahu bahawa wanita itu dapat berjalan dengan normal apabila selesai mengemis.
MW: Mengemis bukanlah satu pekerjaan, sebaliknya menggunakan simpati orang lain untuk kepentingan diri. Kisah ini harus menjadi iktibar buat mak,ayah di luar sana. Cubalah mencari rezeki yang halal untuk keluarga walaupun perit.
Penggemar kentang goreng rangup, anda patut cuba! Ini kali pertama kali buat dan hasilnya menjadi, malah anak-anak cukup suka. Rasanya lebih kurang kerepek kentang Mister Potato yang dijual di kedai tu…
Nak cuba tak? Ok boleh godek bahan dan cara buat yang betul guna resepi Puan Nurafyfah Yacob ini.
Bahan-bahan:
3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ML air
Sedikit perencah manggi kari
Sedikit perencah pasti sedap KNORR
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara nak buat kentang goreng:
1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisau buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Panaskan minyak. Goeng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah pasti sedap KNORR atau apa-apa perencah yang anda suka.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...