‘Saiz luar biasa, dua orang kena sambut baby.’ Ibu tak sangka anak seberat 5.69kilo ketika dilahirkan. Nasiblah bayi dilahirkan secara pembedahan, jika tidak azab ibunya meneran.
Besar sungguh bayi ini sampai dua orang jururawat diperlukan untuk sambut kerana beratnya yang hampir enam kilogram.
Ibu ini tidak menyangka anak keduanya mempunyai saiz badan yang agar besar, seberat kira-kira 5.69 kilogram (kg). Oleh kerana saiznya yang luar biasa, tubuh si kecil itu perlu disambut oleh dua orang!
Walaupunibu berkenaan Amy Smit, 27, dari Cheddington, Buckinghamshire, England disahkan doktor perlu bersalin menerusi pembedahan Caesarean kerana saiz bayi yang besar, dia tidak pernah membayangkan permata hatinya sebesar itu.
Dua Orang Kena Sambut Baby
“Kami tahu dia akan menjadi bayi yang tinggi, kerana semua imbasan menunjukkan dia agak panjang kerana saya dan bapanya (Zac) mempunyai ketinggian enam kaki. Tetapi kami langsung tidak menjangka anak kedua kami akan menjadi sebesar itu,” kata Smit kepada The Sun.
Saiz si comel Zagrys yang sepanjang 60.96 sentimeter (cm) melebihi jangkaan doktor hingga memerlukan dua orang untuk menariknya keluar semasa pembedahan.
Ibu Tak Sangka
Difahamkan, Zagrys tidak muat alat penimbang bayi baru lahir kerana mempunyai ukuran tubuh luar biasa berbanding bayi normal. Malah si kecil itu juga tidak muat pakaian bayi baru lahir yang dibeli.
Ads
“Saya terpaksa meminta Zac keluar untuk membeli pakaian enam bulan untuknya,” tambah Smit.
Sebelum Zagrys dilahirkan, pasangan itu menjangkakan saiznya mungkin sama dengan anak pertama mereka, lola yang seberat 4.13 kg ketika dilahirkan pada september 2018.
Bagaimanapun, Smit berkata dia mempunyai simptom yang berbeza secara semasa kedua-dua kehamilannya.
Semasa kehamilan pertama, wanita itu gemar makan sepanjang hari. Namun berbeza keadaannya apabila mengandungkan Zagrys semasa pandemik.
“Ketika hamilkan Zeik (nama timangan Zagrys) saya langsung tidak berselera. Saya terfikir, bayangkan betapa besarnya dia jika saya makan banyak ketika itu,” katanya.
Ketika berusia dua bulan kemudian, Zagrys mencapai berat 6.9 kg.
“Zac mempunyai darah Afrika Selatan dan sangat meminati sukan ragbi. Saiz Zeik yang besar menyebabkan Zac memanggilnya pemain ragbi kecil,” tutur Smit tentang bayinya.
Ads
Walaupun Zeik sudah cukup besar, dia masih tidak dapat merebut tahta bayi terbesar di UK yang diberikan kepada George Joseph King. King yang dilahirkan pada Februari 2013 di Gloucester Royal Infirmary, dengan berat 7 kg.
Guinness World Record merekodkan bayi paling besar semasa lahir ialah seberat 22 paun, 8 auns (10.2 kg). Bayi berkenaan dilahirkan di Aversa, Itali pada tahun 1955.
Menurut Info Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia, wanita yang mengalami diabetes yang tidak terkawal semasa hamil berisiko melahirkan bayi melebihi 4 kg.
Mingguan Wanita : Bagi mak-mak, tak kisahlah anak yang dilahirkan besar atau kecil, yang penting anak sihat.
Walaupun pelik tetapi begitulah kasih seorang bapa, apabila sanggup kumpul sampah sejak 10 tahun lamanya demi masa depan anak bujangnya.
Anaknya yang gemar menghabiskan masa di dalam rumah dan jarang sekali keluar rumah membuatkan ayah ini bimbang jika suatu hari kelak anaknya tidak mampu meneruskan hidup tanpa dia dan isterinya.
Sampah-sampah ini dikumpul sebagai persediaan anak bujangnya menghadapi masa depan jika ditinggalkan sendirian.
Sanggup Kumpul Sampah 10 Tahun Lamanya
Seorang bapa di Seoul, Korea baru-baru ini menjadi tumpuan media Korea Selatan kerana mengumpulkan sampah selama 10 tahun untuk diberikan kepada anak bujangnya yang berusia dalam lingkungan 40-an, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.
Choi, 75, dari wilayah Gwangju mengubah kediaman dua tingkatnya menjadi pusat pengumpulan sampah yang dikutip daripada tong-tong sampah dan sampah yang dibuang di tepi jalan.
