kasut sekolah

Pengumuman pelaksanaan pemakaian kasut hitam buat semua murid sekolah bermula pada tahun hadapan, oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, pastinya mampu membuatkan mak-mak tersenyum lebar. Pemakaian kasut putih lebih cepat kotor berbanding menggunakan kasut hitam.Malah ia juga mengurangkan risiko mudah koyak apabila tidak lagi perlu dibasuh setiap minggu.

“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.

Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat. Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya

Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.

IKLAN

Sementara itu, dalam forum tersebut ketika ditanya mengenai harapan beliau dalam tempoh lima tahun.Ini jawapannya;

1. Pelajar sekolah akan pakai kasut hitam bermula tahun hadapan.

2. Memastikan murid tidak lagi menggalas beg yang berat.

IKLAN

3. Jika di luar negara pelajar bersekolah 12 tahun dan terus ke universiti tetapi di negara ini pelajar belajar 11 + 2 tahun baharu ke universiti. Ini sebab sistem peperiksaan di luar negara bernilai tinggi dan digunapakai di seluruh negara. Kita sedang merancang untuk ke arah itu.

IKLAN

4. Sekolah kerajaan akan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk hantar anak mereka ke sekolah.

Semoga pelaksanaan pemakaian kasut hitam anak-anak ke sekolah ini yang bermula pada tahun hadapan diharap dapat memudahkan kerja mak-mak daripada mencuci kasut anak-anak.

Sumber:Astro Awani & Gps bestari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI