‘Sakit Hati Sangat Pun, TAHAN Jangan Gaduh Depan Orang’ Ini Petua 23 Tahun Bahagia Berdua

'Sakit Hati Sangat Pun, TAHAN Jangan Gaduh Depan Orang’ Ini Petua 23 Tahun Bahagia Berdua

Ramai sangat pasangan muda yang cepat panas hati. Pantang isteri silap sikit, ditempelaknya isteri depan orang ramai. Malulah isteri itu. Paling tidak bila dalam kereta atau sampai rumah, dia menangis sorang diri.

Itu kalau dapat isteri yang jenis baik tak melawan. Kena yang sama panas, barannya melangit. Mahu bergaduh depan-depan orang ramai.

Dalam rumah tangga, adatlah berkonflik suami isteri. Cumanya macam mana cara suami isteri atasi konflik tak sefahaman itu.

Kisah guru bernama Ezatul Marini ini boleh dijadikan panduan pasangan muda yang jenis cepat panas hati, asyik tak puas hati saja dengan pasangan.. sebabnya dalam usia perkahwinan 23 tahun itu, rupanya ada rahsia bahagia yang mereka amalkan.

Tentulah adat bergaduh suami isteri itu ditangani dengan baik. Dan akhirnya sama-sama mengalah, meraikan perbezaan pendapat antara suami mahupun isteri.

Mana Ada Orang Tak Pernah Gaduh Langsung Dengan Pasangan

2018 kami sambut ulangtahun ke 23 perkahwinan… uih lama tu…2 tahun lagi dah layak kalau nak buat kenduri pastu kononnya pakai baju pengantin bagai… belum terfikir lah pulak nak buat begitu…

Kak ezat dengan Abang Khaizu tak pernah gaduh ke? Nampak cam best friend je?”

Bohong tak pernah gaduh. Mana ada orang tak pernah gaduh langsung dengan pasangan. Tak logik kalau selalu aman je. Nak- nak yang macam kami. Perangai bertentang habis.

Ada kawan-kawan yang tanya macamana kami boleh bertahan selama ini. Betul ke sayang atau sebenarnya kasihankan keadaan En. K? Saya selalu biarkan je soalan tu tidak berjawab.

Ehhh! melalut dah ni… tadi topiknya pasal bergaduh ye dak? Mestilah ada gaduh… macam ramai pakar rumahtangga cakap lah 10 tahun pertama tu memang penuh cabaran. Dengan usia yang muda, pastu masih tebal semangat wira dan wirawati, memang haru-biru la. Kena pulak en. K anak bongsu…lelaki tunggal. Saya pulak perempuan bongsu (perasan) dan dibesarkan dek atuk dan nenek. Boleh bayangkan macamana bila 2 diva bertembung kan?

 

'Sakit Hati Sangat Pun, TAHAN Jangan Gaduh Depan Orang’ Ini Petua 23 Tahun Bahagia Berdua

Syarat Bergaduh Suami Isteri, Ini 3 Petuanya

Tinggal dengan keluarga mertua menghadkan sikit kami dari melayan ego masing-masing. Malulah nak bergaduh depan mak dan ayah mertua. Tapi itu tidaklah bermakna kami ni asyik berlakon lovey dovey ye dak. Kena la pandai imbang-imbangkan.

Petua 1 : Dalam Kereta Jadi ‘Medan Tempur’

Nak bertekak? Dalam kereta selalunya kami jadikan medan nak voice out apa sahaja rasa. Kami beruntung sebab direzekikan mengajar di sekolah yang sama maka perjalanan pergi balik tu memberi kami cukup masa nak “berdebat”. Sampai parking, dah sejuk, minta maaf dan masuk rumah mood pun dah lebih stabil.

Petua 2 : Sakit Hati Macam Mana Pun Jangan Gaduh Depan Orang

Satu lagi petua en. K, kalau nak gaduh atau apa pun jangan depan orang. Sakit hati macamana pun tahanlah sabar dulu. Nanti dalam kereta atau dalam bilik, bolehlah mulakan sesi “abang, saya minta maaf tapi saya perlu cakap benda ini”. Dan percayalah pada saat dan ketika itu, perasaan marah dan geram yang meluap-luap sebelumnya tu dah mula hilang maka sesi tu akan jadi lebih harmoni.

Petua 3 : Bincang, Audit Diri Dan Pasangan

Apa-apapun semuanya balik kepada bincang. Rajin-rajin berbincang dan audit diri kita dan pasangan. Dan percayalah melepasi garis 10 tahun, seiring usia yang makin meningkat dan kita pun makin memahami lebih dan kurangnya pasangan, semuanya akan baik-baik aje…

In shaa Allah. Yakinlah

Sumber/Foto : Ezatul Marini