Choi percaya sampah orang lain boleh menjadi sesuatu yang berharga kepada individu lain dan memenuhkan setiap inci rumahnya dengan sampah sarap.
Choi berkata dia mengutip sampah kerana mahu mengisi banyak barang di dalam rumah tersebut untuk anak lelakinya yang sudah lebih setahun tidak keluar rumah.
Anak lelakinya yang berusia 40-an juga tidak pernah keluar bekerja dan hanya menghabiskan masanya di dalam rumah itu tanpa berbuat apa-apa dan hidup dengan wang persaraan kedua ibu bapanya.
“Anak saya suka duduk di rumah, tidak keluar mencari kerja dan ia membimbangkan saya.
“Saya risau sekiranya saya dan isteri sudah tiada kelak, dia tiada tempat bergantung lalu saya menyimpan banyak barang untuk anak saya,” kata Choi.
Kasih Seorang Bapa
Choi, isterinya dan anak lelaki mereka tidur di dalam satu ruang kecil di rumah itu memandangkan kawasan lain semuanya dipenuhi sampah.
Begitu pun, isteri Choi menderita masalah jantung yang serius dan doktor menyarankan agar dia tinggal dalam persekitaran yang bersih.
Choi akhirnya terpaksa bersetuju untuk emndapatkan khidmat sukarelawan bagi membersihkan kediamannya itu.
Seramai 226 orang sukarelawan dan satu jentera pengorek digunakan bagi mengorek 150 tan sampah yang dikutip Choi.
Sebaik sahaja melihat kediamannya bersih buat pertama kalinya selepas bertahun-tahun, lelaki itu menangis dan berkata dia tidak akan mengutip sampah lagi demi kesihatan isterinya. -Agensi
Mingguan Wanita : Sepatutnya anaknya perlu berubah sikap demi ibu dan bapanya. Sepatutnya dia yang lebih risaukan keadaan ibu dan ayahnya yang semakin lanjut usia dan kurang sihat.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 tahun bergelar Datuk. Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, adalah antara 17 penerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Datuk’ oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sempena sambutan hari jadi yang ke-85.
Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 Tahun Bergelar Datuk
Paling membahagiakan, atlet wanita ini beranggapan anugerah yang diberikan sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Anak kelahiran Sarawak ini merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita.
Malah dirinya juga pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016. Manakala pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.
Janggal Bila Bergelar Datuk
Wanita ini juga berasa cukup janggal apabila bergelar ‘Datuk’. Namun Pandelela mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari Sarawak yang dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran datuk, pada usia semuda 28 tahun.
Malah Pandelela juga sangat menghargai anugerah yang diberikan dan beranggapan anugerah berkenaan merupakan sebuah memori yang terindah. Penganugerahan itu juga sebagai pembakar semangat buat diri dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.
Seperti mana yang dilaporkan SinarPlus, Pandelela berkata, gelaran yang diterima memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara.
Untuk rekod Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Pandelela Rinong
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pemilik Kedai Dobi Beli 7 Cincin Emas Guna DUIT SYILING Penuh Sebakul! Kebiasaannya apabila ingin membeli barang dalam jumlah yang besar, kita menggunakan duit kertas ataupun pembayaran menggunakan kad. Jarang sekali menggunakan duit syiling dalam jumlah yang banyak, apatah lagi memerlukan ramai pekerja kedai untuk mengiranya.
Namun, Sebuah klip video tular di media sosial Thailand memaparkan situasi seorang pelanggan wanita mengunjungi sebuah kedai emas dengan membawa wang syiling, lapor laman berita Khaosod.
Pemilik kedai emas yang terletak di wilayah Maha Sarakham, Tangmo Konkrakkwai berkata, seorang pelanggan menghubunginya pada 26 Februari lalu dan bertanya sama ada kedai itu menerima duit syiling jika dia ingin membeli emas.
Bakul Biru Penuh Duit Syiling
Tangmo menjawab bahawa pihaknya menerima pembayaran melalui syiling tetapi tidak menyangka ia adalah menjadi sebanyak itu.
Apabila melihat seorang pelanggan datang membawa bakul biru besar yang dipenuhi wang syiling, Tangmo terkejut dan meminta izin untuk merakam kejadian itu.
Pemilik Kedai Dobi
Pelanggan itu berkata, dia berasal dari bandar Roi Et dan merupakan pemilik sebuah kedai dobi automatik. Oleh itu, dia mempunyai banyak wang syiling.
Tangmo kemudian meminta lima pekerjanya untuk mengira syiling tersebut dan tidak mengenakan bayaran untuk tugas pengiraan.
Pelanggan itu kemudian membeli tujuh bentuk cincin emas dan menerima diskaun selain hadiah sagu hati berupa topi.
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....