Jus kunyit ini sememangnya kaya dengan khasiat. Tapi, macam mana nak pastikan kunyit yang diolah menjadi air rebusan itu kekal khasiatnya.
Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal berkongsi teknik sebenar menyediakan jus kunyit (tumeric) atau biasa mak-mak sebut air rebusan kunyit. Beliau juga memberikan panduan cara betul meminum jus kunyit. Dan apakah cara terbaik untuk anda minum jus kunyit ketika sedang mengambil ubat-ubatan moden.
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
Ads
5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Ads
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah.
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit.
ADAKAH PENGAMBILAN JUS KUNYIT BAIK UNTUK KESIHATAN?
1. Kajian ke atas 121 individu menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama beberapa hari kurangkan risiko serangan jantung sehingga 65%. 2. Kajian lain menunjukkan pemberian 4 g kunyit selama 30 hari kepada 44 lelaki mengurangkan risiko kanser usus sehingga 40% 3. Kajian menunjukkan kunyit bertindak sebagai anti-radang yang kuat dan dapat membantu mengatasi arthritis. 4. Kajian TERKINI yang dilakukan Saintis pada tahun 2020 di University of Houston, USA mendapati kunyit boleh bantu MEMPERBAIKI penyakit buah pinggang pada kedua-dua model tikus nefritis akiut atau kronik (dengan menurunkan ‘proteinuria’, ‘blood urea nitrogen’, ‘glomerulonephritis’, ‘crescent formation’ ‘tubule-interstitial disease’ dan renal infiltration by lymphocytes.
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis. 2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing. 3. Untuk kurangkan risiko bentuk batu karang, sebaiknya minum susu selepas minum jus kunyit.
Selamat mencuba dan dapatkan nasihat Dr anda
Mohon jasa baik anda agar tidak iklankan produk kunyit anda di sini.
Betapa pentingnya penetapan bekas simpanan warna senada, saiz dan bentuk dalam menentukan kekemasan dalam susunan peti ais. Dan inilah konsep kemas peti ais yang dititikberatkan oleh Idzyan Ismail (Byldzyan Ismail) semasa mengurus kembali susun atur peti sejuk di rumahnya.
Warna senada ini sebenarnya boleh membangkitkan emosi tenang, sedap mata memandang seisi rumah. Dan peti ais nampak lebih luas bahagian dalamannya, jika barang-barang disusun dengan baik.
Sebelum – saya sakit mata tengok tak kemas langsung.
Selepas – View bukak peti ais.
1 : Pindahkan Isi Dalam Botol Sama Saiz, Warna
“Alhamdulillah siap projek kemas mengemas fridge saya. Hari tu, saya ada tanya pendapat tentang susunan botol-botol dalam peti. Sebab sakit mata tengok tak sama.
Saya jumpa botol ni. Comel sangat sebab PINK. Jadi, saya beli lah 12 pcs. Saya rasa bila transfer ke botol lain. Rasa luas peti. Macam-macam boleh sumbat. Dan botol ini fit perfectly kat rak peti ni.”
Botol ada tangkai Daiso, Botol polka dot Mr DIY
Botol Hello Kitty kat shopee
Kecik pulak label untuk bakul ni sampai tak nampak tulis apa. Tak pa lah janji tuan nya tau.
2 : Label Tarikh Luput Bawah Botol
Orang curious tentang expired date. Saya tempek expired date kat bawah botol. So saya tau bila expired. Tak jadi masalah besar pun. Lagi pun sos-sos tu 2-3 bulan gerenti habis. Expired date almost setahun kan.
Susunan bekas bahagian peti beku.
3 : Lepas Transfer Botol, Peti Ais Jadi Lebih Luas
Hari ini, siap projek organize peti ais. Happy nya peti ais dah jadi pink. Rupanya bila letak transfer botol. Lagi banyak barang boleh bubuh dalam peti ni.
Ikan siakap antara ikan yang sering menjadi pilihan ramai. Sedap di masak kari, stim limau, tiga rasa atau digoreng begitu sahaja. Namun menyiang ikan siakap bukan sekadar buang sisik, insang dan perut. Ada perkara lain yang perlu mak-mak ambil berat sewaktu membersihkan ikan iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat diatas tulang perut.
Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.
Boleh rujuk perkongsian Arbi Mohd Arbi ini sebagai rujukan;
“Habitat Siakap di Muara. Muara ni adalah perairan yang payau, tak masin, tak tawar, tak manis. Bau dan Rasa seekor ikan terletak pada habitatnya”
“Siakap adalah ikan pemangsa.Diet Pemakanan Siakap ialah udang dan anak ikan.”
Berikut adalah cara-cara pembersihan untuk meminimumkan bau dan rasa hanyir Ikan Siakap.Saya sediakan gambar dan juga langkah-langkahnya.
Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik, tapi belum cukup bersih lagi.
Keadaan isi perut ikan siakap, yang harus dibersihkan insang, lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada diatas tulang perut.
Urat ini bersambung dari kepala hingga ke ekor dan didalam urat ni terkandung lebihan darah. Seandainya tidak dibersihkan ketika memasak ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila tengah sedap-sedap menikmati hidangan.
Inilah uratnya yang merah-merah tu la lebihan darah dia.
Keadaan ikan yang telah dibersihkan.
Setelah dibersihkan rendam ikan seketika didalam bancuhan air asam jawa atau any citrus family. Citrus family ni contoh limau kasturi, limau nipis.
Semoga tips ni berguna. Utamakan keselamatan, ketika mencuci always dari kepala ke ekor, jangan menyonsang sebab nanti jari akan terluka.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka masak ikan siakap, boleh cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Penting bersihkan dan buang urat yang berada diatas tulang perut barulah hilang hanyir dan bau ikan tersebut.
Tahukah anda bulan Februari adalah bulan kesedaran terhadap penyakit kanser. Mendengar mengenai penyakit ini sudah pasti akan membuatkan semua orang takut. Begitu juga dengan saya yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan ruangan Kesihatan dalam Mingguan Wanita.
Jika sebelum menjadi wartawan Mingguan Wanita, saya sebenarnya bukannya pandai bab-bab kesihatan dan perubatan ini. Namun setelah lebih sedekad mengelolakan ruangan ini boleh dikatakan saya sering jugalah bertemu doktor. Bertemu doktor bukannya untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk menemuramah mereka.
Kembali semula kepada kesedaran terhadap penyakit kanser ini, tahukah anda apa yang perlu dilakukan bagi sebagai langkah-langkah pencegahan penyakit ini?
Tip Cegah Kanser
Menurut pakar terdapat beberapa cara untuk mencegah kanser. Ia termasuklah:
-Berhenti mengambil tembakau dan elak menghidu asap rokok.
-Ambil makanan sihat dan pemakanan yang seimbang.
-Hadkan pengambilan daging yang telah diproses.
-Pertimbangkan untuk cuba diet Mediterranean yang berfokus pada makanan berasaskan tumbuhan, protein tanpa lemak dan lemak menyihatkan.
-Kekalkan berat badan sihat dan kekal aktif dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari.
-Sentiasa berlindung daripada cahaya matahari. Elak cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran cahaya matahari berada pada tahap yang paling kuat.
-Dapatkan vaksinasi menentang jangkitan virus yang boleh membawa kepada kanser seperti hepatitis B dan HPV.
-Jangan melibatkan diri dalam tabiat berisiko tinggi. Amalkan hubungan kelamin selamat.
Ok, pernah dengar pasal kanser serviks? Ini adalah kanser yang menyerang serviks kaum wanita iaitu pangkal rahim.
Tetapi hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh kuman human papilloma virus (HPV). Jangkitan HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku.
Cara Kesan Kanser Serviks
Disebabkan jangkitan HPV tiada tanda, setakat ini cara terbaik untuk mengesan kanser serviks lebih awal ialah dengan melakukan ujian Pap Smear mengikut jadual yang disarankan. Ini juga dinasihatkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Doktor Hamid Arshat.
Kesimpulannya, anda perlu berjumpa doktor dengan kerap bagi melakukan pemeriksaan untuk pelbagai jenis kanser. Ini boleh meningkatkan peluang untuk mengesan sebarang kanser yang tidak dijangka dengan lebih awal lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...