
Pernah tak ada masalah kesan minyak pada tudung dan selendang kesayangan? Biasanya tompokan minyak itu melekat sebab kesan pakai bedak atau foundation di leher dan pipi.
Stres kejap tengok tudung yang baru beli dah ada tompokan minyak, lebih-lebih lagi kalau tudung itu baru dibeli dan mahal harganya.
Yang ralat, walaupun sudah dibasuh beberapa kali tetapi bila kering tompokan minyak itu tetap ada. Bila jadi macam tu, tak kan nak buang, bukan?
Ok, jangan risau sebab anda masih boleh pakai tudung itu tetapi dengan syarat ikut cara Puan Hani Mynis hilangkan kesan minyak pada tudung seperti yang dikongsi kali ini.
Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Tudung
Siapa tudungnya pernah jadi macam ni? Berminyak di bahagian muka (pipi), bila basuh tak boleh nak hilang.
Nak tahu macam mana hilangkan minyak ni? Serius, hilang!
Hani guna sabun ‘bongkah emas’ dari kedai Eco ni. Kalau tak ada di rumah, anda boleh gantikan dengan sabun mandi buku.
Langkah pertama, sagat sabun itu.
Kedua, rendam dama 10 minit pun dah cukup. Bilas dan jemur. Itu saja.
Masa rendam nak larukan, gosok manja-manja dengan tangan. Sangat mudah!
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zulin Aziz Pernah Jadi Mangsa Dera Amah, Kepala Dihantuk Ke Dinding, Dipukul Pakai Penyapu & Tidur Bilik Air

Siapa sangka rupanya Zulin Aziz,28 yang merupakan Penyampai Radio di Suria Pagi ini pernah menjadi mangsa dera amah sewaktu beliau masih kecil. Pengalaman tragis kepala dihantuk ke dinding, dipukul pakai penyapu dan disuruh tidur didalam bilik air antara kenangan pahit yang pernah dilalui oleh Zulin sendiri.
Zulin berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Twitternya kerana terkesan dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikannya yang menjadi viral baru-baru ini.

Kata Zulin, walaupun kejadian itu berlaku ketika dia masih kecil namun dia tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Zulin mendedahkan kepalanya pernah dihantuk ke dinding, dipukul dengan menggunakan penyapu dan tidur dalam bilik air.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.

“Dulu masa kecik-kecik aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kat arwah abah. Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding. Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah.

“Aku mengadu sorang pun tak percaya. sebab bibik kemain baik depan dorang. Jiran aku indian, selalu nampak dan dengar aku kena bantai. Terima kasih jiran, walau wajah kau tak aku ingat, tapi aku nak terima kasih sangat.

“Bila ingat balik ya Allah. Takutnya keadaan aku waktu itu. Mak, ayah sibuk kerja. Oustation ke sana ke mari. Hish tak nak ingatlah. Tutup cerita. Allah,” tulisnya.

Kesimpulannya, mak ayah walau macam mana sibuk bekerja pun, mohon pantau-pantau lah juga keadaan anak yang ditinggalkan bersama pembantu rumah.Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil, masih tak pandai untuk mengadu.Jangan percaya sepenuhnya pada pembantu rumah, simpan sedikit rasa sangsi pada mereka.Banyakkan berdoa, semoga perkara-perkara begini dielakkan dalam keluarga kita.
Semoga bermanfaat!
Foto: Twitter @iamzulinaziz / Instaram @zulinaziz
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nak Suruh Anak Buat, Mak Kena Tunjuk Tauladan Dan Buat Dulu

Cuti sekolah nie, mahunya kerja mak dua kali ganda. Maklum sahaja, anak semua melekat kat rumah. Masak dah tentu-tentu bukan sedikit, kadang-kadang siap ada hidangan pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam. Complete.
Jika semua mak-mak kena buat, anak pulak dok goyang kaki depan televisyen. Kesian. Time cuti inilah, masanya untuk mak ajar anak untuk mengemas atau membantu mana yang mampu dibuat oleh anak.
Ikuti perkongsian oleh Puan Nurlia Mohd Nor:
Saya senaraikan beberapa perkara yang Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur. Dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh semua sendiri. Kemudian Mak akan berehat sambil baca paper etc.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Dapur Mak akan lap, Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari pemerhatian. Sebab tu kalau nak anak-anak buat sesuatu kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
MW: Bagaimana acuan, begitulah coraknya. Jika dilatih sejak kecil anak tak naik ‘lemak’ dan manja. Ajar mereka bukan untuk ‘mendera’ tetapi anak-anak dapat berdikari.
Sumber: Facebook: Nurlia Mohd Nor
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
PENTING! Senarai ‘Link’ Bank Bagi Permohonan Online Lanjutan Moratorium

Ramai terkesan akibat Covid-19, ada yang terjejas mahupun kehilangan sumber pendapatan. Oleh itu, ramai merebut peluang bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Moratorium) bagi meringankan bayaran pinjaman bulanan. Lebih mudah buat permohonan lanjutan moratorium secara online.
Berdasarkan pengumuman dalam belanjawan baru-baru ini, terdapat dua pakej moratorium yang ditawarkan namun ia juga bergantung pada budi bicara pihak bank bagi yang layak.
Berikut merupakan senarai link bank-bank yang ada bagi memudahkan Permohonan Online Lanjutan Moratorium ini yang dikongsikan oleh Amin Zaki. Hanya perlu ‘klik’ yang disertakan.
PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM
Siapa Layak:
1. Golongan Terjejas Pendapatan
2. Pengusaha mikro, kecil dan sederhana
3. Golongan B40
4. Golongan M40 (Terpulang pada bank)
DUA Pakej Moratorium (Bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar):
1. Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
2. Mengurangkan ansuran bulanan pembiayaan sehingga 50% selama 6 bulan
LINK BANK (PERMOHONAN) –>
CIMB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumCIMB

BANK ISLAM https://tinyurl.com/lanjutamoratoriumbankislam

MAYBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriummaybank

BANK RAKYAT: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbankrakyat

BSN: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumbsn

AGRO BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumagrobank

PUBLIC BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumpublicbank

RHB: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumrhb

AMBANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumambank

HSBC: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumhsbc

KUWAIT BANK: https://tinyurl.com/lanjutanmoratoriumkuwaitbank

Selepas permohonan online, bank akan semak kelayakan kita. Selalunya bank akan hubungi peminjam untuk pengesahan.
Cara permohonan setiap bank berbeza, ada yang isi online form, ada yang perlu email.
Kalau kome nak, boleh tekan link, baca syarat dan buat permohonan.
Kalau kome taknak, abaikan.
Pertanyaan lanjut sila hubungi bank anda.
Semoga Bermanfaat
AminZaki
#moratoriumlanjutan #bayaranbersasar
#info
**Jika ada bank yang tak tersenarai, boleh lihat di web rasmi bank berkenaan.
Baca Lagi Di Sini:
Duit Moratorium Jadikan Barang Kemas, Demi Simpanan Dan Gembirakan Isteri
Bila PM Umum Lanjutan Moratorium, Bantuan Bank Bersasar, Fahamilah! Ramai Masih Susah
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi membantu dan memudahkan permohonan bantuan Bayaran Pembiayaan Bersasar (Moratorium) bagi golongan yang terjejas.
Sumber: Amin Zaki
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!








