Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser

Kentang yang ada di dapur mak-mak itu jangan sampai dibiarkan bertunas. Sebab, kentang itu sebenarnya sudah bertukar menjadi makanan bertoksik.

Begitu juga ketika menggoreng kentang. Rupanya ada cara betul nak goreng kentang agar ia tak jadi makanan yang menjadi punca terjadinya kanser.

Info penting ini dikongsikan oleh Saintis Principal dari MARDI, Dr Suri Roowi ketika ditemubual dalam sebuah rancangan stesen radio.

 

Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser

Ubi Kentang Yang Dah Jadi Hijau Tu Beracun

Kalau kita tengok daun dan juga ubi kentang yang dah berubah warna menjadi hijau. Itu sebenarnya, ubi kentang itu beracun dan menjadi toksik.”

Sama ada batang, daun mahupun kulit yang berubah jadi hijau itu ada bahan toksik yang dikenali dengan nama glycoalkaloid.

*Bahan ini sebenarnya membantu melindungi kentang dari serangga dan serangan kulat.

Yang mana, jumlah kandungan bahan ini pada kentang bertunas hijau ini boleh meningkat sehingga 500 mg. Berbanding kentang segar cuma 10 mg sahaja.”

Bermakna ianya amat tinggi.

 

Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser
Kentang segar sesuai untuk digoreng. Elakkan goreng pada suhu tinggi.

Goreng Kentang Pada Suhu Tinggi Punca Kanser

Ini berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 2002 oleh saintis dari Sweeden. Beliau menemukan bahan toksik yang dikenali sebagai acrylamide.

Bahan acrylamide ini hanya wujud pada kentang yang digoreng pada suhu yang tinggi.”

Manakala kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser Kebangsaan pada tahun 1994 menunjukkan kentang yang mengandungi bahan acrylamide ini, jika diambil dalam kuantiti yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan kanser.

Ini bermakna, sekiranya mak-mak menggoreng kentang dalam masa yang lama, kuantiti acrylamide dalam kentang tadi boleh membentuk kanser dan meningkat sehingga 1500.

Jadi, kenalah berhati-hati semasa menggoreng kentang.

Atau dalam kata mudahnya jangan goreng kentang sehingga bertukar warna lebih dari keemasan. Jelas ya mak-mak kentang yang digoreng hangit itu, janganlah sesekali dimakan.

 

Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser
Kentang goreng warna keemasan tidak mengeluarkan bahan toksik acrylamide.

Cara Goreng Kentang Untuk Kurangkan Acrylamide

Ada 3 cara yang dicadangkan oleh Dr Suri.

Pertama : Ambil kentang, rendam dalam larutan cuka. Cuma kentang anda tadi akan jadi masam sedikit.

Kedua : Kalau tak suka guna cuka. Anda boleh guna limau kasturi. Celupkan kentang dalam limau kasturi dan goreng.

Ketiga : Cara ini mahal sedikit iaitu menambahkan vitamin C dalam kentang.

 

Saintis Dedah Cara Salah Goreng Kentang, Boleh Jadi Penyebab Kanser
Cara salah simpan kentang.

Kaedah Lain : Cara Selamat Goreng Kentang

  1. Goreng kentang sehingga warna keemasan saja, selebih dari itu perlu dielakkan. Jika bertukar gelap, janganlah dimakan.

2. Sekiranya menggunakan kentang goreng segera yang dijual di pasaraya, ikut arahan menggoreng pada suhu tepat seperti yang tertera pada pakej. Jangan terlebih goreng.

3. Elakkan simpan kentang dalam peti sejuk, sekiranya anda bercadang mahu menggorengnya pada suhu tinggi. Suhu sejuk dalam peti sejuk boleh menyebabkan pembebasan gula lebih banyak. Sekaligus menyebabkan peningkatan bahan acrylamide semasa dimasak. Sebaiknya simpan di tempat yang jauh dari matahari.

4. Memandangkan, tak mudah untuk kita menghindari bahan acrylamide dalam amalan pemakanan seharian kita, disarankan anda mengambil diet pemakanan seimbang untuk kesihatan yang lebih baik.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi, food.ndtv.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI